Tuesday, June 1, 2010

Anak Biadap Berkhalwat

Anak biadap ditangkap khalwat
Gambar Hiasan
Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.my
MELAKA: Seorang wanita layak digelar anak biadap apabila tergamak membawa pulang teman lelakinya pulang ke rumah dan tidur sebilik walaupun perlakuan buruknya itu ditegah oleh ibunya.Wanita berusia 28 tahun itu dengan selamba membawa lelaki berusia 28 tahun yang baru dikenali sejak sebulan lalu masuk ke biliknya selepas pulang berkaraoke bersama di Jasin, dekat sini, malam tadi. Walaupun ibunya berusia 50-an sudah beberapa kali menegah dan memarahinya kerana membawa lelaki itu masuk ke rumah ketika lewat malam, namun wanita itu tidak mengendahkan nasihat berkenaan sebaliknya terus menutup pintu dan berkurung bersama kekasihnya. Bagaimanapun, bagaikan mendapat sumpahan Si Tanggang, wanita terbabit dicekup oleh pegawai syarak tempatan dan mereka terus diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut kerana berkhalwat. Malah, bukan saja pasangan terbabit dibawa ke Jaim untuk siasatan, tetapi ibu dan dua lagi adiknya berusia belasan tahun turut menerima bahana akibat perbuatan kakaknya. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata pasangan terbabit dicekup kira-kira jam 3.15 pagi di sebuah rumah di pinggir pekan Jasin, dekat sini, selepas pegawai syarak menerima maklumat mengenai seorang lelaki dipercayai bukan muhrim berada di dalam rumah itu. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Anakbiadapditangkapkhalwat/Article

No comments:

Post a Comment