Friday, June 11, 2010

Pencuri Besi Longkang

Pencuri besi longkang ditahan
Gambar Hiasan
JITRA: Cubaan seorang pencuri untuk menjual besi penutup longkang yang dicurinya di kawasan Pekan Jitra 1, di sini, gagal apabila dia dicekup dua anggota polis cawangan pencegah jenayah (CPJ) yang terserempak suspek ketika memunggah besi berkenaan, awal pagi semalam.Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan kira-kira jam 4.35 pagi ketika dia memasukkan 10 keping besi penutup longkang ke dalam keretanya. Difahamkan, harga pasaran yang tinggi terhadap penjualan besi ketika ini menyebabkan semakin banyak kes kecurian besi penutup longkang dilaporkan. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin, berkata apabila diperiksa di dalam kereta terbabit, anggotanya menemui dua keping besi penutup longkang di bawah tempat duduk belakang kereta itu, manakala lapan keping lagi ditemui di but belakang. Beliau berkata, siasatan mendapati, besi penutup longkang itu dipercayai dicuri di kawasan Pekan Jitra 1 dan sekitar kawasan perumahan di daerah terbabit. “Suspek dipercayai melakukan kegiatan itu seorang diri sekitar jam 3 atau 4 pagi bagi mengelak perbuatannya itu dihidu orang ramai yang melalui kawasan berkenaan. “Pemeriksaan turut menemui dua tong gas memasak di dalam kereta itu serta kaki meja milik peniaga gerai yang dipercayai dicuri di kawasan Bandar Darulaman, di sini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pencuribesilongkangditahan/Article

No comments:

Post a Comment