Sunday, July 11, 2010

Bukan Jual Anak

Bukan jual anak
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: “Memang saya berhutang dengan along, tetapi bukan sampai hendak jual anak kepada mereka,” kata Soo Kian Keong, 35, menafikan dakwaan isterinya, Kristina, 34, yang menuduh dia melarikan anak perempuannya, Nicole Soo Siew Qing berusia tiga tahun untuk menyelesaikan hutang. Soo yang hanya mengetahui berita mengenai dakwaan isterinya semalam berkata, dia tiada niat menjual anaknya tetapi tertekan selepas bertengkar dengan Kristina yang juga warga Indonesia. Pemandu lori itu sebaliknya mendakwa Kristina mengalami masalah mental selepas melahirkan Nicole dan mereka sering bertengkar. “Saya bukan nak jual anak saya sebab nak bayar hutang... memang saya ada hutang dengan along, tapi hutang itu dah nak selesai,” katanya kepada pemberita di Wisma MCA, semalam. Kristina membuat laporan kepada biro itu apabila Soo dan Nicole tidak pulang ke rumah selepas membeli makanan. Soo berkata, beliau kini dalam proses bercerai dengan Kristina dan akan memohon hak penjagaan terhadap Nicole manakala anak bongsunya Aby Soo Chean Keat, sembilan bulan, akan dijaga oleh isterinya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bukanjualanak/myMA/myArticle/

No comments:

Post a Comment