Sunday, June 6, 2010

Rempuh Jentera Bomba

Motosikal rempuh jentera bomba
Gambar Hiasan
SEREMBAN: Tindakan nekad lelaki dipercayai menunggang laju dan melanggar lampu merah mengundang padah apabila dia maut selepas motosikalnya bertembung dengan jentera bomba di persimpangan lampu isyarat Jalan Seremban-Tampin, di sini, malam kelmarin. Bagaimanapun, mangsa dikatakan menunggang laju dan melanggar lampu isyarat sebelum merempuh depan sebelah kiri jentera bomba dari arah bertentangan. Jentera bomba menghidupkan lampu dan siren kecemasan untukmembelok ke kanan persimpangan. Mangsa yang cedera teruk di kepala mati di tempat kejadian, manakala rakannya cedera parah. Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Timbalan Penguasa Bomba Zakaria Amat, ketika dihubungi berkata, jentera itu dalam perjalanan ke Taman Merbok, Rasah, di sini, selepas menerima panggilan kecemasan mengenai asap di dalam bangunan. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Motosikalrempuhjenterabomba/myMA/myArticle/

No comments:

Post a Comment