Sunday, July 25, 2010

Maut Dihempap Jengkaut

Dua rakyat Bangladesh maut dihempap jentera berat
Gambar Hiasan
KUANTAN: Dua lelaki rakyat Bangladesh yang memandu jengkaut tanpa pengetahuan majikan mereka, maut selepas jentera berat itu terbalik ketika membuat pusingan 'U' di Km12, Jalan Lembah Bertam-Sungai Koyan, dekat sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Zahari Wan Busu berkata, berdasarkan siasatan awal, jengkaut yang dipandu seorang daripada lelaki itu dipercayai terbalik ketika sedang membuat pusingan ''U'' menghala ke Lembah Bertam. "Kedua-dua mangsa terjatuh sebelum dihempap jentera itu dan mereka mengalami kecederaan parah di kepala dan badan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Wan Zahari berkata, kejadian itu disedari seorang pemandu yang melalui kawasan terbabit dan polis terpaksa menggunakan khidmat kren bagi mengalih serta mengangkat jengkaut berkenaan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum dihantar ke HSHK untuk mendapatkan rawatan. "Siasatan masih diteruskan berhubung motif sebenar mangsa memandu jengkaut terbabit di luar waktu bekerja," katanya. Beliau berkata, polis menghubungi Kedutaan Bangladesh untuk proses menghantar mayat mangsa pulang ke negara asal selepas bedah siasat selesai dijalankan. -Bernama http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DuarakyatBangladeshmautdihempapjenteraberat/myMA/myArticle

No comments:

Post a Comment