Isteri sembunyi dalam tandas
Gambar Hiasan
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Suraya Roslanam@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Bimbang dicederakan, seorang suri rumah terpaksa mencari perlindungan dengan berkurung di dalam tandas selepas rumahnya diceroboh seorang lelaki bersenjatakan besi runcing.Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, mangsa terpaksa meninggalkan suaminya yang disergah lelaki terbabit sebaik mereka pulang dari menjamu selera di rumah mereka di Jalan Merpati Off Jalan Raja Laut di sini. Mangsa yang juga pengurus pemasaran, Awang Hamsari Awang Hasbi, 41, berkata, ketika kejadian, dia dan isteri, Hani Hamid, 36, baru masuk ke rumah sebelum berjalan menuju bilik tidur dalam suasana masih gelap. Menurutnya, sebaik membuka lampu bilik, dia tergamam apabila seorang lelaki bersenjatakan batang besi menyergahnya sebelum mengacukan senjata itu ke arahnya. “Lelaki itu yang hanya memakai kemeja-T dan berseluar pendek mengugut saya supaya diam dan tidak menjerit jika tidak mahu dibunuh. “Pada masa sama, isteri saya sempat melarikan diri dengan bersembunyi di dalam tandas,” katanya. Menurutnya, lelaki terbabit memaksanya menyerahkan semua barang berharga secepat mungkin. "Bimbang nyawa saya dan isteri terancam, saya menyerahkan dua telefon bimbit selain wang RM500 dari poket seluar.“Sejurus memperoleh barang dihajati, lelaki terbabit melarikan diri melalui pintu belakang rumah. Lelaki itu dipercayai memasuki rumah kami dengan mengumpil jeriji besi pada bahagian dapur,” katanya. Menurutnya, dia sempat mengambil batang kayu dan cuba memukul lelaki terbabit dari belakang, namun dia terlebih dahulu meloncat keluar dan melarikan diri. “Saya menjerit meminta tolong sebelum tujuh jiran berhampiran datang membantu dengan mengejar lelaki terbabit. Namun, lelaki itu sempat lari ke dalam semak dan dipercayai terjun ke dalam sungai berhampiran Jalan Tun Razak di sini. “Berdasarkan bahasa dipertuturkan, lelaki terbabit dipercayai warga asing berusia 40-an,” katanya. Mangsa yang kerugian kira-kira RM1,700 membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Isterisembunyidalamtandas/Article
No comments:
Post a Comment