Monday, July 19, 2010

Botox

Pengalaman ngeri pengguna botox
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Wartawan Metro Ahad berjaya menemubual seorang lelaki lembut yang pernah menjadi pelanggan tetap operasi haram suntikan botox di sebuah hotel tiga bintang di sini. Pelik tapi benar apabila pondan itu yang mahu dikenali sebagai Azri, 26, berdepan keadaan menyeksakan apabila bukan saja terpaksa menahan sakit tetapi pada masa tertentu dia menyondol-nyondol dan mendengus seperti babi. "Rupa-rupanya botox yang disuntik ke wajah saya menggunakan ramuan lemak babi. Saya buat pemeriksaan lanjut dan botox itu disahkan mengandungi lemak babi. “Lebih mengejutkan, rakan bukan Islam yang pernah menggunakan khidmat doktor sama mendakwa, ada kemungkinan botox itu diselitkan sihir tertentu supaya penggunanya memiliki cantik ‘luar biasa’,” katanya ketika ditemui Metro Ahad baru-baru ini. Menurut Azri, sejak menggunakan botox itu, dia mengakui bukan saja mempunyai perwatakan mirip babi, tetapi suka menjeling dan sering berasa dirinya cantik. Katanya, bukan saja dia berperwatakan seperti babi, wajahnya kadangkala bengkak dan berasa sakit seolah-olah disiat. “Saya juga perlu kerap memicit hidung yang disuntik botox supaya tidak kembang yang sebenarnya membuatkan wajah saya lebih hodoh,” katanya yang menganggap kesengsaraan itu sukar digambarkan dengan perkataan. Katanya, dia mula menyedari ada yang tidak kena dengan penggunaan botox itu selepas menderita penyakit ganjil yang didakwa disihir seseorang, dipercayai kenalan di kalangan pondan, kerana cemburu dan hasad dengki. “Ketika menderita akibat disihir awal tahun lalu, saya mula menyedari kelakuan berubah setiap kali bertemu pakar agama atau ustaz untuk berubat. “Beberapa ustaz yang ditemui mendakwa, ketika berubat, tingkah laku saya bertukar seolah-olah seekor babi dan menyondol-nyondol tanpa saya sedari. “Mulanya saya menyangka mungkin ilmu sihir dituju kepada saya mempunyai unsur babi, namun ustaz yang ditemui menyangkal dakwaan saya,” katanya yang susut 20 kilogram sepanjang tempoh sembilan bulan selepas menyuntik botox itu di wajahnya. Azrul yang kini insaf dengan perbuatannya terpaksa berterus terang bahawa dia kemaruk botox demi memastikan wajahnya cantik seperti artis wanita. “Ustaz yang mengubati saya meminta saya bertaubat dan segera membuang botox di wajah untuk sembuh. Ketika itu terdetik di hati untuk bertemu individu yang lebih arif mengenai botox yang disuntik pada dagu dan hidung saya. “Alangkah terkejutnya saya apabila diberitahu cecair suntikan itu mengandungi lemak babi bagi memberi kesan segera. Ketika itu timbul penyesalan dan ketakutan pada diri saya. “Rupa-rupanya perwatakan mirip babi berlaku disebabkan kealpaan sendiri yang taksub untuk mengubah wajah,” katanya. Menceritakan pengalamannya mendapatkan suntikan botox, kata Azri, ia dilakukan seorang wanita yang mendakwa doktor dan pakar botox di sebuah hotel di ibu kota. “Rakan mendakwa, individu yang menyediakan khidmat itu adalah doktor. Ketika berjumpa doktor itu, saya diberi pilihan sama ada ingin melakukan suntikan jarum pendek (murah) atau panjang (mahal). “Ia berbeza daripada segi kandungan botox diberi, sama ada ia tahan lama atau tidak. Saya memilih suntikan jarum pendek kerana murah dan melakukannya berulang kali sehingga berhabis ribuan ringgit,” katanya. Dia melakukan suntikan ketika masih bergelumang dengan dunia pondan dan mahu dirinya kelihatan cantik dengan melakukan sedikit perubahan pada wajah. “Di kalangan pondan, melakukan suntikan botox adalah perkara normal, kami sering lakukannya kerana ingin kelihatan cantik seperti wanita. “Soal kandungan botox yang kami terima, sama ada halal atau haram, bukan persoalan. Yang penting bagi saya, kepuasan untuk kelihatan cantik tetapi inilah padah yang saya terima,” katanya. Kini, selepas sembuh daripada gangguan sihir, Azri meninggalkan dunia pondan dan kembali menjadi lelaki normal. Katanya, dia sedar perbuatannya merugikan dan berdosa besar kerana bahan suntikan botox itu mengandungi lemak babi yang haram di sisi agama. “Saya tenang ketika ini, saya terima diri saya seadanya dan tidak mahu berlagak seperti wanita lagi. Kalau boleh, saya tidak mahu terjerumus dengan dunia pondan yang sia-sia dan tiada masa depan selain mengejar keseronokan semata-mata,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pengalamanngeripenggunabotox/myMA/myArticle/

No comments:

Post a Comment