Guru maut jatuh dalam tangki najis
Gambar Hiasan
SUNGAI BULOH: Seorang adik sayu apabila terpaksa menyaksikan kakaknya terkapai-kapai sambil meminta pertolongan selepas terjatuh dalam sebuah tangki najis sedalam 1.6 meter yang tidak digunakan lagi di rumah mereka, di Sungai Pelong di sini, semalam. Lebih menyedihkan apabila Azmun Abdul Karim, 45, mendakwa terpaksa menyaksikan kakaknya, Azlinah Abdul Karim, 47, menghembuskan nafas terakhir dalam tangki najis berkenaan. Malah, katanya, usahanya untuk membantu mengeluarkan kakaknya daripada tangki berkenaan juga gagal.Semuanya bermula kira-kira jam 11.40 pagi, apabila mangsa yang bekerja sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan Rahman Putra mengemas kawasan rumahnya. Azmun berkata, Azlinah yang keletihan duduk atas penutup bekas tangki najis berkenaan. “Ketika itu, saya memasak di dapur sebelum dikejutkan dentuman kuat di belakang rumah. “Saya memanggil nama kakak, namun tidak bersahut sebelum bergegas ke belakang rumah untuk melihat apa yang terjadi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, malam tadi. Azmun berkata, dia melihat Azlinah terjatuh dalam tangki najis yang sudah tidak digunakan lebih 10 tahun sambil menjerit meminta pertolongan. “Saya cuba membantunya untuk keluar, namun gagal. Saya buntu selepas beberapa kali mencuba dan memanggil jiran untuk membantu Azlinah,” katanya. Katanya, beberapa jiran cuba membantu mengeluarkan Azlinah, namun gagal sebelum mereka menghubungi pihak berkuasa dan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengeluarkannya. Azmun berkata, klira-kira 30 minit kemudian, sebuah jentera bersama beberapa anggota tiba sebelum membawa mangsa keluar, namun ketika itu Azlinah sudah tidak bernyawa. Menurutnya, dia melihat perubahan pada wajah kakaknya itu, namun masih berdoa Azlinah selamat. Katanya, kakaknya itu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) sebelum doktor mengesahkannya meninggal dunia. Dia berkata, jenayah disembahyangkan di rumah mereka sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 20, Kuang di sini, selepas Zuhur. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Abd Razak Elias, mengesahkan kejadian berkenaan, namun kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gurumautjatuhdalamtangkinajis/Article
No comments:
Post a Comment