Saturday, July 3, 2010

Belai Isteri Orang

Belai isteri orang
Gambar Hiasan
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my
MASJID TANAH: Tindakan seorang pengawal keselamatan yang kerap mengunjungi rumah sewa teman wanitanya di Taman Bidara Permai, Pengkalan Balak, dekat sini, sejak sebulan lalu akhirnya memakan diri apabila dicekup penduduk kerana disyaki berkhalwat, malam kelmarin.Difahamkan, lelaki terbabit yang masih bergelar suami orang berasal dari Alor Gajah dipercayai mula mengenali ibu kepada enam anak berkenaan selepas suami teman wanitanya itu meringkuk di dalam penjara sejak setahun lalu. Dalam serbuan kira-kira jam 11.40 malam itu, pengawal keselamatan berusia 39 tahun itu didapati berkurung di dalam sebuah rumah tanpa sebarang ikatan sah bersama seorang wanita berusia 28 tahun yang didakwa masih bergelar isteri orang. Wanita itu yang mendakwa sudah bergelar ‘janda’ mempunyai enam anak berusia antara empat hingga 11 tahun mendakwa baru saja berpindah ke taman perumahan berkenaan selepas suaminya dipenjarakan sebelum mengenali teman lelakinya. Pengerusi Rukun Tetangga Taman Bidara Permai, Mohd Zain Yunus, berkata pasangan terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pengesahan hubungan sebagai suami isteri ketika diminta berbuat demikian oleh pegawai syarak yang melakukan serbuan. Menurutnya, mereka juga dikatakan kerap dilihat bersama di taman perumahan itu, malah beberapa kali hampir dicekup penduduk, tetapi nasib sering menyebelahi pasangan berkenaan kerana sentiasa terlepas. “Kami mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum seorang wanita muncul dan membuka pintu depan, tetapi dia menafikan ada lelaki di dalam rumahnya, namun selepas didesak berkali-kali akhirnya wanita terbabit mengaku terdapat seorang lelaki berada di dalam bilik tidurnya. “Ketika masuk ke dalam rumah, kami mendapati tiga daripada enam anak wanita itu sedang tidur di ruang tamu rumah, dan kami perlu menunggu lelaki terbabit keluar dari bilik tidur wanita berkenaan 15 minit kemudiannya,” katanya. Serbuan turut disertai dua anggota polis peronda serta lima anggota rukun tetangga taman itu dan pasangan terbabit dibawa ke Balai Polis Masjid Tanah untuk membuat laporan tangkapan sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (Jaim) untuk tindakan selanjutnya. Sementara itu, jurucakap Jaim berkata, pasangan terbabit boleh didakwa di bawah Seksyen (53) Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim dan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah. Dalam pada itu, Pegawai Syarak Mukim Pengkalan Balak, Imam I Ibrahim Mohd Yusof, berkata pihaknya kesal dengan tindakan pasangan terbabit yang masih bergelar isteri dan suami orang apabila berkurung di dalam rumah tanpa mengambil kira perasaan jiran. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Belaiisteriorang/Article

1 comment: