Friday, July 9, 2010

Adik Terkapai-kapai

Adik hanyut
Oleh Riadz Radzi
YAN: “Tiba-tiba saya hanya nampak basikal saja di atas titi manakala adik terkapai-kapai sebelum tenggelam dalam arus sungai deras,” kata Muhammad Fitri Zamzuri, 10, abang Muhammad Hafiz, 9, yang lemas dalam kejadian di Kampung Titi Teras, kira-kira 6.30 petang kelmarin.
DI SINI...Muhammad Haniff Hashim menunjukkan lokasi tempat mangsa tergelincir sebelum lemas di Sungai Titi Teras, semalam. Gambar kecil, Zamzuri.
Dalam kejadian itu, kedua-dua beradik berkenaan menaiki basikal selepas keluar dari rumah datuk mereka di Kampung Kepala Bukit yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian. Muhammad Fitri berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, mereka berhenti melihat beberapa penduduk kampung memancing di situ. “Muhammad Hafiz yang berada di belakang saya tiba-tiba tergelincir sebelum terjatuh ke sungai,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. Difahamkan, mangsa yang juga murid tahun tiga Sekolah Integrasi Al Faizin, Guar Chempedak memberhentikan basikalnya sambil meletakkan sebelah kaki di tepi titi sebelum tergelincir ke sungai sedalam kira-kira dua meter. Hujan lebat pada sebelah petang kelmarin menyebabkan arus Sungai Titi Teras selebar kira-kira tiga meter itu bertukar deras. Muhammad Fitri yang cemas dengan kejadian itu meminta pertolongan penduduk berhampiran sebelum menghubungi bapanya, Zamzuri Hamid, 37. “Saya memang rapat dengan arwah kerana usia kami tidak jauh beza. Ketika kami baru hendak berseronok keluar bersiar-siar, arwah tiba-tiba tergelincir sebelum hilang dibawa arus,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Adikhanyut/Article

No comments:

Post a Comment