Saturday, July 3, 2010

Terkejut Anak Hamil

Terkejut tahu anak hamil
Gambar Hiasan
AMPANG: Seorang ibu yang pelik melihat keadaan fizikal anak gadisnya seolah-olah mengandung membuat ujian kehamilan sebelum terkejut apabila sangkaan itu tepat.Malah, ibu malang terbabit turut pergi ke rumah teman lelaki anaknya itu untuk berbincang dan meminta dia bertanggungjawab, namun lelaki berkenaan melarikan diri. Bagaimanapun, polis berjaya menahan lelaki terbabit di rumahnya selepas ibu mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu. Menurut sumber polis, ibu remaja berusia 15 tahun itu menyedari rahsia anaknya itu Sabtu lalu dan dia membuat pemeriksaan dengan menjalankan ujian kehamilan untuk memastikan status fizikal anaknya itu yang dilihat keadaan pelik. “Remaja berkenaan mengaku dia mengandung hampir empat bulan dan menyatakan ia hasil hubungan seks dilakukan bersama teman lelakinya,” katanya. Berikutan itu, ibu remaja berkenaan ke rumah teman lelaki anaknya dan meminta dia bertanggung jawab. “Teman lelaki remaja terbabit langsung tidak mahu bertanggung jawab atas apa yang dilakukannya sebelum bertindak melarikan diri. “Berikutan itu, ibu mangsa yang tidak berpuas hati membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit selepas perbincangan secara baik yang cuba dilakukannya tidak dilayan teman lelaki anaknya itu,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Terkejuttahuanakhamil/Article

No comments:

Post a Comment