Panjat besi elak dicekup
Gambar Hiasan
Oleh Zaid Salim 2010/07/10
DUNGUN: Seorang pendatang tanpa izin yang tekun melakukan kerja di tapak pembinaan bangunan Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Zon Tenggara di Kuala Abang, di sini nekad memanjat perancah besi sebelum berselindung di atas kepingan papan sebaik menyedari kawasan berkenaan diserbu, pagi kelmarin.Bagaimanapun, usaha lelaki berusia 30-an itu gagal apabila disedari anggota Imigresen yang menghidu perbuatan lelaki terbabit sebelum menyerah diri. Operasi di tapak pembinaan lima blok bangunan itu diketuai Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Mohd Muda dibantu 23 anggota termasuk pegawai serta lima anggota dan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu. Mohd berkata, serbuan bermula jam 10 pagi itu dibuat berdasarkan maklumat awam yang kurang senang dengan kehadiran ramai pekerja asing di tapak projek berkenaan. Katanya, berikutan itu, pihaknya menjalankan siasatan dan risikan mendapati hampir 150 orang pekerja asing bebas menjalankan tugas. “Ketika serbuan, kebanyakan pekerja asyik menjalankan tugas kerana baru memulakan kerja. Bagaimanapun keadaan menjadi huru-hara apabila sebahagian menyedari kehadiran kami di kawasan berkenaan bertempiaran melarikan diri. “Bagaimanapun, atas kecekapan anggota ada antara mereka yang terperangkap dalam kepungan selain bersembunyi dalam blok bangunan dalam pembinaan,” katanya. Menurut Mohd, meskipun ramai antara pendatang terbabit berjaya meloloskan diri dengan memanjat bukit sebelum bersembunyi dalam hutan berhampiran, namun pihaknya tetap menahan 97 orang termasuk tiga wanita dari Indonesia berusia antara 19 hingga 50 tahun. Daripada jumlah itu, 41 orang rakyat Indonesia, Bangladesh (40), Myanmar (12), Pakistan (tiga) dan satu dari Vietnam serta dua rakyat Malaysia iaitu majikan pendatang terbabit. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Panjatbesielakdicekup/Article

No comments:
Post a Comment