Wednesday, July 7, 2010

Gadis Berani Mati

Wanita curi kereta JPM
Oleh Arifin Salleh 2010/07/07
PORT DICKSON: Wanita yang pernah melarikan kenderaan milik pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang menahannya kerana berkhalwat pada Mei lalu, ternyata berhati kering apabila sekali lagi mengulangi perlakuan jenayah sama.

PERIKSA...polis memeriksa Proton Waja milik JPM yang dicuri selepas terbabas.

PARAH...suspek cedera teruk di kepala.

Bezanya, kali ini dia mencuri sebuah kereta milik Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyebabkan dikejar enam kereta peronda polis (MPV) sejauh kira-kira 80 kilometer sebelum terbabas di sebuah ladang kelapa sawit di Batu 11, Kampung Segenting di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam, wanita yang berusia 26 tahun melarikan Proton Waja JPM yang ditinggalkan di sebuah rumah di Batu Berendam, Melaka, dalam keadaan enjin masih hidup. Sebelum itu, pemandu kereta berkenaan menghantar seorang pegawainya pulang dan keluar dari kereta untuk membantu mengangkat barangan masuk ke rumah. Apabila keluar semula, pemandu mendapati keretanya sudah tiada di depan rumah lalu memberitahu pegawainya. Mereka cuba mengesan kereta itu menggunakan kenderaan lain sambil memaklumkan kepada polis mengenai kejadian itu. Beberapa MPV kemudian mengesan ia di kawasan Alor Gajah. Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljet Singh berkata, kira-kira jam 8.30 malam, polis dimaklumkan sebuah Proton Waja berwarna cerah milik JPM dipandu seorang wanita secara melulu menuju pekan Alor Gajah. “Enam kereta peronda mengesan kereta dipandu laju wanita itu dan mengejarnya. Polis cuba menahan kereta itu di sekitar Kuala Linggi sebelum memasuki kawasan jambatan Kuala Linggi, tapi wanita itu bertindak luar dugaan apabila dengan merempuh belakang kereta peronda dan berpatah balik menuju arah Kuala Sungai Baru. “Dia memecut laju kereta curi itu ke Paya Mengkuang dan beberapa kali membuat pusingan untuk mengelak ditahan. Dia berpatah balik ke Kuala Linggi sebelum menuju arah pekan Pasir Panjang dan memecut laju menghala Port Dickson. “Kira-kira jam 10.30 malam, kereta dipandu suspek dikatakan hilang kawalan ketika melalui kawasan berbukit di selekoh di Batu 11, Jalan Segenting-Port Dickson sebelum kenderaan itu berpusing beberapa kali di kawasan ladang kelapa sawit dan menjunam ke dalam gaung di kanan jalan. “Suspek ditahan dalam keadaan separuh sedar dan mengalami perdarahan yang banyak di kepala. Dia dibawa ke Hospital Port Dickson untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, untuk rawatan lajut,” katanya ditemui di tempat kejadian di sini. Turut sama Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin. Baljet berkata, selepas pemeriksaan, pihaknya mendapati lesen memandu suspek sudah tamat tempoh sejak Januari lalu dan semakan mendapati wanita berkenaan masih dalam jaminan dan pengawasan polis atas kesalahan dadah sebelum ini. Mei lalu, dia melarikan diri daripada tahanan Jaim selepas ditahan kerana berkhalwat dengan teman lelakinya. Dia melarikan kenderaan milik pegawai Jaim untuk pulang ke rumah keluarganya di Alor Gajah. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/WanitacurikeretaJPM/Article

No comments:

Post a Comment