Friday, June 11, 2010

Mangsa Seksual Enggan Kerjasama

Mangsa seksual enggan kerjasama
Gambar Hiasan
KURANG kerjasama dan tidak mendapat komitmen mangsa serta saksi ketika perbicaraan kes di mahkamah menjadi antara punca utama kes jenayah seksual sukar diadili atau menerima penghukuman sewajarnya.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius jenayah itu terutama rogol, namun sabitan atau penghukuman terhadap kes masih rendah berbanding dilaporkan. Katanya, ia juga disebabkan kekangan bukti memandangkan kes seperti rogol memerlukan pembuktian perhubungan seks dilakukan tanpa kerelaan mangsa, tetapi ketika perbicaraan berlaku sebaliknya. “Semasa perbicaraan, mahkamah mendapati keterangan dikemukakan terdapat unsur ia (hubungan seks) dilakukan dengan kerelaan mangsa (bukan dipaksa). “Selain itu, terdapat juga percanggahan keterangan saksi termasuk mangsa semasa kes dibicarakan, malah tiada keterangan sokongan terutama pakar untuk menyokong keterangan mangsa,” katanya di Dewan Rakyat, semalam. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Chong Eng yang inginkan penjelasan mengapa kadar penghukuman rendah walaupun jenayah seksual semakin meningkat serta langkah kerajaan menangani masalah itu. Abu Seman berkata, beberapa langkah diambil PDRM terutama dalam memberi kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat khasnya di kalangan wanita berkaitan senario kes jenayah seksual. Katanya, ia bagi membolehkan wanita lebih memahami jenis jenayah itu selain sedar hak wanita dan panduan mengelak menjadi mangsa. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mangsaseksualenggankerjasama/Article

No comments:

Post a Comment