Monday, July 12, 2010

Tumpahan Minyak

Ramai tertekan kerana tumpahan minyak BP
LOKASI pencemaran tumpahan minyak firma petroleum BP, di Teluk Mexico. - Foto AP

Louisiana minta RM30 juta tangani masalah kesihatan

LOUISIANA: Beribu-ribu penduduk dekat kawasan Teluk Mexico yang terjejas berikutan pencemaran akibat tumpahan minyak firma petroleum BP mengalami tekanan mental yang teruk sehingga sebilangan mereka mengambil keputusan meninggalkan rumah dan berpindah. Ramai yang menjadi nelayan dan bergantung hidup dengan hasil laut, kini menghadapi masalah kewangan berikutan tidak dapat keluar mencari rezeki.Malah ada di kalangan mereka menyifatkan tekanan yang terpaksa dihadapi sekarang lebih dahsyat daripada Taufan Katrina yang melanda wilayah itu pada 2005. Pada masa sama semakin ramai nelayan kini bergantung kepada program pembersihan BP sebagai sumber pendapatan, namun sebilangan lain terpaksa menganggur.“Tertekan? Ya, memang kami sangat tertekan. Saya kehilangan begitu banyak berat badan hingga baju yang saya pakai boleh terlucut secara tiba-tiba.“Suami saya kelihatan 10 tahun lebih tua hanya dalam masa dua bulan. Kami tiada pilihan dan terpaksa berpindah,” kata seorang penduduk Kindra Arnesen ketika berkemas untuk berpindah dari kediamannya di Teluk Mexico.Jabatan Kesihatan Louisiana mengutus surat 28 Jun lalu meminta BP memberi AS$10 juta (RM30 juta) bagi menangani masalah kesihatan penduduk tetapi ia belum dibalas.Arnesen yang menubuhkan Rangkaian Isteri Nelayan Komersial bagi menangani tekanan dalam masyarakat dua hari lalu berkata, seorang rakannya memberitahu beliau berasa begitu tertekan kerana gagal mendapat pekerjaan di bawah program pembersihan BP sehingga merancang membunuh diri.Beliau juga bimbang kerana suaminya belum dapat kembali ke laut untuk menangkap udang apabila pihak berkuasa menutup perairan Teluk kepada sebarang aktiviti perikanan.“Anak dan anggota keluarga saya sakit sejak beberapa hari lalu dan saya yakin ia berpunca daripada masalah toksin akibat pencemaran itu yang tersebar melalui udara,” katanya.“Kami sudah mendengar mengenai perkara ini berulang kali. Tekanan berpunca daripada kebimbangan akibat kehilangan punca rezeki dan tidak dapat menyara hidup. “Mereka juga marah dan cemas memikirkan masa depan,” kata saintis alam sekitar Wilma Subra daripada Rangkaian Tindakan Alam Sekitar, sebuah pertubuhan kebajikan di wilayah Teluk. – Reuters http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RamaitertekankeranatumpahanminyakBP/Article

No comments:

Post a Comment