Ops setiap JumaatGambar Hiasan
KAMPUNG GAJAH: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) melancarkan operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada setiap Jumaat di seluruh negara bermula 23 April lalu bagi memastikan pengguna jalan raya mengetahui dan mematuhi undang-undang jalan raya.Penolong Pengarah JKJR Perak, Rahimah Jalun, berkata operasi itu akan diteruskan sepanjang masa bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang, sekali gus menjamin keselamatan mereka. “Operasi ini akan dilakukan setiap Jumaat di lokasi terpilih dan berlainan untuk meningkatkan kesedaran maksimum di kalangan pengguna supaya menjadikan sifat sentiasa berhati-hati di jalan raya sebagai satu amalan kehidupan. “Di samping itu, pengguna jalan raya terutama golongan remaja wajar menyedari jalan raya bukan medan untuk berlumba,” katanya selepas program Info Bestari Mukim Kampung Bandar, di sini, kelmarin. Rahimah berkata, dalam operasi sama, JKJR juga menasihatkan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal supaya memakai topi keledar yang diluluskan Sirim. Katanya, perkara itu penting kerana topi keledar berkualiti boleh menjamin keselamatan pengguna. “Kakitangan JKJR turut mengajar buat pemeriksaan tayar, memeriksa tekanan angin tayar dan bahagian penting motosikal untuk tujuan keselamatan,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/OpssetiapJumaat/Article
No comments:
Post a Comment