Friday, July 23, 2010

DiBaham Ular Sawa

Sawa sambar tangan kiri
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
GOMBAK: Keberanian seorang lelaki yang ingin menangkap seekor ular sawa batik gergasi seberat lebih 30 kilogram hampir menyebabkan pergelangan tangan kirinya hampir putus selepas digigit reptilia berkenaan.
TANGKAP...anggota JPAM menunjukkan ular sawa yang menggigit tangan Tengku Asmawi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin, tangan mangsa dipercayai luka parah digigit ular sepanjang kira-kira empat meter itu.Tengku Asmawi Tengku Zahrin, 24, berkata, kejadian berlaku ketika dia menunggang motosikal untuk ke kedai berhampiran rumahnya di Kampung Kerdas, Batu 5, Jalan Gombak, di sini.Menurutnya, di pertengahan jalan, dia terdengar jeritan beberapa lelaki meminta bantuan menangkap seekor ular sawa batik gergasi yang menceroboh masuk ke kampungnya.“Ular sawa itu cuba melarikan diri dengan menyusup masuk ke bawah pagar rumah berhampiran. Walaupun tiga lelaki cuba menariknya, tetapi gagal,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.Menurutnya, ketika menarik ekor ular itu tiba-tiba ia berpaling dan membaham pergelangan tangan kirinya. “Kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan saya panik dan cuba melepaskan diri. Namun, gigi tajam ular sawa itu yang tidak ubah seperti pisau cukur terbenam jauh ke dalam tangan dan sukar dibuka. “Bagaimanapun, saya dapat merentap tangan dari mulut ular sawa itu,” katanya.Menurutnya, dia hanya mampu merintih kesakitan melihat darah dari tangan kirinya memancut keluar manakala ular berkenaan cuba melarikan diri. “Saya dibawa rakan menaiki motosikal ke pusat perubatan berhampiran, namun doktor mendakwa luka terlalu parah dan menasihati saya dibawa segera ke HKL,” katanya.Dia yang bekerja sebagai pembantu restoran berkata, kejadian itu menyebabkan dia hampir pengsan berikutan kehilangan terlalu banyak darah sebelum dirawat di wad kecemasan HKL.“Walaupun doktor dan kakitangan perubatan cuba mencuci luka terbabit, darah masih tidak henti mengalir keluar dari kesan koyak pada kulit tangan saya.“Doktor terpaksa membalut terlebih dahulu luka sementara menunggu masa sesuai untuk menjalani pembedahan,” katanya.Ibu mangsa, Siti Rosimah Abu Bakar, 45, berkata, dia menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi mendapatkan bantuan menangkap ular itu.“Anggota JPAM diketuai Leftenan Muda Shahrul Kamar Johari yang membantu menangkap ular terbabit kemudian membawa pulang ular sawa berkenaan untuk tindakan lanjut.“Walaupun anak saya cedera, saya bangga dia berani menangkap ular sawa itu yang dikhuatiri boleh mencederakan kanak-kanak atau haiwan ternakan penduduk kampung,” katanya.Sementara itu, ular sawa berkenaan kini disimpan di JPAM Wilayah Persekutuan sebelum tindakan susulan diambil termasuk menyerahkan kepada zoo. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sawasambartangankiri/Article

No comments:

Post a Comment