Sunday, July 25, 2010

Perlanggaran Bot

Tiga parah, lapan cedera dalam perlanggaran bot di Pulau Perhentian
Gambar Hiasan
BESUT: Tiga pelancong dari China cedera parah apabila bot yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah bot Pasukan Gerakan Am (PGA) Komando 69 di Teluk Kay Kay dekat Pulau Perhentian Besar di sini, semalam. "Kesemua mereka kini dirawat di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian, Kota Baharu," kata Ketua Polis Marin Wilayah III Asisten Komisioner Mohd Salleh Mat Jani. Beliau berkata, kejadian tengah hari itu turut menyebabkan tiga lagi pelancong China dan empat pelancong tempatan cedera ringan dan diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Daerah Besut. Mereka ialah Chen Zia Wei, 28; (wanita), Yie Wen Yiung, 27; (lelaki), Zho Han Alexander, 33; (lelaki), Roslizawati Md Saad, 27, Zulbari A Halim, 34, dan dua lagi yang hanya dikenali sebagai Zainor dan Munawir. Mohd Salleh berkata, ketika kejadian bot PGK Komando 69 yang dinaiki lima anggota itu sedang menjalani latihan manakala bot pelancong terbabit membawa penumpangnya mengelilingi Pulau Perhentian Besar. "Seorang anggota PGK juga cedera ringan," katanya.-Bernama http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tigaparah_lapancederadalamperlanggaranbotdiPulauPerhentian/myMA/myArticle

No comments:

Post a Comment