Terhumban dalam sungai
Oleh Ahmad Othman
am@hmetro.com.myKOTA TINGGI: Seorang bapa empat anak maut dipercayai lemas selepas lori membawa muatan tong ikan kosong dipandunya terhumban lebih 10 meter dari jambatan yang merentangi Sungai Dohol, di sini, kelmarin.Dalam kejadian jam 3 petang itu, Rosli Ahmad, 38, yang berasal dari Sungai Besar, Selangor, memandu bersendirian dan dalam perjalanan ke Endau, Mersing mengambil bekalan ikan.Menurut sumber, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan bantuan orang ramai menggunakan tali menarik lori yang terbalik mengeluarkan mangsa.“Bagaimanapun, usaha berkenaan gagal dan secara kebetulan, lori tunda melalui kawasan itu sebelum pemandunya berhenti dan menghulurkan bantuan.“Pemandu kenderaan berat lain juga membekalkan kabel dan menarik lori tiga tan dipandu mangsa ke tebing untuk mengeluarkan mayatnya,” katanya.Abang mangsa, Ariffin Ahmad, 46, ketika dihubungi selepas jenazah adiknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Besar jam 5.30 petang semalam berkata, arwah meninggalkan seorang isteri dan empat anak. “Arwah bertugas menghantar ikan dari Sungai Besar ke Johor Bahru dan dipercayai ketika kejadian, dalam perjalanan mengambil ikan di Mersing.“Tiada sebarang perubahan sikap ditunjukkan arwah dan kami berdoa supaya rohnya dicucuri rahmat,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot berkata, kejadian berlaku di Kilometer 63.5 Johor Bahru-Mersing.“Siasatan awal mendapati lori tiga tan bernombor pendaftaran BKG 3544 dari Johor Bahru menghala ke Mersing hilang kawalan dan terbabas ke kiri jambatan yang merentangi Sungai Dohol.“Lori itu terhumban dan jatuh ke dasar sungai yang cetek secara terbalik menyebabkan mangsa tersepit dan lemas di tempat duduk pemandu,” katanya.Jenazah Rosli dituntut Ariffin di Bilik Mayat Hospital Kota Tinggi jam 10.30 pagi semalam selepas bedah siasat untuk disempurnakan di kampung halamannya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Terhumbandalamsungai/Article
No comments:
Post a Comment