Friday, July 2, 2010

Dilibas Pedang Samurai

Parah dilibas pedang samurai
Oleh Mohd Zaidi Ya’acob
ALOR GAJAH: “Ketika cuba melawan mereka, tangan kiri saya terkena pedang samurai sebelum senjata tajam itu dilibas sekali lagi di belakang badan menyebabkan saya menjadi tidak bermaya.Nasib saya baik apabila diselamatkan penduduk kampung yang datang membantu.” Demikian kata Zulzainudin Yusof, 16, yang menerima 24 jahitan di badannya selepas diserang dengan pedang samurai dan kayu oleh sekumpulan 20 lelaki berusia antara 19 hingga 20-an dipercayai akibat salah faham di BalaiRaya Kampung Belimbing Dalam, dekat sini, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa bersama beberapa rakan termasuk jirannya sebelum itu sibuk memindahkan barangan di balai raya berkenaan akibat banjir berikutan hujan lebat. Zulzainudin berkata, tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki bermotosikal memasuki kawasan balai raya lalu mendekatinya sambil bertanya seorang bernama Bismi. Menurutnya, kumpulan lelaki terbabit bertanya sama ada dia Bismi, namun dinafikan. “Tiga daripada mereka menarik saya lalu pukul secara beramai-ramai tanpa belas ihsan dipercayai kerana tidak berpuas hati. “Saya sempat melawan mereka tetapi seorang daripada mereka melibas pedang samurai dan terkena tangan kiri. “Dalam keadaan lemah akibat dipukul bertalu-talu, saya cuba melarikan diri sebelum penduduk kampung bersama bapa yang berada berhampiran datang memberi bantuan bagi meleraikan kekecohan itu,” katanya. Beliau berkata, sebaik sampai, bapanya sempat menendang seorang daripada kumpulan lelaki itu menyebabkannya terjatuh dalam longkang dan menangkapnya sebelum rakan lelaki itu datang lebih dekat. “Kami dua beranak dikepung kumpulan lelaki itu sebelum bapa melepaskan rakan mereka yang ditangkap lalu kumpulan lelaki itu beredar dari balai raya menaiki motosikal,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. Bapa mangsa, Yusof Ismail, 45, berkata kejadian yang menimpa Zulzainudin disedarinya apabila seorang rakan anaknya memaklumkan perkara terbabit kepadanya. “Rakan dia (Zulzainudin) jumpa saya dan memaklumkan anak saya dipukul sekumpulan lelaki. Saya ke tempat pergaduhan itu dan mendapati tangan dan belakang badan anak saya berdarah. “Saya sempat melawan seorang daripada mereka hingga pedang digunakan itu jatuh dan sempat mengambil senjata itu,” katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan dan siasatan masih dijalankan. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Parahdilibaspedangsamurai/Article

No comments:

Post a Comment