KEPALA BATAS: “Kali terakhir saya menemuinya petang semalam (kelmarin), dan sebelum pulang arwah (Aztika), dia menangis dan mengucap,” kata Amirul Ariff Abdul Razak, 17, rakan sekolah Aztika Azrin Azlan, 14, yang maut bersama dua abangnya dalam kemalangan di Plaza Tol Sungai Dua, jam 2.45 pagi semalam.
REMUK...anggota bomba memeriksa kereta terbakar rempuh plaza tol, semalam.
SEDIH...ibu Aztika ditenteramkan saudara-mara.
Amirul Ariff berkata, dia bersama adik perempuannya yang berusia 16 tahun, berkawan rapat, dengan Aztika Azrin, malah rakannya itu pernah tidur di rumah mereka. Katanya, kelmarin (Ahad) Aztika Azrin datang ke rumahnya di Bukit Jambul dan arwah menangis memberitahu mahu belajar agama Islam dengan lebih mendalam. “Sebelum itu arwah ada menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) memberitahu ayahnya dia tidak mahu ke sekolah hari ini (semalam) untuk kali terakhir. “Sebelum dijemput abangnya, arwah menangis dan mengucap menyatakan mahu belajar agama Islam dengan lebih mendalam,” katanya ketika ditemui di rumah Aztika di Penang Golf Resort, semalam. Amirul Ariff berkata, meskipun berlainan kelas, hubungan mereka rapat malah boleh diumpamakan seperti adik-beradik. Katanya, arwah seorang anak yang baik, mendengar kata dan suka membantu rakan lain yang dalam kesusahan. “Saya kehilangan seorang rakan rapat, namun reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya.Sementara itu, saudara kepada tiga mangsa berkenaan, Hassanal Bolkiah, 25, berkata mereka terkejut apabila mendapat tahu kejadian yang meragut nyawa saudara mereka. Katanya, dua minggu lalu dia menemui Aztika Azrin di Persiaran Gurney ketika mereka keluar membeli-belah bersama keluarga. “Saya terkejut dan sedih dengan kehilangan tiga saudara sekali gus. Kami memang rapat sejak kecil lagi,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tangisansebelumnahas/Article
No comments:
Post a Comment