Monday, July 19, 2010

Suami Kebas Kereta Isteri

Suami kebas kereta isteri
Gambar Hiasan
PASIR GUDANG: Impian seorang wanita hidup bahagia menerusi perkahwinan kedua berkecai apabila suami barunya itu tergamak melarikan kereta miliknya selepas mengetahui pasangannya itu menyimpan barangan kemas serta dokumen penting dalam kenderaan itu.Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maznah, 39, mendakwa suami keduanya itu melarikan kereta berkenaan sejak sebulan lalu. “Selepas suami pertama meninggal dunia, saya mengambil keputusan berkahwin atas nasihat rakan, selain memikirkan masa depan empat anak memerlukan kehadiran seorang bapa. “Malangnya tanggapan kami meleset kerana sepanjang empat tahun hidup bersama serta melahirkan zuriatnya dia langsung tidak mempedulikan keluarga malah sudah enam kali menghilangkan diri,” katanya. Menurut Maznah, suaminya bekerja tukang gunting rambut gagal memberi penjelasan apabila pulang ke pangkuan keluarga kerana menganggapnya remeh. Biarpun tertekan dengan perbuatan pasangan hidupnya itu, Maznah memberi peluang kepada lelaki terbabit demi menyelamatkan rumah tangga mereka. “Perbuatan suami, yang mempunyai taraf penduduk tetap (PR) menimbulkan tekanan di kalangan ahli keluarga sehingga merasakan kehadirannya sebagai beban. “Saya buntu apabila kereta Perodua Viva yang dibeli tiga tahun lalu dilarikan suami,” katanya. Dia mendakwa suaminya itu dikesan kenalan yang menjadi penjamin bagi kereta pernah dibeli lelaki terbabit lima tahun lalu. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Suamikebaskeretaisteri/Article

No comments:

Post a Comment