Friday, June 11, 2010

Operasi Nombor Ekor

Gigit tangan
Gambar Hiasan
Oleh Norfaisal Jahuri
MELAKA: Akibat terlalu bimbang dicekup, seorang lelaki sanggup menggigit tangan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bagi membolehkan dia melepaskan diri daripada dikenakan tindakan.Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, penguat kuasa itu digigit di kanan dan kiri tangannya ketika memaut bahu suspek yang membeli nombor ekor di sebuah premis di Bukit Baru, dekat sini. Walaupun penguat kuasa terbabit terpaksa menahan sakit, namun usaha lelaki itu melarikan diri gagal. Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, lelaki berusia pertengahan 40-an itu ditahan selepas didapati membeli nombor ramalan di premis terbabit. Katanya, penguat kuasa itu menunggu di belakangnya sebelum menahannya sejurus dia membeli nombor ramalan di kaunter. “Penguat kuasa itu cuba memegang tangan suspek bagi menahannya, namun lelaki itu meronta dan menjerit. “Penguat kuasa berkenaan terpaksa menggunakan kedua-dua tangannya secara bergilir bagi memaut lelaki itu supaya tidak lari tetapi suspek terus menggigit,” katanya, di sini, semalam. Operasi dua jam itu membabitkan pemeriksaan tujuh kawasan sekitar bandar ini, iaitu Bukit Baru, Semabok Perdana, Semabok Dalam, Jalan Hang Tuah, Jalan Bendahara dan Peringgit Jaya. Seramai 21 pesalah syariah berusia antara 24 hingga 64 tahun ditahan termasuk seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) yang juga menjerit dan meronta ketika ditahan. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gigittangan/Article

No comments:

Post a Comment