Monday, July 19, 2010

2 Wanita Asing DiTahan

Dua lagi ditemui

Oleh ALIAS ABD RANI
KUCHING: Dua lagi kanak-kanak berjaya ditemui membabitkan kes penyeludupan dan penjualan bayi serta kanak-kanak di sekitar bandar raya dalam serbuan di sebuah rumah di Stapok, dekat sini, petang kelmarin.

TAHAN...dua warga Indonesia ditahan bagi membantu siasatan.

Lelaki berkenaan dipercayai memberi maklumat tertentu dan difahamkan, dia dibawa ke rumah berkenaan oleh polis selepas keluar dari Mahkamah Majistret Kuching untuk direman selama enam hari.Turut ditahan ketika serbuan itu ialah dua wanita warga Indonesia berusia 19 dan 23 tahun dipercayai penjaga kepada kanak-kanak malang itu sebelum dijual di pasaran gelap. Sehingga kini seramai lapan bayi dan kanak-kanak berjaya diselamatkan, termasuk bayi perempuan berusia 23 hari di Bandar Baru Batu Kawa, Isnin lalu.Semua bayi dan kanak-kanak berkenaan dipercayai diseludup dari Indonesia dan dibawa masuk menggunakan sempadan Malaysia-Indonesia untuk dijadikan ‘bahan dagangan’ kepada pasangan berkahwin yang tidak memiliki anak.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Huzir Mohamed berkata, dua kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan sihat dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk perlindungan sementara.Katanya, pemeriksaan ke atas dua wanita Indonesia itu mendapati seorang memiliki pas perjalanan manakala seorang lagi memasuki negara ini secara haram.“Kedua-dua wanita itu direman enam hari bermula semalam bagi membolehkan siasatan diteruskan,” katanya.Sejak Isnin lalu, kes penyeludupan dan penjualan bayi dan kanak-kanak mendapat liputan meluas, malah sehari selepas penahanan wanita Indonesia serta lelaki tempatan, polis berjaya menahan reman beberapa lagi suspek, termasuk seorang Datuk dan Datin.Pasangan berkenaan yang juga ahli perniagaan terkemuka ditahan sehari selepas diarah hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak (IPK) untuk memberi keterangan berkenaan kes ini. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dualagiditemui1/myMA/myArticle

No comments:

Post a Comment