Friday, July 23, 2010

Isteri Pasang Dua

Isteri nikah tanpa cerai
Oleh Khairulmizan Yahya
KUANTAN: Hancur luluh hati seorang bekas tentera yang baru dibebaskan daripada tahanan selama sembilan bulan apabila mendapati isterinya sudah berkahwin dengan remaja berusia 17 tahun sedangkan dia tidak pernah menceraikan wanita itu.Lebih mengaibkan, Mohd Zaini Abdul Hamid, 28, mendakwa ibu mentuanya bersekongkol menyembunyikan rahsia pernikahan isterinya dengan suami kedua selain menjadi dalang terhadap perkahwinan terlarang itu yang dilakukan di negara jiran. Mohd Zaini dari Nenasi, Pekan, mendakwa isterinya yang berusia 26 tahun kini masih tinggal bersama ‘suami’ barunya di kampung asalnya di Pokok Sena, Kedah.“Saya sebelum ini ditahan dalam tahanan tentera selama sembilan bulan bermula Ogos tahun lalu kerana melakukan kesalahan tidak hadir bertugas. “Selepas tamat tempoh tahanan, saya pulang mencarinya (isteri), namun terkejut apabila mendapati dia tinggal bersama remaja lelaki berusia 17 tahun di kampungnya di Kedah, lalu saya melaporkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) untuk tindakan lanjut. “Bagaimanapun, saya terkejut dan kecewa apabila Jaik memaklumkan kepada saya selepas membuat serbuan pada 15 Julai lalu, isteri saya mengaku sudah berkahwin dengan remaja itu di negara jiran dan mereka mengemukakan dokumen pernikahan dalam tulisan jawi sebagai bukti,” katanya.Mohd Zaini berkata, dia terkilan apabila tiada tindakan dikenakan terhadap isterinya dan remaja berkenaan kerana Jaik mengatakan surat nikah terbabit sah. “Saya bingung dengan status saya sebagai suami dan kini nekad untuk menceraikannya. Bagaimanapun, saya terkilan mereka tidak dikenakan hukuman. “Ini bukan kali pertama dia curang. Sebelum ini, saya pernah terserempak dia bersama remaja itu, namun selepas ditanya, dia memberitahu remaja itu adik angkatnya,” katanya. Mohd Zani turut mendakwa, sebelum mereka berkahwin, wanita terbabit yang berusia 26 tahun pernah menipunya dengan mendakwa masih anak dara, namun selepas berkahwin dia membawa seorang kanak-kanak berusia empat tahun dipercayai anak yang dilahirkannya hasil hubungan sulit dengan lelaki lain. “Bagaimanapun, saya tetap menerimanya ketika itu kerana memikirkan kami sudah berkahwin, namun tidak menyangka dia masih sanggup melakukan perkara seperti ini,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Kedah, 15 Julai. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Isterinikahtanpacerai/Article

No comments:

Post a Comment