Tuesday, July 13, 2010

5 Maut Nak Lihat Kapal Selam

Ajal 5 sekeluarga
Oleh Junaidi Ladjana
am@hmetro.com.my
KOTA KINABALU: Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama empat ahli keluarganya yang dalam perjalanan untuk menyaksikan ketibaan kapal selam kedua negara, KD Tun Abdul Razak maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki di Simpang Ladang Reka Halus Jalan Sandakan-Telupid, Sandakan, petang kelmarin.Lebih menyayat hati, seorang daripada mangsa, Nurdell Asniera Haniesah Haidir, 8, ditemui dalam keadaan ngeri dengan kepalanya terputus akibat tersepit di bawah lori tangki membawa minyak kelapa sawit itu. Difahamkan, pemandu kereta itu, Mohd Ariffin Lakin, 24, yang bertugas di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, dan masih bujang dipercayai mahu membawa keluarganya menyaksikan kapal selam kedua negara yang dijangka tiba Khamis ini. Bagaimanapun, dalam kejadian pada jam 6 petang itu, Proton Iswara dipandu Mohd Ariffin bertembung dengan lori tangki minyak sawit menyebabkan dia dan empat penumpang di dalamnya tersepit sebelum meninggal dunia di tempat kejadian. Keluarga Mohd Ariffin yang turut terbunuh ialah adiknya, Rusid Lakin, 33, ibunya, Sapura Abdullah, 52, adiknya, Hasnah, 15, dan anak saudaranya, Nurdell Asniera. Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan V Shivanathan berkata, kejadian berlaku apabila kereta dipandu Mohd Ariffin yang dalam perjalanan menuju ke pusat bandar raya bertembung lori tangki berkenaan dari arah bertentangan. “Pertembungan itu menyebabkan semua penumpang Proton Iswara tersepit di dalam kenderaan yang remuk teruk itu sebelum meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah. “Bagaimanapun, pemandu lori berusia 49 tahun hanya cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Beluran,” katanya. Katanya, polis masih menyiasat punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan faktor kecuaian menjadi punca kemalangan itu. “Semua mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan,” katanya. Shivanathan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Mohd Razali Awang Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.14 petang dan menghantar sebuah jentera bersama enam anggota ke lokasi. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ajal5sekeluarga/Article

No comments:

Post a Comment