Friday, June 11, 2010

Rumah DiRompak

Rumah dirompak ketika bercutiGambar Hiasan
KUALA LIPIS: Keseronokan sekeluarga bercuti di Kelantan sempena cuti sekolah ini berakhir dengan berita menyedihkan apabila rumah mereka di Kampung Relong, dekat sini, dimasuki pencuri menyebabkan kerugian kira-kira RM15,000.Kejadian hanya disedari mangsa sebaik pulang ke rumahnya kelmarin selepas bercuti mulai 5 Jun lalu apabila mendapati kediamannya berselerak manakala jeriji di bilik belakang dipecahkan. Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, pencuri dipercayai menceroboh melalui tingkap bilik itu sebelum menggeledah rumah termasuk bilik tidur mangsa. Menurutnya, siasatan awal mendapati pencuri mengambil wang tunai RM5,000, lima rantai leher, tujuh gelang tangan serta lapan cincin. Katanya, pencuri itu dipercayai melarikan semua barangan berharga bersama wang tunai yang dianggarkan berjumlah RM15,000. Susulan kejadian itu, mangsa yang bekerja sebagai pembantu am di Pejabat Pelajaran daerah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis, kelmarin. “Polis percaya pencuri mengambil kesempatan menceroboh rumah mangsa antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi sebelum melarikan barang berharga milik isteri mangsa. “Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil di IPD Kuala Lipis bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rumahdirompakketikabercuti/Article

No comments:

Post a Comment