Monday, June 7, 2010

Montel Tekanan Tiada Kerja

Montel tekanan tiada kerja
Gambar Hiasan
Oleh Saadiah Ismail
MELAKA: “Saya rasa begitu tertekan sejak kebelakangan ini apabila mengenang nasib diri terutama badan bersaiz besar dan pernah terfikir untuk membunuh diri kerana kerap menjadi bahan ejekan serta hinaan mereka yang tidak berhati perut.”Begitu kata suri rumah, Siti Idna Razali, 26, dari Taman Asean, Pokok Mangga, di sini, yang berdepan dengan masalah kegemukan melampau berikutan berat badannya mencecah 130 kilogram (kg) dalam tempoh sembilan tahun selepas mendirikan rumah tangga. Siti Idna berkata, sebelum berkahwin, dia memiliki berat kira-kira 80kg saja dan beratnya semakin meningkat selepas berkahwin kerana berdepan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan sehingga menyebabkannya tertekan dan hanya duduk di rumah sewa mereka saja. Menurutnya, akibat kesukaran itu, dia hanya melakukan aktiviti di rumah termasuk makan dan tidur saja kerana hanya pernah bekerja di sebuah kedai buat seketika sebelum premis terbabit ditutup. “Berat badan saya mula meningkat dari bulan ke bulan selepas mendirikan rumah tangga apabila sering gagal mendapatkan sebarang pekerjaan dan sejak itu banyak menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti harian di rumah saja. “Saya banyak menghabiskan masa dengan makan dan tidur sepanjang tempoh itu, dan ia mungkin menjadi faktor berlaku peningkatan dalam berat badan. Walaupun ada melakukan senaman ringan, kaki tidak dapat menampung berat kerana agak kecil. “Saya cuba melakukan aktiviti bagi mengeluarkan peluh, tetapi kaki rasa lemah dan tidak boleh duduk di atas lantai. Jika hendak sembahyang pula, saya terpaksa menggunakan kerusi,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam. Siti Idna yang masih belum dikurniakan cahaya mata, berkata dia juga berasa malu untuk keluar dan hanya duduk di rumah saja kerana tidak sanggup berdepan dengan hinaan walaupun suaminya banyak memberi galakan termasuk membawanya bersiar-siar dengan menunggang motosikal. Menurutnya, sebelum ini ketika bekerja dia pernah menggunakan produk herba untuk melangsingkan badan, namun dia tidak mampu membelinya lagi selepas hilang pekerjaan dan tambahan pula suami hanya bekerja kontrak dengan pendapatan sederhana, selain perlu memikirkan bayaran sewa rumah sebanyak RM600. “Kehidupan kami bukan senang, manakala pendapatan suami juga tidak seberapa menyebabkan saya tidak mempunyai kemampuan untuk membeli sebarang produk pelangsingan badan bagi mengatasi masalah kegemukan ini” katanya yang meminta orang ramai menghubunginya di talian 017-6119582 017-6119582 jika mahu menghulurkan bantuan. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Monteltekanantiadakerja/Article

No comments:

Post a Comment