Saturday, July 31, 2010
Bogel Itu Seni..???
Tembus Kereta
KUALA LIPIS: Seorang tukang sapu wanita terbunuh selepas kereta Proton Pesona dinaikinya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sehingga menyebabkan besi itu menembusi kereta mangsa di Kilometer 81, Jalan Lipis-Merapoh, dekat sini, petang kelmarin.
Friday, July 30, 2010
Misteri Objek Langgar Kapal Tangki
Kerabat DiRaja Kelantan Rentung
Thursday, July 29, 2010
Jerat Cepat Kaya
PELBAGAI...antara kereta mewah di lokasi perjumpaan ahli skim terbabit.
TAHAN...antara ahli skim cepat kaya yang ditahan.
Setiap kali pertemuan, deretan kereta mewah milik ‘upline’ antaranya BMW 5 Series, Nissan Fair Lady, BMW Z4 Spider, Mitsubishi Evo Lancer serta Nissan GTR Skyline akan diparkir di hadapan kafe atau restoran yang menjadi lokasi perjumpaan bagi memancing mangsa, selain menggambarkan keuntungan luar biasa yang bakal diperoleh. Itu taktik digunakan satu sindiket skim cepat kaya yang mengaut keuntungan atas angin dan aktif sejak tiga tahun lalu, kini disertai ribuan ahli di seluruh negara dengan majoritinya kakitangan kerajaan. Berselindung di sebalik nama kelab riadah dan keluarga, sindiket itu menawarkan pelaburan eksklusif dengan menjalankan perniagaan jualan langsung berasaskan produk makanan kesihatan sedangkan ia palsu. Modalnya juga bukan sedikit kerana ahli perlu membuat pelaburan sekurang-kurangnya RM41,000 sedangkan pulangan yang diterima tidak mencecah RM5,000 sebulan. Sesi perbincangan untuk berkongsi pelan pemasaran tidak berakhir dalam sehari. Dalang yang juga upline berpura-pura akan berkongsi keuntungan dan membantu mencarikan modal pelaburan melalui pinjaman bank yang akan diluluskan segera. Selain kereta mewah, dalang lintah darat terbabit sentiasa bermegah-megah dengan barangan mewah dan menceritakan pendapatan mencecah puluhan hingga ratusan ribu ringgit sebulan. Segala taktik itu terbongkar apabila lokasi pertemuan ahli kelab terbabit diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, JSJK Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) melalui Ops Serama di Pusat Perniagaan Mentari, Bandar Sunway, dekat sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin. Ketua Penolong Pengarah (Operasi) JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata bertindak atas maklumat dan laporan orang ramai pihaknya menyerbu empat restoran dan menahan kira-kira 100 ahli serta dalang skim terbabit.“Mereka tidak mempunyai pendaftaran syarikat dan bergerak bebas mencari mangsa yang juga kakitangan kerajaan muda serta berpendapatan rendah. Pada peringkat awal, mangsa diminta membuat pelaburan RM41,000. Jika mangsa tidak berkemampuan mereka akan menawarkan pelaburan RM13,000 dan paling rendah RM2,000. “Namun, dek kerana tamak, ada yang sanggup meminjam daripada ahli keluarga dan saudara-mara untuk melabur dengan modal tinggi kerana dijanjikan keuntungan lebih besar,” katanya sambil memberitahu skim itu menjalankan pelaburan berkonsepkan piramid. Rohaimi berkata, jika mangsa gagal mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, sindiket itu akan bekerjasama dengan koperasi yang ‘tenat’, namun jika gagal mendapatkan pelabur baru untuk melangsaikan hutang, mereka akan menerima ugutan dan ancaman ala along. “Dalam serbuan itu kami menahan beberapa dalang yang sedang memperdayakan mangsa untuk melakukan pelaburan dan merampas 17 kereta mewah menggunakan nombor pendaftaran 8282, 925 dan 3399 yang menjadi simbol identiti sindiket itu. “Dalang terbabit memujuk serta meyakinkan mangsa terutama mereka yang bekerja sebagai penjawat awam, badan berkanun atau syarikat swasta yang mempunyai panel dengan institusi kewangan kerana mudah membuat pinjaman melalui skim potongan gaji atau Biro Angkasa,” katanya ketika ditemui di lokasi operasi. Menurut Rohaimi, pihaknya sudah sebulan melakukan intipan dan memerhati pergerakan sindiket penipuan terbabit dan pihak KPDNKK juga menerima lebih 30 laporan berhubung kegiatan itu. “Selepas mengambil keterangan, kami menahan 50 lelaki dan sembilan wanita dipercayai ‘orang kanan’ sindiket terbabit mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan direman sehingga esok.“Siasatan awal juga mendapati, mereka tidak mempunyai sebarang lesen jualan langsung serta pendaftaran syarikat. Segala transaksi pemindahan wang dimasukkan ke dalam akaun individu upline masing-masing,” katanya. Sementara itu, Penolong Pengarah Kanan KPDNKK Putrajaya, Shahrudin Hamzah meminta orang ramai berhati-hati dengan sebarang skim pelaburan cepat kaya dan berkonsep piramid. “Mereka boleh mendapatkan maklumat melalui laman web KPDNKK bagi mengesahkan sama ada syarikat yang menjalankan aktiviti jualan langsung itu berdaftar atau tidak. Mereka yang meragui kesahihan perniagaan itu diminta membuat laporan di pejabat KPDNKK untuk tindakan selanjutnya. “Skim cepat kaya ini kebiasaannya menyebabkan mangsa terjebak masalah kewangan, kekeluargaan dan kemasyarakatan serta menjejaskan prestasi kerjaya. Ini perkembangan tidak sihat untuk penjawat awam,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Keretamewahpancingmangsa/Article
Tuala Wanita Dalam Rahim
Gambar Hiasan
Oleh Ahmad Che Doh
TASEK GELUGOR: Seorang ibu muda menderita kesakitan selepas melahirkan anak sulung kira-kira dua minggu lalu, berikutan tuala wanita yang dipercayai digunakan ketika proses kelahiran anaknya tertinggal dalam rahimnya.Nurhidayah Abdul Hamid, 24, dari Permatang Sungai Dua di sini, melalui pengalaman yang memeritkan beberapa hari selepas dia dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP). Mohd Abdul Muhaymin Mustafa, 24, mendakwa isterinya melahirkan anak perempuan secara normal pada jam 10.53 malam pada 15 Julai lalu, sebelum dibenarkan pulang dua hari selepas itu. Apabila berada di rumah, kesakitan yang dialami Nurhidayah semakin serius. Kakitangan Telekom Malaysia itu yang turut demam, dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Dua untuk mendapatkan rawatan, Jumaat lalu.Doktor hanya memberikan antibiotik, ubat demam dan batuk kerana menyifatkan kesakitan yang dialami wanita itu perkara biasa bagi mereka yang baru melahirkan anak.Berikutan Nurhidayah terus mengalami kesakitan dan sukar untuk berjalan, Mohd Abdul Muhaymin membawa isterinya ke sebuah klinik swasta Isnin lalu, sebelum diminta merujuk ke Hospital Kepala Batas (HKB).Apabila pihak hospital melakukan pemeriksaan ke atas isteri saya, doktor mendapati tuala wanita yang dipercayai digunakan menahan darah masih dalam di rahimnya, katanya di sini.Selepas tuala wanita itu dibuang, Nuhidayah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), Butterworth, kelmarin, untuk rawatan susulan. Ibu muda itu kini masih dirawat di HSJ dan keadaannya dilaporkan stabil.Mohd Abdul Muhaymin mendakwa seorang pegawai dari HPP menemuinya petang kelmarin berhubung kejadian itu.Pegawai berkenaan mengakui berlaku kesilapan petugas HPP dan memohon maaf di atas kejadian berkenaan, katanya.Beliau yang kecewa dan kesal dengan kejadian itu, mendakwa kejadian berpunca daripada kecuaian doktor dan jururawat yang mengendalikan kelahiran anaknya.Berikutan kejadian itu, Mohd Abdul Muhaymin membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara di Kepala Batas, Isnin lalu.Saya akan mengambil tindakan undang-undang kerana kejadian itu, menjejaskan kesihatan isteri saya. Sepatutnya kejadian itu tidak berlaku jika pihak berkenaan menjalankan tugas dengan berhati-hati, katanya.Beliau berkata, kejadian itu meninggalkan pengalaman pahit terhadap isterinya yang melahirkan anak sulung dan harus menjadi pengajaran kepada hospital berkenaan untuk memastikan perkara itu tidak berulang. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tualawanitadalamrahim/Article/
Wednesday, July 28, 2010
Sijil Halal
Angkara Cemburu
KUCHING: Angkara cemburu buta, seorang gadis bukan saja dipukul dengan tukul, malah kemaluannya turut dirodok dengan botol deodoran oleh tunangnya selepas berlaku pertengkaran antara mereka berdua di sebuah rumah di Matang, dekat sini, malam kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa berusia 23 tahun yang bersendirian di rumahnya didatangi tunangnya, berusia lingkungan 20-an. Difahamkan, pertemuan itu mencetuskan pertengkaran dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu buta lelaki terbabit terhadap mangsa sebelum mengambil tukul dan membelasah mangsa. Akibat perbuatan ganas itu, mangsa cedera hampir seluruh badannya, namun keganasan lelaki berkenaan tidak berhenti di situ apabila dia mengambil botol deodoran milik mangsa lalu merodok kemaluan wanita itu. Selepas melihat mangsa dalam kesakitan, suspek melarikan diri.Mangsa menghubungi seorang ahli keluarganya bagi memaklumkan kejadian itu sebelum membuat laporan polis. Mangsa yang ditemani beberapa anggota keluarganya dibawa mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan keadaannya dilaporkan stabil walaupun masih trauma dengan kejadian itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kok Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. Beliau berkata, polis menerima laporan daripada mangsa pada hari kejadian sebelum gerakan mencari suspek yang juga tunang kepada mangsa dijalankan. “Sehingga kini belum ada tangkapan dibuat namun polis sudah mengenal pasti identiti suspek,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Botolrodoktunang/Article
Monday, July 26, 2010
Payung Terjun Gagal Berfungsi
Bahana Ubat Nyamuk
KAJANG: “Saya mendengar dia menjerit meminta tolong, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana api makin marak,” kata kawan karib kepada mangsa rentung, Syed Omar Ali Syed Zakir, 11.
RENTUNG...asrama Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran Hayatul Uloom yang hangus terbakar.
Mangsa, Abdul Rahman Rosmali, 9, ditemui rentung dalam bilik asrama Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran Hayatul Uloom akibat tidak sempat melarikan diri bersama tujuh lagi rakannya. “Saya sudah menasihati rakan untuk membakar satu saja ubat nyamuk itu, tetapi mereka berdegil mahu memasang enam dengan alasan malam itu terlalu banyak nyamuk. “Masih terngiang-ngiang lagi suara Abdul Rahman meminta tolong, tetapi api makin marak menyebabkan dia dihempap kayu, saya dan enam lagi rakan juga dipaksa keluar dari bilik itu bagi menyelamatkan nyawa kami. Dalam kejadian 2 pagi itu, lot banglo dua tingkat itu yang menempatkan 20 pelajar, hangus menyebabkan Abdul Rahman yang terperangkap dalam bilik itu rentung. Bapanya, Rosmali Saad, 37, berkata, dia reda dengan ketentuan itu dan menerima berita sedih berkenaan dengan tenang. “Saya menerima panggilan jam 2 pagi mengatakan pusat pengajian tahfiz itu terbakar, saya bergegas ke tempat kejadian dan pada mulanya saya tidak menyangka budak rentung itu anak saya. “Arwah seorang yang pendiam, dia budak yang baik dan rajin, apa pun saya reda dengan pemergiannya, mungkin ini ujian Tuhan untuk kami sekeluarga. Rosmali berkata, kali terakhir dia menemui anaknya itu pada Jumaat lalu di masjid berdekatan ketika mahu solat Jumaat. “Seperti biasa dia hanya tersenyum pada saya dan tidak menunjukkan apa-apa petanda dia mahu pergi meninggalkan kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Haji Palir, Batu 15 1/2, Hulu Langat di sini, semalam. Abang mangsa, Abdul Malik, 14, berkata, dia percaya, punca kejadian akibat ubat nyamuk yang dipasang dalam bilik itu. “Saya ada bertanya kepada rakan adik mengenai punca kejadian dan mereka mengatakan ubat nyamuk yang dipasang menyambar pakaian yang ada di bilik itu, malah turut menyambar kaki seorang rakan yang lain, tapi berjaya dipadamkan,” katanya yang juga penuntut di pusat pengajian sama. Jenazah Abdul Rahman dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Dusun Tua jam 2 petang, semalam. Ketua Balai Bomba Kajang, Shauki Abdullah, berkata 14 anggota dan dua jentera dikejar ke sana bagi memadamkan api dan ketika tiba di tempat kejadian, hampir 80 peratus asrama tahfiz itu sudah terbakar. “Kebakaran berjaya dikawal setengah jam kemudian daripada merebak ke kediaman berhampiran,” katanya. Shauki berkata proses memadamkan kebakaran itu turut dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah. Tambahnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, namun tidak menolak kemungkinan berpunca daripada lingkaran ubat nyamuk yang dipasang. Pengasas rumah tahfiz terbabit, Dr Shahrir Hussin berkata dia menyerahkan kepada polis dan bomba untuk mentafsir kerugian serta punca kejadian. “Bagaimanapun saya reda dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi kehilangan seorang pelajar yang amat baik dan tidak banyak kerenah seperti Abdul Rahman,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bahana6ubatnyamuk/Article
Maut Di Festival Muzik
DUISBURG, Jerman -
Sunday, July 25, 2010
Jalan Sakaratulmaut
TEMERLOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mengenalpasti jalan raya yang bakal dilabelkan sebagai jalan "sakaratulmaut" dalam usaha membendung kemalangan jalan raya di negara ini. Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Salim Parlan, berkata usaha itu dijalankan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bagi memudahkan pemantauan secara lebih berkesan. "Pihak JPJ dan MIROS akan menamakan jalan tersebut sebagai laluan atau jalan sakaratulmaut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Terdahulu beliau yang mewakili Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, merasmikan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) peringkat negeri Pahang, di Felda Jengka 25, di sini. Salim berkata, pemantauan yang lebih bersepadu di laluan atau jalan "sakaratulmaut" itu diharapkan akan dapat mengubah sikap pengguna jalan raya di negara ini agar lebih berhemah dan bersopan di jalan raya serta lebih menghargai nyawa semua pihak. Katanya, JPJ kelak akan membuat rondaan dan pengawasan 24 jam di laluan atau jalan "sakaratulmaut" terbabit. "Setakat ini kita belum kenalpasti berapa jumlah sebenar laluan sakaratulmaut itu, dan operasi bersepadu 24 jam akan dilaksanakan menjelang musim pra-perayaan Aidilfitri nanti," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Salim berkata pihak JPJ, polis, dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) juga akan memberikan penumpuan operasi di terminal bas di seluruh negara menjelang musim perayaan nanti bagi memastikan keselamatan penumpang kenderaan awam di musim perayaan. "JPJ akan memeriksa semua sistem keselamatan bas ekspres seperti brek, lesen pemandu bas, cukai jalan, pemeriksaan PUSPAKOM dan sebagainya bagi menjamin keselamatan penumpang. "Polis dan AADK pula akan memastikan pemandu bas ekspres tidak terlibat dengan pengambilan dadah serta di bawah pengaruh minuman keras," katanya. - BERNAMA http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JPJakankenalpastijalan_sakaratulmaut_/Article
Perlanggaran Bot
Maut Dihempap Jengkaut
Joget Tiang
Perkara itu didedahkan seorang penuntut IPT yang aktif berfoya-foya di disko, termasuk menari tiang, sehingga membiarkan tubuh dibaluti pakaian ketat dan singkat dijadikan ‘santapan mata’ lelaki hidung belang.Mahu dikenali sebagai Rozita, 23, tiada siapa sangka dia yang sopan pada siang bertukar liar apabila tiba malam. “Siang saya rasakan diri ini mulia, terutama ketika menuntut ilmu, tetapi apabila malam menjelma saya akui diri ibarat syaitan.Kehidupan di disko bagaikan syurga kerana itu tempat paling sesuai untuk melepaskan tekanan.“Apabila mabuk, setakat melakukan tarian tiang untuk tontonan pengunjung disko bukan masalah untuk saya. Ketika itu saya hanya mahu seronok, tetapi berasa ‘glamor’ juga sebab jadi perhatian,” katanya.Menurut Rozita, tujuan ke disko pada mulanya sekadar berseronok, termasuk mabuk, kemudian buat tarian tiang, tetapi lama-kelamaan mengambil pula pil khayal. “Kesudahannya apabila mabuk dan khayal, pulang beriringan bersama pasangan ke hotel atau rumah sewa,” katanya.Lebih mengejutkan, Rozita mengakui dia dan beberapa rakan yang ‘satu kepala’ dengannya sanggup menggadai tubuh demi mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan berhibur dan pengajian di IPT.“Apabila habis wang, saya sanggup meminta ‘perkhidmatan’ yang diberi dibalas dengan wang. Dengan wang itu dapatlah saya tampung perbelanjaan untuk berhibur dan belajar.“Apapun, bukan bermakna saya selalu buat begitu, sebaliknya kalau dah ‘sesak’ saja,” katanya.Jika ada bajet lebih, dia dan rakan menganjurkan parti bebas yang dihadkan kepada tetamu tertentu saja.Parti itu dipenuhi aktiviti menghisap ganja, minum arak dan seks bebas.“Akibatnya, pelajaran saya hampir musnah dan terpaksa mengulang subjek yang gagal kerana sering ponteng kelas.“Akibat terlalu memikirkan keseronokan, ada rakan saya mempunyai ‘sugar daddy’ yang membelikan mereka telefon bimbit canggih, pinjamkan kereta mewah dan kadangkala tidur di rumah besar,” katanya.Seorang lagi pelajar IPT yang mahu dikenali Zura, 23, berkata, dia ke disko kerana terpengaruh dengan rakan daripada golongan berada.“Saya masuk ke kelab malam sebab mahu menari, tidak kira menari biasa atau menari tiang, dan saya tidak perlu bayar sebab rakan belanja.“Inilah untungnya bila berkawan dengan orang kaya, semuanya dibelanja, termasuk bayaran masuk ke disko dan arak, “katanya.Zura mengakui bukan aneh jika melihat ramai penuntut IPT menjadi pengunjung tetap disko, dengan ada antara mereka pandai melakukan tarian tiang dalam keadaan mabuk. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penuntutliar/myMA/myArticle
Maksiat : Sorok Atas Siling
Terjerat Ayat-Ayat Cinta
KUALA LUMPUR: Didikan agama diberi secukupnya manakala batas pergaulan sentiasa dipantau keluarga, namun angkara cinta buta, seorang gadis rela menggadai maruah sehingga melahirkan anak luar nikah.
Saturday, July 24, 2010
Rakam Noda Anak Sendiri
Friday, July 23, 2010
Murid DiBogel Dalam Kelas
DiBaham Ular Sawa
Isteri Pasang Dua
Bapa Jahiliah
Tuesday, July 20, 2010
Proses Ketum
Gambar Hiasan
JERLUN: Enam lelaki berumur antara 20 dan 65 tahun ditahan ketika sedang memproses, menjual dan membeli air ketum dalam serbuan di dua rumah di Kampung Tanduk Kedabu di sini hari ini.Serbuan oleh Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu adalah kali keempat dilakukan di kedua-dua rumah yang berhampiran itu tahun ini. Pegawai Operasi Bahagian Narkotik IPK Kedah Cif Inspektor Mohd Shaharan Tarmizi berkata, operasi kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dilakukan hasil maklumat orang awam. "Pihak polis sudah membuat empat kali serbuan di kedua-dua rumah itu sepanjang tahun ini dan kali terakhir serbuan dibuat pada bulan Mei lalu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini. Beliau berkata, tiga daripada enam yang ditahan itu adalah anak-beranak dan saudara dengan seorang daripada mereka pernah ditahan dalam tiga serbuan sebelum ini manakala tiga lagi adalah pelanggan. "Dalam operasi itu, polis merampas 350 bungkus air ketum yang diproses, lima kilogram daun ketum, dua tong gas, dua dapur masak dan dua periuk besar yang kesemuanya bernilai lebih RM10,000," katanya. Mohd Shaharan berkata, kegiatan mereka itu aktif sejak dua tahun lepas dan pokok ketum juga ditanam di belakang sebuah daripada rumah yang diserbu itu. "Kesemua mereka dibawa ke IPK dan akan menjalani ujian air kencing. Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih empat tahun dan denda tidak lebih RM10,000," katanya.-Bernama http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/EnamditahanprosesairketumdiJerlun/Article
Pakai Jaket Polis
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR : Akibat memakai jaket polis Julai lalu, seorang bekas polis dikenakan hukuman dua bulan penjara dan denda RM200 di Mahkamah Majistret di sini semalam. Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohamad Ali Salleh, 30, mengaku bersalah terhadap tuduhan dibacakan terhadapnya. Mengikut pertuduhan dia yang dibawa ke mahkamah dengan berkerusi roda didakwa memakai jaket pemantul cahaya bertulis ‘POLIS’ milik kerajaan Malaysia dengan niat supaya dipercayai dirinya pegawai polis. Perbuatan itu dilakukan di Jalan 10/142, Taman Orkid Desa, Cheras di sini pada jam 6.45 petang, 26 April lalu. Dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 171 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman tiga bulan penjara dan denda RM400 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penjaraduabulanpakaijaketpolis/Article
Anak Durjana
SAKIT...Mustaffa menunjukkan kepalanya yang cedera.
Malah, anak sulung daripada enam beradik itu turut cuba memukul bapanya menggunakan tukul besi berhampiran rumah mereka di Flat Program Perumahan Rakyat (PPR) Sri Alam Off Jalan Istana di sini, tengah malam kelmarin. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mustaffa, 44, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, dia yang baru pulang bekerja menegur isterinya berhubung sikap anak sulung lelaki mereka yang gemar melepak dan membuang masa bersama rakan sebaya. Mustafa yang bekerja sebagai penyiasat dalaman di sebuah pusat beli-belah meminta isterinya menasihati anak mereka itu supaya mencari pekerjaan dan membantu enam adiknya. Ketika itu, anak mangsa yang berusia 21 tahun melepak dalam rumah. “Sebaik mendengar saya berkata demikian, dia menerkam ke arah saya dan memukul kepala saya dengan buku lima hingga kepala saya berdarah. Saya langsung tidak menyangka anak saya sanggup berbuat demikian,” katanya ketika ditemui, semalam. Menurut Mustafa, akibat kehilangan banyak darah, dia hampir pitam, namun cuba menahan diri daripada terjatuh. “Anak saya melarikan diri, namun beberapa minit kemudian, dia muncul kembali sambil menjerit dan cuba memukul saya menggunakan tukul besi. Mujur beberapa jiran yang melihat kejadian itu sempat menahannya. Ketika itu terdetik hati dia berniat untuk membunuh bapa kandungnya,” katanya. Mustaffa berkata, dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan oleh dua rakannya yang juga pemandu teksi sambil ditemani seorang anak perempuannya. “Berdasarkan kecederaan, saya percaya anak sulung saya itu menggunakan buku lima. Namun, saya bernasib baik kerana lukanya tidak terlalu dalam,” katanya yang membuat laporan di pondok polis Hospital Kuala Lumpur (HKL). Menurutnya, sebelum ini anak sulungnya itu yang berhenti sekolah sejak berusia 16 tahun pernah beberapa kali menggertak mahu memukulnya setiap kali dinasihatkan supaya berubah sikap. “Dia hanya gemar tidur di rumah atau melepak di pusat beli-belah bersama rakan sebaya. Tidak tahan dengan sikapnya itu, saya menasihatinya berubah walaupun ada kalanya dibalas maki hamun dan kata-kata kesat. “Bagaimanapun, saya tidak pernah memukulnya berikutan percaya ia hanya akan mengeruhkan keadaan dan hubungan kami sekeluarga. Namun, selepas bersabar hampir lima tahun, sikapnya kian sukar dikawal, malah pernah diberkas polis kerana terbabit aktiviti tidak sihat,” katanya. Mustafa berkata, dia juga pernah diugut anak kandungnya itu yang mahu mencederakannya jika terus menerus mengganggu hidupnya. “Saya tidak berani pulang ke rumah berikutan bimbang dia bertindak di luar kawalan termasuk membunuh saya. Buat sementara waktu ini, saya berehat di rumah rakan di Ampang sehingga sembuh. “Saya mahu dia berubah dan menjadi insan baik,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Anakdurjana/Article
Neraka Bapa saudara
JOHOR BAHRU: Umpama hidup di neraka. Begitulah derita seorang anak kecil dianggap sebagai ‘pembawa sial’ sehingga dilayan umpama hamba abdi oleh bapa saudara termasuk dirantai seperti anjing, didera dan dipaksa makan nasi berlauk cili padi serta serbuk kunyit hampir setiap hari.
Bagai Lupa Keluarga
BANGI: Kisah gadis tempatan dilarikan ke Lombok, Indonesia bagaikan tiada berkesudahan. Kali ini, seorang lagi remaja berusia 18 tahun menjadi mangsa selepas terpedaya dengan pujuk rayu jejaka Lombok sebelum dilarikan dari kediamannya di Semenyih, di sini, Jumaat lalu.
Monday, July 19, 2010
Suami Kebas Kereta Isteri
Objek Misteri Di Langit
KOTA KINABALU: “Ketika berada dalam dewan, tiba-tiba seorang wanita menjerit melihat suatu objek mirip piring terbang di langit berhampiran pusat peranginan itu.“Lalu kami keluar untuk mengesahkan dakwaannya dan apa yang saya lihat ia memang satu objek berbentuk bulat dan berwarna biru sedang terapung, tetapi selepas beberapa saat kemudian ia bertukar menjadi warna hijau,” kata seorang tetamu Tuaran Beach Resort, Jemas Dungil, 27. Suasana di pusat peranginan ketika itu gempar apabila satu objek asing seakan-akan piring terbang (UFO) muncul di ruang udara berhampiran pantai peranginan Tuaran di sini, petang kelmarin. Kemunculan objek berkenaan disaksikan beberapa kakitangan dan tetamu pusat peranginan itu yang kebetulan berada di kawasan terbabit. Mereka mendakwa objek mengeluarkan cahaya biru dan hijau itu terapung di ruang udara selama seminit sebelum hilang dalam sekelip mata.Malah, ada di kalangan mereka sempat merakamkan gambar piring terbang itu menggunakan telefon bimbit masing-masing tetapi apa yang menghairankan, ada telefon bimbit berkenaan tiba-tiba ‘mati’ dengan semena-mena sebaik merakam gambar objek berkenaan. Jemas berkata, dia ternampak satu objek terapung yang besar dan tidak bergerak ketika menghadiri majlis jamuan makan seorang rakannya di pusat peranginan itu. Menurutnya, dia sempat merakamkan objek misteri itu menggunakan kamera telefon bimbitnya, malah beberapa pengunjung pusat peranginan itu turut melakukannya. “Saya tidak percaya UFO, tapi apa yang saya lihat itu benar-benar luar biasa kerana ia berlaku di depan mata. “Apa yang pelik, telefon bimbit milik beberapa pengunjung yang merakam kemunculan objek itu tiba-tiba ‘mati’. Namun, saya bernasib baik kerana dapat merakamkan imej objek itu,” katanya. Sementara itu, seorang lagi saksi, Donny Benedict, 29, berkata, dia tidak percaya dengan kewujudan UFO, namun pandangannya berubah sebaik menyaksikan kejadian itu. “Saya hanya sempat melihat objek berkenaan terapung selama 20 saat sebelum ia hilang begitu sahaja. Apa yang peliknya, ia tidak mengeluarkan sebarang bunyi seperti dihasilkan pesawat udara. “Ini pengalaman pertama saya melihat UFO, namun mengecewakan gambar diambil menggunakan telefon bimbit hilang,” katanya. Kemunculan UFO di negara ini dikesan bermula pada tahun 1950-an apabila seorang lelaki melihat satu piring terbang di Petaling Jaya. Sejak itu, beberapa objek menyerupai piring terbang didakwa dilihat rakyat negara ini. Kali terakhir UFO muncul di negara ini pada 1999 di Tanjung Sepat, Kuala Langat. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/GemparlihatUFOterapung/Article