Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR : Akibat memakai jaket polis Julai lalu, seorang bekas polis dikenakan hukuman dua bulan penjara dan denda RM200 di Mahkamah Majistret di sini semalam. Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohamad Ali Salleh, 30, mengaku bersalah terhadap tuduhan dibacakan terhadapnya. Mengikut pertuduhan dia yang dibawa ke mahkamah dengan berkerusi roda didakwa memakai jaket pemantul cahaya bertulis ‘POLIS’ milik kerajaan Malaysia dengan niat supaya dipercayai dirinya pegawai polis. Perbuatan itu dilakukan di Jalan 10/142, Taman Orkid Desa, Cheras di sini pada jam 6.45 petang, 26 April lalu. Dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 171 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman tiga bulan penjara dan denda RM400 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penjaraduabulanpakaijaketpolis/Article
No comments:
Post a Comment