Friday, June 4, 2010

Rentung Dlm Kereta

Rentung kaki tersepit
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Shanty Nur Shaffizan Shafee
KUALA LUMPUR: Amat memilukan apabila seorang wanita meraung meminta tolong gagal diselamatkan sebelum mati terbakar apabila kenderaan dipandunya dirempuh sebuah kereta lain dan lori dari belakang. Mangsa dikenali Slorina a/k Joseph, 27, yang tersepit hanya mampu melambai tangan meminta tolong sebelum Perodua Myvi dipandunya dijilat api dalam kemalangan kira-kira 3.25 pagi semalam. Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata kemalangan itu berlaku berhampiran jejantas Jalan Cheras susur bulatan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan (PPUKM). Menurutnya, ketika kejadian sebuah Toyota Vios dinaiki seorang lelaki dan wanita dipandu laju dari Kajang ke pusat bandar raya. “Kereta terbabit dipercayai dipandu terlalu laju sehingga ia terbabas ke pembahagi jalan dan merempuh tiang lampu serta memasuki laluan bertentangan. “Pada masa sama Perodua Myvi dipandu seorang wanita datang dari arah pusat bandar raya terus dirempuh kuat Toyota Vios terbabit yang melayang ke laluan bertentangan,” katanya. Menurutnya, lebih mengerikan apabila sebuah lori yang mengekori Myvi itu tidak sempat mengelak menyebabkan lori berkenaan merempuh kereta wanita itu.“Rempuhan kuat itu menyebabkan Myvi terbabit remuk sebelum pemandunya tersepit di dalam kenderaan. Lebih mencemaskan apabila pelanggaran itu mengakibatkan kebakaran pada Myvi terbabit. “Mangsa yang ketika itu masih sedarkan dirikan diri cuba menyelamatkan diri namun kakinya tersepit. Akibatnya mangsa hanya mampu meraung dan menjerit meminta tolong,” katanya.
Difahamkan ketika kejadian orang ramai termasuk pemandu lori yang merempuh wanita terbabit cuba memberikan bantuan kecemasan namun api terlalu marak dengan cepat.
“Akibatnya mangsa hangus sebelum sempat bomba datang memadamkan kebakaran,” katanya. Menurutnya, pada peringkat awal polis gagal mengenal pasti identiti pemandu wanita yang hangus 80 peratus tubuhnya. Malah, usaha mengenal pasti identiti mangsa turut menemui jalan sukar apabila nombor pendaftaran kenderaan terbabit hangus. “Namun berdasarkan siasatan pada nombor casis kereta itu, polis dapat menjejak pemiliknya iaitu lelaki yang menetap di Melaka yang meminjamkan keretanya kepada seorang lelaki yang menetap di sini. “Siasatan lanjut mendapati dia adalah teman lelaki mangsa yang meminjamkan kereta itu dan dia bergegas ke PPUKM bagi mengesahkan identiti mangsa,” katanya. Sementara itu, katanya, kereta Toyota Vios dinaiki dua mangsa dikenali Chen Yoke Xing, 24, dan Chong Kar Jun, 17, adalah pelajar sebuah kolej dandanan rambut. “Mangsa yang terselamat dilaporkan kritikal di PPUKM selepas cedera di kepala. Pada masa sama polis masih menyiasat sama ada pemandu Toyota Vios terbabit dalam keadaan mabuk ketika kejadian,” katanya yang kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana cuai. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rentungkakitersepit/Article

No comments:

Post a Comment