Monday, June 7, 2010

Jumpa Dan Terlanjur

Jumpa dan terlanjur
Gambar Hiasan
Oleh Norfaisal Jahuri
MELAKA: Rangsangan menerusi kata-kata atau perbuatan menerusi laman sosial, kamera web, talian telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dikenal pasti mendorong segelintir remaja bercinta di alam siber itu untuk bertemu sebelum disyaki sanggup melakukan perbuatan tidak bermoral.Itu antara faktor menyebabkan segelintir remaja yang baru pertama kali bertemu dengan pasangan masing-masing terlanjur dan hamil luar nikah akibat perbuatan mereka itu. Perkara berkenaan didedahkan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) menerusi soal siasat dilakukan terhadap pesalah syariah yang hamil luar nikah.Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Rahimin Bani berkata, menerusi soal siasat dijalankan segelintir pasangan terbabit mengakui pada mulanya mereka tidak pernah bertemu bersama pasangan masing-masing, sebaliknya dikenali menerusi suara saja. Katanya, sepanjang berkenalan mereka berhubung sama ada menerusi talian telefon atau kemudahan yang ada di Internet bagi berhubung sebelum dipercayai tercetus bibit kemesraan. “Dalam tempoh singkat perkenalan itu, mereka mula bersembang mengenai seks sehingga merangsang nafsu pasangan terbabit. “Ada bertukar gambar seksi atau lucah antara satu sama lain dan bersembang dengan menggunakan kamera web dalam keadaan mengghairahkan,” katanya. Rahimin berkata, dalam tempoh singkat menerusi hubungan yang banyak bercerita mengenai perihal lucah atau merangsang pasangan masing-masing itu akhirnya mendorong mereka bertemu. Katanya, akhirnya sesuatu pertemuan dirancang itu semata-mata untuk melakukan hubungan seks. “Banyak kes yang kita jumpa pasangan itu pertama kali mereka bertemu, tetapi sudah terlanjur.Apabila disiasat semuanya berpunca daripada rangsangan yang berlaku ketika berhubung sebelum ini,” katanya. Mengulas lanjut, beliau berkata, kes hamil luar nikah juga banyak berlaku akibat faktor berkenaan dan kebanyakannya berlaku akibat pertemuan pertama kali hanya semata-mata kerana keinginan seks. Katanya, faktor terbabit menyumbang peningkatan kes hamil luar nikah dan angkanya menunjukkan peningkatan setiap tahun.“Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini saja, kes seumpama itu mencatatkan 130 kes dan bagi sepanjang tahun lalu pula 391 kes dan tahun sebelumnya 388 kes,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jumpadanterlanjur/Article

No comments:

Post a Comment