Monday, May 31, 2010

Makan Tanah

Empat budak makan tanah
Oleh Omar Osman
SUNGAI PETANI: “Saya suka makan tanah, biarpun ia keras tapi sedap,” kata I Yogeswary, 9, seorang daripada empat budak yang dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, kerana dijangkiti kuman selepas dipercayai memakan tanah.Empat kanak-kanak perempuan berusia antara enam hingga sembilan tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan selepas ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya akibat jangkitan kuman kerana dipercayai makan tanah sejak beberapa bulan lalu. Kanak-kanak itu ditemui di rumah mereka di Kampung Padang Lembu, Jalan Jeniang, dekat sini, dua hari lalu oleh beberapa ahli parti MIC yang membuat program pemeriksaan kesihatan di kampung berkenaan pada 28 Mei lalu sebelum dikejarkan ke hospital. Selain Yogeswary, dua adiknya Nageswati, 7, dan Ganggadevi, 6, serta seorang saudara mereka Vikneswary, 9, kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di hospital berkenaan sejak tiga hari lalu. Yogeswary berkata, dia bersama dua lagi adiknya serta seorang saudaranya memakan tanah merah yang diambil di depan rumah dan perbuatan itu dilakukannya setiap hari sejak setahun lalu tanpa pengetahuan ibu bapa. “Setiap hari kami mengambil tanah itu dan memasukkannya ke dalam poket seluar bagi mengelak dilihat bapa sebelum masuk ke dalam bilik dan memanggil adik serta saudara untuk makan tanah itu bersama,” katanya, semalam. Pengarah HSAH, Dr Hariff Fadzilah Hashim yang dihubungi berkata, kanak-kanak terbabit dimasukkan ke hospital itu tiga hari lalu selepas mengalami pelbagai penyakit seperti kurang darah, jangkitan kuman dan kurang zat. “Bagaimanapun, keempat-empat mereka stabil tetapi, kami masih membuat kajian mengenai punca penyakit mereka,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Empatbudakmakantanah/Article

Buang Bayi

Kejutan belakang bilik mayat

MELAKA: Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemui ditinggalkan oleh individu tidak bertanggungjawab di belakang Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka (HM), petang kelmarin.Difahamkan, bayi terbabit ditinggalkan agak lama sebelum ditemui oleh seorang orang awam berusia 40-an kira-kira jam 4.30 petang yang kebetulan melalui kawasan berkenaan untuk melawat ahli keluarganya sebelum dia menghubungi pihak polis. Sumber berkata, bayi terbabit ditemui dibalut dengan sehelai kain batik dan diletakkan di dalam sebuah beg berwarna merah bertulis ‘Parkson’ yang turut dilapik dengan tilam nipis.
“Bayi terbabit kemudiannya dibawa polis yang bertugas di pondok hospital ke Jabatan Kecemasan untuk pemeriksaan kesihatan. Bayi terbabit sudah tidak mempunyai tali pusat dan selamat serta keadaannya adalah sihat,” katanya. Sumber berkata, bayi berkenaan kini diletakkan dalam pengawasan pihak hospital bagi memastikan keadaan kesihatannya benar-benar terjamin sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk penjagaan selanjutnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi berkenaan. Beliau berkata, pihaknya kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan individu yang terbabit meninggalkan bayi berkenaan untuk tindakan. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian dalam menjaga kanak-kanak yang berada dalam jagaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.
Salehhudin bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan polis. Ini adalah kes kedua berkaitan bayi yang berlaku dalam bulan ini. Pada 18 Mei lalu, akhbar ini melaporkan satu pasangan remaja mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas tuduhan menyembunyikan kelahiran dan menanam mayat seorang bayi lelaki di tepi sungai di Taman Melaka Baru, Batu Berendam pada 12 Mei lalu. Ibu bayi itu, seorang pelajar berusia 15 tahun, dari Durian Tunggal, Alor Gajah dan teman lelakinya, Muhammad Safiuddin Mohd Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru, di sini, dituduh bersama-sama melakukan kesalahan itu antara jam 12 tengah hari hingga 12.30 tengah hari pada 12 Mei lalu.

Buang bayi dalam kotak

Oleh Salman Hamat salman@hmetro.com.my

KULAIJAYA: “Kali pertama melihat wajah bayi di dalam kotak susu itu, saya mahu menyelamatkannya malah sepanjang perjalanan ke hospital, saya tidak putus mendoakan bayi yang masih bertali pusat itu panjang umur dan dapat diselamatkan. “Bagaimanapun, saya terkilan apabila tepat azan Subuh dilaungkan bilal surau hospital, doktor mengesahkan bayi perempuan malang itu sudah menghembuskan nafas terakhirnya walaupun pelbagai usaha dilakukan pasukan perubatan,” kata Zulkifli Samsi, 40, bapa kepada tiga anak menceritakan detik cemas cubaannya menyelamatkan bayi perempuan yang ditemuinya di dalam kotak susu di sebuah hentian bas depan Sekolah Menengah Munsyi Addullah, di sini, jam 4.50 pagi semalam. Menurutnya, ketika kejadian, dia secara kebetulan melalui jalan berkenaan untuk minum di gerai berhampiran sementara menunggu azan Subuh sebelum berjemaah di surau berhampiran. Bagaimanapun, katanya, dia terkejut apabila melihat sebuah kereta tiba-tiba berhenti di kawasan berkenaan dalam keadaan tergesa-gesa sebelum memecut laju. “Dalam keadaan samar-samar, saya dapat melihat kelibat manusia keluar daripada kereta terbabit sambil membawa sesuatu, dengan kelam-kabut dia terus meletakkan objek di hentian bas sebelum memecut laju ke arah Johor Bahru. “Sifat ingin tahu menyebabkan saya berhenti dan mendapati sebuah kotak ditinggalkan di situ. Saya kemudian mengambil sebatang kayu untuk membuka kotak susu berkenaan sebelum terpandang wajah bayi yang diam membisu di balut menggunakan kain. “Naluri kebapaan menyebabkan saya tidak berfikir panjang dan terus mengambil kotak berisi bayi itu dan masuk ke dalam kereta menuju ke Hospital Kulai (HK),” katanya. “Ketika bayi itu dirawat, saya dapat melihat jarinya bergerak sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya ketika dihubungi semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan pihaknya menjalankan siasatan berhubung penemuan bayi itu. “Hasil siasatan awal bayi perempuan itu dipercayai berketurunan Melayu dan kami percaya dia dilahirkan dalam tempoh 24 jam. “Ketika dirawat tali pusatnya masih lengkap dia hanya dibalut menggunakan kain tanpa baju serta ditinggalkan dalam kotak berkenaan. “Berikutan itu kami memohon bantuan orang ramai membantu siasatan kes ini serta mengesan ibu dan individu bertanggungjawab melakukan perkara tidak berperikemanusiaan itu,” katanya. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat bayi secara sulit. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian Hotline Polis Johor http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kejutanbelakangbilikmayat/Article

Larangan Rokok Di Pejabat Swasta

Larangan rokok di pejabat swasta mulai esok

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Larangan merokok diperluaskan ke semua tempat kerja dan pejabat di sektor swasta yang mempunyai sistem penghawa dingin berpusat dan akan berkuat kuasa mulai esok, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.Beliau berkata keputusan itu yang dibuat di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 menjadikan jumlah kawasan larangan merokok yang diwartakan setakat ini kepada 21."Langkah ini supaya kita dapat melindungi kakitangan di pejabat di sektor swasta daripada asap rokok dan langkah ini juga dapat menjaga kesihatan mereka daripada penyakit-penyakit kronik akibat asap rokok," katanya dalam sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 peringkat kebangsaan, di sini hari ini. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Hasan Abdul Rahman dan Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Malaysia, Singapura dan Brunei Dr Corinne Capuano. Tema sambutan pada tahun ini "Gender and Tobacco: with an emphasis on marketing to women" atau dalam konteks negara ini, "Wanita dan Tembakau-Berwaspada! memberi penekanan kepada usaha-usaha industri rokok yang menjadikan wanita sebagai sasaran dalam strategi pemasaran rokok". Antara kawasan yang sudah diwarta sebelum ini ialah pusat hiburan atau panggung wayang, kawasan hospital dan klinik, lif atau tandas awam, tempat makan dan kedai berhawa dingin, kenderaan awam dan hentian pengangkutan awam serta kawasan premis kerajaan. - Bernama http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Laranganrokokdipejabatswastamulaiesok/Article

Suami Lemas

Saya tidak berdaya
Oleh Arifin Salleh
MASJID TANAH: “Mereka (mangsa yang lemas) memanggil nama saya berulang kali ketika dalam keadaan tenggelam timbul di permukaan air, namun saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana ombak terlalu kuat untuk menyelamatkan mereka.”Demikian kata Mohd Nor Mohd Yusof, 44, mangsa yang terselamat dalam kejadian lemas sehingga meragut nyawa ahli keluarganya di pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak, dekat sini, awal pagi semalam, ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian. Sebelum itu, mereka merancang melakukan aktiviti keluarga di sini sejak dua minggu lalu dan tiba di pantai petang kelmarin bersama sembilan keluarga lain seramai 30 orang pada hujung minggu sebelum kejadian tidak diingini itu berlaku. Mohd Nor, yang masih terkejut dan bersedih berkata, dia sempat menyaksikan detik terakhir sebelum adik ipar dan adiknya, Abu Muthalib Abu Bakar, 42, dan Mohd Norizal Mohd Yusof, 34, tenggelam dipukul ombak kuat sebelum lemas. Kedua-dua mangsa korban adalah biras. “Kira-kira jam 7 pagi ketika mandi di pantai selepas solat Subuh, mereka berdua mengajak saya memasang jaring di pinggir pantai dan saya hanya menurut tanpa menjangkakan apa-apa yang bakal berlaku. “Kemudian mereka berdua pergi ke tengah sedikit, tapi belum pun sempat saya mendekati, saya lihat mereka berdua tenggelam dan hilang di permukaan air.“Selang beberapa minit kemudian, mereka timbul semula dan menjerit memanggil nama saya minta tolong dalam keadaan terkapai-kapai sebelum hilang terus. Disebabkan ombak terlalu besar ketika itu sukar untuk saya menyelamatkan mereka. “Saya tak berani nak dekat, lagipun saya turut terperangkap dalam pasir selut dan terus menjerit sekuat hati serta melambai meminta tolong sebelum disedari bot nelayan yang berada tidak jauh dari situ dan mereka datang menyelamatkan saya daripada lemas. “Mereka (Abu Muthalib dan Mohd Norizal) tahu berenang tapi kerana ombak besar dan pasir jerlus menyebabkan mereka gagal mengawal diri sebelum lemas. Cuma saya kesal tidak dapat menyelamatkan mereka,” katanya.Mangsa, Abu Muthalib beralamat di No 6155, Taman Gunung Emas, Tampin, Negeri Sembilan bekerja di Kilang Honda, Alor Gajah, meninggalkan seorang balu, Salina Osman, 40-an dan empat orang anak, manakala Mohd Norizal yang menetap di No 329, Taman Clonlee (2), Tampin, meninggalkan seorang isteri, Sabariah Osman, 31, dan dua anak. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Abd Rahman Jid, berkata, kejadian kira-kira jam 7.30 pagi dan kedua-dua mangsa yang mati lemas sedang memasang jaring ikan tanpa menyedari air sedang pasang dan ombak kuat. “Kami difahamkan, mangsa bertiga hendak memasang jaring ikan sebelum dua daripada mereka tenggelam ditelan ombak besar ketika sedang menarik jaring ke tengah, manakala seorang lagi berjaya diselamatkan bot nelayan tidak jauh dari tempat kejadian. “Menurut mangsa yang terselamat, mereka tenggelam secara tiba-tiba sebelum timbul semula di permukaan air dan menjerit meminta tolong dan kemudian hilang terus ke dasar laut semula namun disebabkan ombak terlalu besar ketika itu sukar untuk menyelamatkan mangsa.“Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, saya ingin menasihatkan semua pengunjung di pantai ini supaya berhati-hati ketika mandi dengan keadaan ombak besar kerana keadaan sekarang tidak sesuai untuk tujuan itu,” katanya. Operasi menyelamat dilakukan bersama 17 anggota bomba dan penyelamat, enam anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan tiga anggota Polis Marin dan berjaya mengesan mangsa pertama (Abu Muthalib ) kira-kira jam 9.15 pagi, terdampar di pantai tidak jauh dari tempat kejadian. Mayat mangsa kedua pula ditemui kira-kira jam 9.55 pagi selepas mangsa pertama ditemui dalam keadaan badannya masih terbelit dengan jaring dalam keadaan terapung kira-kira 50 meter dari pinggir pantai dan dibawa ke Hospital Melaka (HM) untuk bedah siasat. >Tak sempat bermesra MASJID TANAH: “Ayah beri kunci dan pesan saya supaya pegang kunci itu kerana katanya dia nak ke pantai dengan segera walaupun ibu menegahnya,” kata anak sulung Abu Muthalib, Nadia Husna, 19, selepas bapanya didapati lemas ketika memasang jaring di pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak, dekat sini, awal pagi semalam. Nadia Husna berkata, beliau lewat tiba bersama suaminya, Azizul Rosli, 23, kira-kira jam 11.00 malam kelmarin dan sempat makan malam dengan arwah bapanya bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain dalam percutian singkat mereka ke sini. “Saya tak sangka kejadian ini menimpa keluarga saya, malah ayah pergi terlebih dulu sebelum sempat kami hendak bermesra bersamanya sebagai satu keluarga di pantai ini. Namun, kami semua reda dengan pemergiannya kerana Allah lebih menyayanginya,” katanya http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sayatidakberdaya/Article

Balai Seram

Pontianak balai polis
Oleh Alias Abd Rani
BETONG: Kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang yang dikaitkan dengan pontianak didakwa sering mengganggu anggota dan pegawai polis bertugas pada waktu malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baru Betong di sini, sejak sebulan lalu.Ia berlaku beberapa hari selepas IPD berkenaan berpindah ke lokasi barunya iaitu kira-kira dua kilometer dari Jalan Kuek Huat Wee bersebelahan Stadium Betong, April lalu. Betong terletak kira-kira 150 kilometer dari Kuching. Sejak itu, satu demi satu kejadian menyeramkan dialami anggota bertugas apabila mereka mendakwa ternampak wanita misteri dalam lokap di IPD baru berkenaan. Malah, kejadian itu berlarutan beberapa hari selepas itu dengan anggota lain turut mendakwa melihat kelibat lembaga terbabit ‘menyamar’ rakan setugas mereka. Menurut sumber, lembaga terbabit kelihatan berlegar-legar di IPD itu namun tidak menjawab apabila ditegur. “Wajahnya sama dengan seorang anggota bertugas di sini. Apabila ditegur untuk diberikan tugas seperti diarahkan pegawai atasan, ‘anggota’ terbabit hanya mendiamkan diri,” katanya. Beliau berkata, anggota polis berkenaan hanya menyedari jelmaan itu selepas menghubungi rakannya untuk memaklumkan tugas yang perlu diselesaikan. “Kejadian seumpama itu kerap berlaku sejak IPD berpindah ke sini. Ada anggota polis memberitahu ketika bertugas pada waktu malam, mereka diganggu seorang wanita yang menjelma dengan berpakaian serba putih dan berambut panjang. “Malah, ia turut dilihat berada di kerusi pegawai atasan dan ada anggota hampir pengsan apabila mereka disergah makhluk halus itu,” katanya. Dalam kejadian terbaru minggu lalu, seorang anggota penyiasat hampir pengsan dan terpaksa melompat dari tingkap dua bangunan berkenaan selepas melihat lembaga itu berdiri di depannya. “Ketika itu, saya hendak keluar dan mengunci pintu kaca di pejabat. Tiba-tiba saya nampak seseorang berlari di belakang saya. Saya nampak jelas menerusi pintu kaca dan terus beristighfar. “Ketika mahu membuka suis lampu berdekatan, tiba-tiba lembaga itu berdiri di depan saya dengan rambut berjuntai ke lantai,” katanya. Difahamkan, pihak IPD terpaksa mendapatkan khidmat seorang ustaz untuk ‘menangkap’ lembaga terbabit. Menurutnya, ustaz berkenaan memaklumkan lembaga terbabit ‘tidak tenteram’. “Kami dimaklumkan, tempat ini pernah menjadi tempat pembunuhan yang menyebabkan lembaga itu melakukan gangguan. Ketika hayatnya, lembaga itu dipercayai dirogol dan dibunuh di sini,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan, Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Beliau berkata, tiga anggotanya diganggu lembaga itu sejak bulan lalu dengan kali terakhir berlaku minggu lalu. “Saya akui perkara ini berlaku dan kami sudah berikhtiar untuk memulihkan keadaan. Kami memanggil seorang ustaz dengan harapan ia tidak berulang,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pontianakbalaipolis/Article

Saturday, May 29, 2010

Pijak Bayi Lepas Geram

Bayi jadi sasaran

SEORANG wanita yang dituduh mencuri telefon bimbit mengamuk dengan mencampakkan bayinya sebelum memijak kanak-kanak itu.

Pertengkaran menjadi serius dan polis terpaksa dipanggil.
Apabila seorang anggota keluarga pelajar itu turut campur tangan dengan menolak wanita itu, dia melakukan tindakan mengejutkan dengan mencampakkan bayi yang didukungnya dan memijak-mijak kanak-kanak itu sambil menjerit membantah tuduhan pelajar berkenaan. Bagaimanapun, bayi berkenaan terselamat dan wanita itu ditahan oleh polis untuk siasatan lanjut. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bayijadisasaran/myMA/myArticle

Susuk 'Power'

Susuk 'power' darah babi
Oleh Idris Musa dan Muhd Izawan Baharin
KUALA LUMPUR: Demi nafsu, segolongan wanita dan lelaki sanggup mendapatkan bantuan bomoh untuk memasukkan susuk ‘power’ pada bahagian sulit masing-masing, malah sesetengah daripada mereka membiarkan diri ditusuk puluhan jarum supaya tampil lebih hebat di ranjang.

BUANG...seorang pesakit yang mendapatkan rawatan Perubatan Islam Sinar Zamdurrani.

BISA...antara jenis susuk yang dikeluarkan daripada anggota badan pemakai.

Bagi golongan wanita terbabit, mereka percaya dengan kuasa yang ada pada susuk itu mampu menghasilkan kekuatan ekstra, manakala bagi lelaki pula dapat bertahan lebih lama ketika bersama. Mendedahkan perkara itu, Pengamal Perubatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata pemakaian susuk kini bukan hanya untuk tujuan kecantikan, mendapatkan pengaruh di mata umum dan menjadi kebal, malah didorong kepuasan seksual. Katanya, kebanyakan golongan yang memakai susuk pada anggota sulit membabitkan pelayan pelanggan (GRO), dengan tujuan menambat hati lelaki yang melanggani mereka. “Bagi lelaki susuk pada anggota sulit supaya tahan lama dan lambat lebam, manakala di kalangan wanita untuk mendapatkan kemutan, malah ada juga wanita yang memasukkan susuk pada bahagian buah dada untuk kelihatan lebih tegang. “Apabila benda itu dimasukkan pada bahagian sulit, keinginan seksual menjadi kuat, mahu bersama sehingga lima atau enam jam, terutama di kalangan GRO yang ramai memakainya,” katanya, yang pernah mengeluarkan susuk daripada bahagian sulit golongan terbabit. Menurutnya, beliau juga ada menemui satu kes seorang wanita yang memakai 40 susuk, termasuk tujuh di muka dan tujuh di dada manakala 20 jarum pada anggota sulit. “Gara-gara memakai susuk pada alat sulit juga saya menemui kes seorang wanita terpaksa bersuami sehingga 70 lelaki kerana tidak mendapat kepuasan nafsunya. “Wanita terbabit akhirnya bertemu seorang lelaki yang juga memakai susuk pada anggota sulit dan barulah dia dapat hidup sebumbung sampai hari ini,” katanya. Beliau menyediakan perkhidmatan membuang susuk dan gangguan makhluk halus di Desa Tasik, Sungai Besi, di sini, sentiasa menerima kehadiran orang ramai dari seluruh negara termasuk Singapura yang mahu mendapatkan bantuan membuang bahan kotor terbabit. Ketika berdepan dengan pemakai yang ingin membuang susuk, beliau terlebih dulu akan menerangkan kaedah rawatan yang bakal dilakukan seperti tiga kali rawatan bagi susuk emas dan teknik menarik susuk dengan air zamzam. Sharhan berkata, biasanya susuk yang dimasukkan itu berbentuk jarum emas yang halus dan sebelum dimasukkan kepada si pemakai, ia direndam terlebih dulu, malah ada antaranya direndam dalam darah babi selama 21 hari supaya benar-benar ‘power’.“Ini semua supaya susuk itu benar-benar mujarab dan jin penunggu melekat pada pemakai. Disebabkan angkara jin ini yang menjadi duta di dalam badan, wajah si pemakai menjadi tegang, lebih cantik dan kuat kemutan, semuanya kerja jin,” katanya. Pemakai susuk katanya, bukan setakat orang Melayu, bahkan ramai juga di kalangan kaum lain tanpa mengira perbezaan usia dan agama, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), ahli politik dan selebriti untuk pelbagai tujuan. Beliau berkata, susuk walaupun dari segi luaran mendatang beberapa keistimewaan yang sukar ditandingi kepada pemakainya, sebenarnya ia membawa banyak kesan buruk terutama bagi orang Islam terpesong dari segi akidah kerana mempercayai pada benda terbabit adalah syirik. “Pemakai susuk ialah mereka yang mahu mengubah kejadian Allah, kerana tidak dapat menerima ketetapan Allah yang mencipta setiap manusia dengan sebaik-baik kejadian. “Mereka hendak mengubah rupa mengikut citarasa sendiri apabila mengatakan diri hodoh dan mahu lebih cantik lagi. “Akhirnya dengan susuk itu juga diri merana, kerana apabila sampai usia tua, 70 atau 80 tahun, mulalah badan berasa sakit. “Mereka yang memakai susuk juga terpaksa alah kepada banyak pantang larang, seperti tidak boleh melalui bawah ampaian, tidak boleh makan sate dan pisang emas,” katanya. Katanya, masyarakat perlu sedar bukan semua jenis susuk boleh dibuang apabila dimasukkan pada anggota badan. Susuk diraja katanya, sangat sukar untuk dibuang kerana ia mempunyai kata kunci yang ditetapkan bomoh terbabit. “Bagi susuk diraja, bomoh menggunakan kata kunci mengikut keinginan masing-masing, malah ada yang menyalahgunakan ayat al-Quran seperti menyatakan sebutan rabbuka sebagai niat buka kunci terbabit,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Susukpowerdarahbabi/Article

Kemaruk Suami Orang

Tagih belaian suami orang
Oleh Arifin Salleh
MASJID TANAH: Seorang wanita yang mengaku pernah diperkosa bergilir-gilir sekumpulan 15 lelaki, tujuh tahun lalu, mendakwa kini ketagih seks dengan menjadikan suami orang sebagai sasaran memuaskan nafsunya.Lebih mengejutkan, wanita kemaruk seks itu hanya memburu suami orang yang gemar ‘makan luar’ untuk mencurahkan perasaan dan mendapatkan belaian kasih sayang sebelum meninggalkan ‘mangsanya’ selepas apa dihajati tercapai. Setakat ini, kembara seks wanita terbabit yang dikenali sebagai Marni, 23, semakin jauh apabila dia mendakwa sudah melayan lebih 30 suami orang sebelum berkenalan dengan seorang lelaki berlagak baik yang kononnya mampu memimpinnya kembali ke pangkal jalan. Menurutnya, sejarah hitam dalam hidupnya bermula selepas diperkosa beramai-ramai dalam kejadian tujuh tahun lalu, ketika dia berjalan melalui jalan sunyi untuk pulang ke rumahnya dari sebuah kedai runcit. Katanya, ketika itu, dia dikepung sekumpulan 15 lelaki tidak dikenali sebelum ditolak ke dalam semak lalu dirogol bergilir-gilir. Anak kedua daripada empat beradik itu cuba meronta dan merayu meminta simpati daripada kumpulan lelaki tidak berperikemanusiaan itu supaya melepaskannya, tetapi dia dirogol sehingga pengsan. “Kekuatan mereka tidak setanding saya seorang. Mereka ramai, malah rayuan saya meminta dilepaskan menjadi gurauan bagi mereka yang bernafsu iblis itu tanpa belas kasihan merobek maruah saya. “Kejadian itu menyebabkan saya kini memerlukan belaian lelaki. Setakat ini, sudah 30 lelaki terutama suami orang meniduri saya. Saya mengenakan bayaran RM50 kepada lelaki yang ingin meniduri saya selepas berkenalan untuk tempoh tertentu,” katanya. Marni berkata, dalam sehari dia boleh melayan 10 lelaki, namun lebih penting dia puas ketika bersama mereka dan menerima bayaran setimpal bagi menampung keperluan seharian dan pada masa sama, dapat melepaskan dendam yang tersemat di hati terhadap lelaki durjana. “Biasanya saya kenakan bayaran RM20 sahaja untuk ringan-ringan, jika hendak layanan lebih kena bayar lebih bergantung keadaan. Paling penting mereka mesti berduit. “Kebanyakan lelaki yang saya kenali tak pernah kekal lama, paling lama dua hingga tiga minggu. Bila saya dapat apa dihajati, saya tinggalkan mereka dan mencari lelaki lain terutama suami orang yang gemar mencari kepuasan di luar sehingga lupa isteri di rumah. “Sebagai manusia biasa, saya juga mengimpikan menjadi seorang isteri solehah pada satu hari nanti, tapi masalahnya saya sukar menemui kasih sayang selagi dendam saya terhadap lelaki belum berbalas,” katanya. Katanya, sepanjang pencarian cinta sejati itu, dia bertemu seorang lelaki yang dianggap baik dan penyayang, namun lelaki itu melukakan hatinya menyebabkan dia mengambil keputusan nekad untuk membunuh diri. “Nasib saya baik kerana tindakan saya itu disedari penduduk. Saya kini insaf dan cuba untuk membaiki hidup,” katanya. Sementara itu, dalam kejadian pada 7 Mei lalu, Marni bertindak memanjat tangki air sebelum cubaannya membunuh diri disedari beberapa penduduk taman itu. Dia yang berasal dari Johor, baru saja menetap di sebuah taman di Kuala Sungai Baru, dekat sini, bersama adik perempuannya yang sudah berkahwin. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tagihbelaiansuamiorang/Article

Friday, May 28, 2010

Rahsia Adik Manja

Cuma RM5 satu kepala
Oleh NAZARALI SAERIL, ASMIZAN MOHD SAMIRAN, FIRDAUS SAHAT dan JUNAIDI LADJANA
KUALA LUMPUR: Bayar RM5 atau beri syabu. Itu syarat keji tiga remaja panas yang dikesan sanggup membiarkan tubuh dijamah lelaki asalkan apa yang dihajati dapat dipenuhi. Wartawan Metro Ahad menemui tiga remaja itu menerusi bantuan sumber. Seorang daripada mereka sedang berusaha untuk kembali ke pangkal jalan, namun dua lagi masih belum puas berseronok. Ikuti pengakuan tiga remaja terbabit, seorang di Johor dan dua lagi di Sabah.
ALIN, 17 (Johor): HANYA dalam tempoh dua tahun, lebih 30 lelaki pernah menikmati tubuhnya dan dia hanya meminta bayaran RM5 untuk satu kepala, itupun kepada lelaki yang baru dikenali. Bagi yang sudah biasa dengannya, dia memberikan secara percuma saja. Begitulah pengakuan seorang remaja yang pernah berdepan sejarah hitam dinodai lebih daripada seorang lelaki, termasuk rakan sekolah pada satu-satu masa. Menurut Alin, aktiviti yang sinonim dengan panggilan ‘kekah’ di kalangan remaja itu mula dilakukannya sejak berusia 16 tahun. “Mulanya saya menyerahkan kehormatan kepada teman lelaki yang sebaya dengan saya, tetapi lama-kelamaan, ramai rakan sekolah tumpang sekaki. Teman lelaki bercerita kepada rakan mengenai keterlanjuran kami dan selepas diketahui ramai saya mula popular. “Siap ada rakan yang bertindak umpama bapa ayam apabila dia bersusah payah mengumpul rakan sekolah yang mahu turut sama ‘kekah’ saya. Saya kenakan bayaran RM5 untuk satu kepala dan paling ramai saya pernah melayan sehingga enam orang, dapatlah RM30 untuk beli tambah nilai kad prabayar telefon dan kumpul wang beli telefon bimbit baru,” katanya. Alin yang menetap di Johor mengakui selepas terbabit dengan aktiviti keji itu, dia berasa ketagih dan kerap melakukannya. “Kebiasaannya saya melakukan aktiviti berkenaan ketika hari sekolah. Kami ponteng beramai-ramai dan menjadikan rumah seorang rakan untuk melakukannya. Ibu dan ayah tak tahu sebab apabila tiba waktu pulang sekolah sekitar jam 1 petang, saya sudah tunggu di depan sekolah,” katanya. Dia semakin liar apabila dapat keluar rumah beberapa hari dengan alasan tidur di rumah kawan, walhal ikut lelaki yang baru dikenali. “Dengan lelaki yang sudah bekerja itu pun saya di ‘kekah’ rakannya,” kata Alin yang terus hanyut dengan dunianya sehingga terpaksa bertukar sekolah. Sudah tukar sekolah pun dia terlanjur lagi. Pernah satu ketika melakukan hubungan seks dengan rakan sekolah yang baru. “Apabila berpeluang keluar sekolah ketika cuti, buat pula dengan orang lain. Jika kenalan itu bawa rakan, saya kena ‘kekah’ juga,” katanya. Alin berkata, selama dua tahun terbabit dengan aktiviti keji itu, dia sudah melayan lebih daripada 30 lelaki. “Sepanjang tempoh dua tahun itu, pernah sekali saya mengandung. Saya dapat tahu mengandung selepas sembilan bulan dan dengan bantuan rakan saya gugurkan kandungan itu di sebuah klinik. “Perasaan serik hanya seketika saja. Selepas itu saya hanya memikirkan untuk berseronok saja,” katanya. Alin menyedari risiko tabiat buruknya itu, tetapi dia mengakui tidak terlalu memikirkannya sangat. Kini, dia cuba membuka lembaran baru dalam hidupnya dengan menjauhi rakan yang hanya tahu merosakkannya. Katanya dia sedar, bukan mudah untuk berbuat demikian tetapi mahu berubah demi ibunya. “Walaupun bermasalah, saya tetap mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keputusan tidak seberapa, tetapi saya juga mahu merubah kehidupan saya. “Saya kasihan dengan ibu yang banyak berkorban membesarkan saya. Sudah puas saya melihat dia menangis kerana saya dan saya tidak mahu dia menangis lagi,” kata Alin yang kini mencari peluang untuk melanjutkan pelajaran.
NURUL, 16 (Sabah): NURUL hanya perlu diberikan syabu jika mahu menikmati tubuhnya. Mulanya dia hanya ingin mencuba syabu yang dikatakan membuatkan sesiapa yang mengambilnya menjadi seronok, tetapi percubaan secara ‘suka-suka’ itu membuatkan dia ketagih. “Saya mula menghisap syabu beberapa tahun lalu, Akibat ketagih, saya mula keluar malam secara senyap untuk berfoya-foya selain mendapatkan bekalan daripada rakan lelaki yang sedia memberi dadah itu dengan syarat mengadakan hubungan seks,” katanya. Menurutnya, keseronokan berhibur, termasuk mendapat bekalan syabu secara percuma menyebabkan dia rela menyerahkan tubuh sebagai balasan. “Setiap kali diberi syabu, saya rela ditiduri oleh lelaki,” katanya yang menghisap syabu tiga kali dalam seminggu. Dia biasa melakukan aktiviti itu di rumah rakannya ketika ibu bapa rakannya itu keluar bekerja. “Selepas semuanya selesai, saya akan pulang ke rumah sebelum gelap atau malam,” katanya. Remaja bertudung itu mengaku ketiadaan wang untuk membeli syabu selain ketagihan memaksanya sanggup tidur dengan lelaki yang boleh membekalnya syabu. “Biasanya, syabu dijual dalam sekitar harga RM30 hingga RM50 bagi satu tiub sepanjang satu sentimeter dan boleh dikongsi sehingga lima orang.
LINA, 16 (Sabah): DIA mengakui mula mengambil syabu selepas berkawan dengan Nurul. Keseronokan mengambil bahan terlarang itu menyebabkannya kehilangan dara empat bulan lalu. “Kerana syabu saya sanggup menyerahkan tubuh kepada sesiapa saja yang memberikan saya barang itu. Apabila bersama rakan, saya sukar menolak ajakan dan pelawaan untuk menghisap syabu kerana mereka tidak lokek berkongsi bekalan. “Saya juga rela dinodai kerana keseronokan paling utama,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/CumaRM5satukepala/myMA/myArticle

Berhati-hati Terhadap Dukun

Kementerian Kesihatan ingatkan orang ramai hati-hati terhadap dukun/pengamal perubatan tradisional
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak mendapatkan rawatan daripada dukun atau pengamal perubatan tradisional tidak berdaftar kerana ini boleh menyebabkan penyakit bertambah teruk atau mungkin mengakibatkan maut. “Jika mereka memerlukan rawatan alternatif, mereka boleh ke hospital tertentu kerajaan yang menyediakan perubatan tradisional,” kata Pengarah Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&C) Kementerian Dr Ramli Abdul Ghani. Beliau memberitahu Bernama, pada masa ini enam hospital – di Kepala Batas, Putrajaya, Johor Baharu, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching menyediakan rawatan sedemikian. Dua lagi hospital - di Port Dickson dan Alor Star akan mula menyediakan perkhidmatan seumpama itu lewat tahun ini. Antara khidmat disediakan ialah akupunktur, urut tradisional Melayu dan ubatan herba. Dr Ramli mengulas laporan mengenai seorang wanita ditipu oleh seorang dukun yang mendakwa mengubati kanser hatinya. Bagaimanapun, imbasan CT kemudian menunjukkan bahawa kanser itu mencapai tahap empat dan penyakit itu merebak ke bahagian lain badannya. Sementara itu, seorang pengamal perubatan komplementari terkenal, Dr V M Palaniappan, berkata Malaysia antara segelintir negara di dunia yang menyokong kuat amalan perubatan komplementari. Beliau berkata, orang ramai tidak harus bimbang jika "sekali sekala" pengamal perubatan palsu dibongkar. Keadaan seperti ini biasanya wujud dalam semua profesion. Dr Palaniappan, bekas profesor madya University Malaya, mencadangkan kementerian berkenaan menyusun direktori semua pengamal perubatan tradisional bagi memudahkan orang ramai membuat rujukan dan menyekat pengamal perubatan palsu. -Bernama http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KementerianKesihataningatkanorangramaihati-hatiterhadapdukun_pengamalperubatantradisional/Article

Selekoh Hantu

Dua meraung di selekoh hantu
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
KUALA LUMPUR: Dua sahabat karib mampu meraung kesakitan selepas tersepit sebaik kereta dinaiki melanggar bukit berhampiran kawasan hutan simpan yang terkenal dengan jolokan ‘selekoh hantu’.

CEMAS..anggota bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan dua mangsa yang cedera parah selepas kereta dinaiki merempuh bukit berhampiran Jalan Batang Kali - Genting Highlands.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi semalam, kedua-dua mangsa menaiki Proton Saga mampu berdoa diselamatkan orang ramai selepas mangsa tersepit dan gagal keluar dari kenderaan remuk separuh bahagian. Difahamkan ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan turun dari pusat peranginan Genting Highlands sebelum kereta dinaiki terbabas melanggar bukit sebelum menjunam ke dalam longkang berhampiran Kilometer 18, Jalan Batang Kali - Genting Highlands. Saksi kejadian, Shukor Hashim berkata, mangsa bernasib baik berikutan kawasan jalan sunyi terbabit dilalui kenderaan lain yang menyedari kejadian kemalangan itu. Menurutnya, mangsa ketika itu cedera parah di kedua-dua bahagian kaki apabila kaki mereka tersepit, selain muka mangsa cedera akibat terkena serpihan cermin hadapan kenderaan pecah. “Mangsa ketika itu mampu meraung kesakitan dengan keadaan muka berdarah akibat kemalangan berkenaan. Saya sempat memberi bantuan awal dan meredakan keadaan mereka sementara menanti bantuan kecemasan.Pada masa sama, anggota polis bantuan Genting Highlands membantu mangsa tersepit. “Tidak berapa lama kemudian, dua jentera bomba dari Balai Bomba dan penyelamat Kuala Kubu Bahru dan Genting Highlands tiba di lokasi kejadian membantu mengeluarkan mangsa,” katanya. Menurutnya, anggota bomba yang menilai keadaan mangsa mendapati bahagian hadapan kereta remuk menyebabkan kaki mangsa terperosok dan gagal ditarik keluar. “Berikutan itu anggota bomba dan penyelamat menggunakan alat pemotong hidrolik untuk memotong pintu kereta dan bahagian hadapan enjin kenderaan. Usaha terbabit dilakukan berhati-hati dan mengambil masa 15 minit untuk dikeluarkan. “Ketika itu, seorang mangsa tidak sedarkan diri, manakala pemandu kereta merintih kesakitan. Kedua-dua mangsa dikeluarkan jam 4.15 pagi Mereka dihantar menaiki ambulans ke Hospital Kuala Kubu Baru,’ katanya. Menurutnya, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 28 dan 29 tahun patah kedua belah kaki dan dilaporkan stabil. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Duameraungdiselekohhantu/Article

Thursday, May 27, 2010

Awas Anak Dara

Ego Mat Lombok
Oleh Amir Abd Hamid
KUALA LUMPUR: “Kami tak bersedia menghapuskan adat melarikan gadis sebelum dikahwini walaupun ia dianggap jahat kerana ia diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi berikutnya sejak dulu,” kata seorang pemuda Lombok, Indonesia, Novian Arif, 40.Bagaimanapun, dia yang ditemui baru-baru ini di pulau berkenaan ketika misi menyelamat gadis Iban berusia 15 tahun dari Sarawak, Steffanie Liana anak Langka yang memasuki Indonesia secara haram, mengakui adat berkenaan hanya diguna sesama mereka untuk gadis berusia lebih 18 tahun. Menurutnya, jika seseorang lelaki dari daerah berlainan didapati melarikan gadis bawah umur, pemuda terbabit akan dikenakan hukum adat. Mengejutkan apabila Novian memberitahu hukum adat paling keras yang boleh dikenakan terhadap lelaki melakukan kesalahan itu ialah hukuman mati. “Memang diakui kami melarikan gadis untuk dijadikan pasangan hidup sama ada dia suka atau tidak. Contohnya dengan berpura-pura bermaksud baik kononnya mahu menghantar seseorang gadis pulang ke rumah, tapi gadis itu akan dilarikan ke rumah keluarga atau saudara lelaki itu. “Kemudian, gadis itu akan ‘disimpan’ untuk tempoh tertentu, biasanya seminggu hingga dua minggu sementara keluarga pihak lelaki melakukan perundingan mahar dengan keluarga pihak perempuan. Pihak lelaki yang mempunyai kuasa dalam sebarang keputusan. “Adat ini simbol kehebatan lelaki suku Sasak. Tetapi, hukum bunuh untuk kes larikan gadis bawah umur kini tidak lagi diguna pakai sejak awal 1970-an selepas pemerintah mula campur tangan,” kata Novian yang berasal dari Desa Taman, Mataram, Lombok. Katanya, perjanjian adat melarikan gadis juga kini mempunyai pilihan. Contohnya ketika ini setiap kali pemuda Lombok ingin berkahwin mereka akan bertanyakan kepada ibu gadis yang diidamkan sama ada mahu menggunakan kaedah lari atau lamar. Menurutnya, jika ibu gadis terbabit mahukan cara lamar, lelaki terbabit akan menghantar keluarga untuk melamar, tetapi jika sebaliknya, gadis berkenaan akan dilarikan terlebih dulu. Ditanya mengenai trend membawa lari gadis Malaysia ke Lombok yang makin kerap dilaporkan akhir-akhir ini, Novian mendakwa kebanyakan kes itu dilakukan pemuda Lombok yang berasal dari desa terpencil. “Pemuda Lombok yang bekerja di Malaysia kebanyakannya berasal dari pedalaman yang masih kuat memegang hukum adat asal. “Malah, biasanya mereka tak pernah sampai pun di bandar Mataram. Terus saja ke Malaysia sebaik selesai direkrut ejen (pekerja asing), sebab itu mungkin perkara ini (larikan gadis Malaysia) terjadi. Mereka terkejut dengan (suasana) tempat lain yang berbeza dengan tempat sendiri. “Cara merekrut pekerja senang saja. Seseorang pemuda perlu mengangkat guni seberat kira-kira 100 kilogram naik ke bukit dalam jarak tertentu dan jika terjatuh, mereka tak layak. Jika tak jatuh dia akan layak tidak kira apa latar belakang sekali pun,” katanya. Statistik dikeluarkan organisasi sukarela Perhimpunan Indonesia Untuk Buruh Migran Berdaulat (Migrant Care) mendapati kira-kira 600 wanita negara ini kahwin lari dan kini berada di Lombok, manakala Pergerakan Puteri Umno memperoleh maklumat menunjukkan lebih 500 wanita dilarikan ke Lombok. Berikutan kes berkenaan, Pergerakan Puteri Umno pernah mengeluarkan kenyataan pada 20 Mac lalu supaya membekukan pengambilan pekerja asing yang berasal dari Lombok. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/EgoMatLombok/Article

Bersuami Kasanova

Tak tahan bersuami kasanova
Oleh Nur Ain Musdad

Gambar Hiasan

MELAKA: Sekali pandang tingkah lakunya tidak ubah seperti pegawai kerajaan termasuk pegawai jabatan agama, namun berbekalkan ayat `power’ tiada siapa menyangka dia sebenarnya adalah seorang penganggur yang gemar berlagak duda walaupun masih mempunyai isteri.Berbekalkan kata-kata manis, berpakaian kemas dan wang hasil titik peluh isteri serta anak perempuannya sudah cukup untuk dijadikan modal buat seorang warga emas hidung belang berusia 50-an untuk menjerat wanita lain tanpa pernah mengenal sama ada berstatus janda mahupun anak dara. Akibat tidak tahan dengan perlakuan lelaki berkenaan, isterinya, Hashimah (bukan nama sebenar), 50-an, tekad membawa masalah rumah tangganya ke Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) selepas bosan dengan sikap suaminya yang sering kali menghilangkan diri dan tidak menunaikan tanggungjawab. Ibu kepada dua anak berusia 17 dan 15 tahun itu, berkata ketika berkahwin dengan lelaki terbabit dan menetap di Parit Buntar, Perak, dia sedia maklum mengenai status dirinya sebagai isteri kedua dan pernah diperkenalkan dengan anak sulungnya berusia tiga tahun dengan isteri pertama, ketika itu. Menurutnya, dia pernah meminta diperkenalkan dengan isteri pertama suaminya, tetapi lelaki terbabit enggan berbuat demikian sebelum mereka bernikah dan kini mempunyai dua anak termasuk anak lelaki yang kini terpaksa bekerja untuk menampung keluarga. Katanya, suaminya pada ketika itu bekerja sebagai pembantu tadbir di sebuah kem tentera di utara tanah air, namun secara tiba-tiba menamatkan kerjayanya pada 1991. “Bermula daripada detik itu, segalanya mula berubah dan kehidupan saya menjadi semakin terhimpit dengan perangainya yang semakin menjadi-jadi dan difahamkan isteri pertama suami akhirnya turut meminta dilepaskan kerana tidak tahan menanggung derita. “Saya hanya menyedari perangai suami itu sebaik saja melihat perlakuan peliknya yang gemar berpakaian kemas ketika keluar rumah dan tingkahnya seperti senang hati dengan telefon bimbit yang sentiasa di tangan seolah-olah masih berusia muda,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. Menurutnya, dia langsung tidak menyangka suaminya tergamak bertindak sedemikian sehinggalah mula sedar apabila terdapat perubahan ketara pada diri lelaki berkenaan. “Dia tidak bekerja, namun hampir setiap hari akan bersiap dengan kemas untuk keluar dan pulang sebaik siang bertukar malam. Lagaknya juga selamba seolah-olah tidak pernah malu atau segan meminta wang perbelanjaan daripada saya dan anak. “Nasib saya tidak ubah seperti membela seekor biawak hidup kerana dengan berbekalkan wang gaji saya sebagai pengasuh pada siang hari dan bekerja di kedai makan pada waktu malam, sudah cukup menjadi modal hariannya. “Saya pernah menegur tingkah lakunya kerana wang gaji saya peroleh sering kali tidak mencukupi menampung perbelanjaan kami sekeluarga dan juga persekolahan -anak, namun dia langsung tidak ambil peduli,” katanya. Hashimah berkata, setiap kali keluar dari rumah, suaminya akan berpakaian sama ada kemas seperti pegawai kerajaan mahupun berbaju Melayu dan bersongkok seperti pegawai jabatan agama dipercayai memperdayakan mana-mana wanita yang bakal menjadi mangsanya. Katanya, lebih menjelikkan apabila jika wang yang diminta daripadanya tidak cukup maka suaminya tidak akan teragak-agak untuk mengambil wang gaji anak keduanya ketika itu mengambil upah bekerja di kedai pakaian selepas waktu sekolah. “Namun pada awal Mei lalu, suami menghantar berita melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) menyatakan dia meminta maaf kerana banyak melakukan kesilapan dan meminta saya membuat tuntutan di mahkamah,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kandang berhubung SMS berkenaan. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Taktahanbersuamikasanova/Article

Kosmetik Popular Beracun

Kosmetik popular beracun
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
Gambar Hiasan
DAMANSARA: Impian segelintir wanita mahu kelihatan cantik dalam tempoh singkat boleh bertukar menjadi igauan ngeri apabila sejenis produk kosmetik terkemuka jenama tempatan yang dijual di pasaran dikesan mengandungi kimia beracun tretinoin.Produk kosmetik itu didakwa dihasilkan menerusi kepakaran pengusaha tempatan sebaliknya hanya pembohongan semata-mata kerana siasatan pegawai Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati ia diseludup masuk dari Filipina secara besar-besaran. Malah produk terbabit yang dipasarkan ahli perniagaan Bumiputera didapati cuba menipu pengguna apabila sengaja diuar-uarkan sudah memperoleh kelulusan KKM selain mendapat perakuan sijil halal daripada badan tertentu. Pendedahan mengejutkan itu dinyatakan Pengarah Penguat kuasa Farmasi KKM, Mohd Hatta Ahmad selepas melakukan serbuan di sebuah gudang di Bandar Pinggiran Subang, di sini, semalam. Dalam operasi jam 11.30 pagi, sepasukan pegawai penguat kuasa Farmasi KKM disertai Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid Wan Ibrahim, bertindak menyerbu gudang yang digunakan syarikat pengimport untuk menyimpan bekalan produk kosmetik berjenama terkenal itu. Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan seorang wanita berusia 30-an dipercayai penyelia gudang berkenaan bersama beberapa pekerja lain sedang sibuk melakukan tugas membungkus produk kosmetik yang dijual secara pakej tiga dalam satu. “Siasatan mendapati syarikat milik bukan Bumiputera itu bertanggungjawab menjadi pengimport produk kosmetik beracun dari Filipina sebelum dibekalkan kepada sebuah syarikat Bumiputera yang memasarkan produk kosmetik menggunakan jenama terkemuka. “Namun akibat panik selepas menyedari diserbu pegawai farmasi, penyelia wanita terbabit hilang pertimbangan lalu menuduh pegawai penguat kuasa farmasi cuba memeras ugutnya. Malah dia mendakwa diganggu secara seksual sedangkan terdapat ramai pegawai penguat kuasa wanita yang menyertai serbuan itu,” katanya. Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati produk krim malam yang dijual dengan harga sekitar RM16 itu mengandungi kimia berbahaya tretinoin. “Susulan itu, pegawai KKM merampas produk itu lebih 15,000 kotak dengan anggaran nilai pasaran kira-kira RM344,000,” katanya. Menurutnya, produk kosmetik yang mengandungi kimia tretinoin itu dianggap berbahaya apatah lagi jika kandungan kimianya terlalu tinggi sehingga boleh mendatangkan barah kulit. “Kimia ini diharamkan penggunaannya kerana mempunyai kesan sampingan seperti rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit menggelupas dan kekeringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya lampau ungu. “Malah lebih ditakuti apabila krim produk kosmetik dirampas ini mengandungi sehingga lebih lima peratus kimia tretinoin di dalamnya. Saya bimbang jika kesan jangka panjang boleh menyebabkan wanita yang menggunakannya berisiko terkena barah kulit,” katanya. Menurutnya, pengguna dinasihatkan supaya berhenti menggunakan sesuatu produk sekiranya berasa kesan pedih atau kulit muka menjadi kemerah-merahan selepas memakainya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kosmetikpopularberacun/Article

Imam 'Simpan' Kekasih

Imam ‘simpan’ kekasih
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
PUTRAJAYA: Seorang imam yang juga guru agama di dua surau di sebuah taman perumahan di Klang, Selangor, bukan saja selesa melakukan maksiat dengan bersekedudukan lebih sebulan dengan ‘buah hati’ di rumahnya, malah turut bijak menipu jemaah surau kononnya wanita berkenaan isterinya yang sah.Kegiatan imam ‘nakal’ berusia 26 tahun terbabit terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu rumahnya, kira-kira jam 2 pagi kelmarin. Sebelum serbuan, penguat kuasa Jais yang mendapat maklumat awam melakukan intipan dan siasatan lanjut mendapati rumah itu dihuni imam terbabit dan wanita berusia 27 tahun dipercayai kekasihnya dan menjadi pasangan ‘suami isteri’, sejak lebih sebulan lalu. Walaupun pintu rumah terbabit diketuk berulang- kali, penghuninya mengambil tempoh lama kononnya tidak terjaga daripada tidur sebelum membuka pintu dan penguat kuasa mendapati pasangan itu sudah lengkap berpakaian. Imam terbabit dipercayai menipu jemaah surau dan penghuni di taman perumahan itu dengan penampilan alim termasuk memberikan ceramah agama kepada warga emas di kedua-dua surau di taman berkenaan. Bukan itu saja, imam terbabit yang mendakwa memiliki ilmu hasil pengajian di sekolah pondok selain dipercayai menggunakan taktik mencedok hasil ceramah tokoh agama terkenal dalam kaset dan cakera padat bagi meyakinkan orang ramai mengenai ketinggian ilmu agama dimiliki. Putar belit imam muda terbabit semakin ‘menjadi’ apabila penghuni dan jemaah surau mudah mempercayainya selepas lelaki terbabit memberitahu wanita yang tinggal bersama di rumahnya adalah isteri yang sah. Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral imam itu terbongkar selepas segelintir penghuni taman yang curiga membuat laporan kepada Jais yang mendapati wanita terbabit bukan isteri, tetapi teman wanita lelaki berkenaan dan sudah tinggal bersama tanpa ikatan sah.Tanpa berselindung, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jais, Shahrom Maarop, tidak menolak kemungkinan sudah berlaku hubungan kelamin di antara imam terbabit dengan teman wanitanya itu berdasarkan tempoh lebih sebulan mereka tinggal bersama di rumah itu. Beliau berkata, apabila seorang lelaki dan wanita yang tidak ada hubungan sah berdua-duaan, sudah pasti ada iblis yang menggoda dan tidak masuk akal jika mereka tidak melakukan sebarang perbuatan tidak bermoral sepanjang lebih sebulan tinggal bersama di rumah itu. “Kami sebenarnya hairan bagaimana seorang imam yang turut diberi kepercayaan mengajar agama di surau berkenaan boleh melakukan maksiat dan dan menipu orang ramai menggunakan penampilan alimnya. “Perbuatan ini cukup memalukan apabila penampilan alim imam terbabit dan kononnya ada ilmu digunakan untuk melindungi kegiatan maksiat yang dilakukan dengan ‘buah hati’ bagi mengelak tindakan pihak berkuasa,” katanya, semalam. Bukan itu saja, Shahrom berkata, imam terbabit memperdayakan jemaah surau dan penghuni taman perumahan berkenaan dia sudah berkahwin di luar negara. Bagaimanapun, katanya, siasatan mendapati wanita itu yang juga pekerja swasta bukan isterinya dan mereka bersekedudukan sejak lebih sebulan lalu berdasarkan maklumat awam diperoleh. “Walaupun imam berkenaan memberi pelbagai alasan kononnya datang ke rumah itu pada waktu tertentu bagi melihat ‘buah hatinya’, siasatan mendapati dia memang tinggal di rumah itu bersama wanita berkenaan,” katanya Shahrom berkata, imam terbabit dan pasangannya sudah diambil keterangan awal sejurus mereka ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan Jais.Menurutnya, mereka akan dipanggil ke Ibu Pejabat Jais di Shah Alam bagi merekodkan keterangan lebih teliti sebelum dihadapkan ke mahkamah berhubung kesalahan dilakukan. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Imam__8216_simpan__8217_kekasih/Article

Wednesday, May 26, 2010

Murid Ditampar Guru

Murid pecah gegendang telinga ditampar guruGambar Hiasan
KODIANG: Seorang murid Tahun Lima sekolah rendah di sini, berkemungkinan pekak selepas telinga kirinya ditampar seorang guru lelaki hingga menyebabkan gegendangnya pecah, Khamis lalu. Selain pecah gegendang telinga, mangsa, Mohd Khairil Azry Zulkifli, 11, turut mengalami bengkak di dahi apabila kepalanya terhentak ke dinding selepas ditampar guru lelaki berusia 40-an dalam kejadian jam 12.45 tengah hari di Sekolah Kebangsaan Siputeh, Padang Sera, di sini.Kejadian itu bermula apabila seorang guru wanita mengarahkan murid kelas itu, termasuk Mohd Khairil berpindah dari tingkat dua ke tingkat bawah blok bangunan sekolah itu yang sedang digunakan murid Tahun Tiga bersama guru lelaki terbabit. Difahamkan tindakan Mohd Khairil memasuki kelas itu bersama tiga rakannya ketika guru lelaki itu masih berada dalam kelas berkenaan mengundang kemarahannya. Berikutan itu, guru terbabit memarahi Mohd Khairil serta tiga murid lain sebelum menampar keempat-empat mereka. Seorang daripada mereka turut cedera ditampar. Bapa mangsa, Zulkifli Romli, 45, berkata, beliau hanya mengetahui kejadian itu selepas isterinya, Che Waqi Baharom, 45, memberitahu ada kesan darah di telinga kiri anaknya yang mengadu sakit telinga. “Isteri memaklumkan selepas balik ke rumah pada jam 1.30 tengah hari, anak saya tidak seperti biasa dan terus tidur sebelum mengadu sakit telinga. Saya mendesak dia memberitahu perkara sebenar sebelum mengetahui dia ditampar gurunya. “Kami kemudian ke sebuah klinik di Arau, Perlis sebelum dirujuk ke Hospital Tunku Fauziah, Kangar pada jam 9 malam. “Anak saya dirujuk kepada pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) yang kemudiannya mengesahkan gegendang telinga kirinya pecah, malah pemeriksaan juga menunjukkan anak saya mengalami masalah pendengaran,” katanya ketika ditemui semalam. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Muridpecahgegendangtelingaditamparguru/Article/

Songlap Duit Masjid

Songlap duit masjid
SHAH ALAM - Pelbagai taktik digunakan oleh pencuri untuk melakukan jenayah di mana sahaja waima di institusi agama seperti masjid dan surau dengan menyamar sebagai musafir untuk mengelirukan kakitangan masjid daripada mengesyaki tindakan buruk mereka itu. Kebanyakan penyamaran itu dilakukan bagi membolehkan mereka berehat dan bermalam di masjid untuk memudahkan mereka mencuri harta benda masjid terutamanya tabung masjid dan sebagainya. Nazir Surau An Nur, Seksyen 20, Samion Nordin berkata, pihaknya mengenal pasti taktik itu digunakan untuk mengaburi mata kakitangan masjid supaya membenarkan mereka tinggal di masjid. “Selalunya, mereka akan memaklumkan mereka adalah musafir dan berada di masjid atau surau untuk berehat dan bermalam kerana tidak mempunyai tempat tinggal serta sebatang kara serta akan bermalam beberapa hari. “Malangnya, selepas dua atau tiga hari berada di masjid mereka akan menghilangkan diri dan kakitangan masjid akan menyedari harta benda masjid dan tabung serta duit akan hilang,” katanya. Samion berkata, kejadian sebegitu berlaku di suraunya dan mendakwa kejadian yang sama juga berlaku di beberapa masjid dan surau di sekitar bandar raya ini. “Kini, Surau An Nur kerap kehilangan duit tabung masjid yang diletakkan di setiap saf terutamanya pada hari Jumaat di samping peti yang dirantai dan empat tabung besar yang terdapat dalam masjid. “Saya percaya kecurian ini merupakan jenayah terancang kerana kebanyakan tabung yang diletakkan di bahagian sudut berhampiran dinding ketika jemaah menunaikan solat akan hilang. “Tabung juga akan hilang sekiranya diletakkan di luar kawasan surau memandangkan jemaah menunaikan solat Jumaat di bahagian luar berikutan kehadiran jemaah yang ramai,” katanya. Samion berkata, selepas menunaikan solat Jumaat, kakitangan masjid akan mengumpul tabung yang diedarkan dan terkejut kerana setiap minggu tabung yang diletakkan akan hilang. “Setelah dicari, kebanyakan tabung akan dijumpai di longkang berhampiran surau tanpa mempunyai wang lagi,” katanya. “Bagi mengatasi masalah itu, pihak surau akan meminta bantuan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) di kawasan luar masjid terutamanya pada hari Jumaat untuk memantau keadaan masjid manakala di kawasan dalam masjid pula, kita akan mengadakan skuad pemantau. “Surau ini bukan sahaja menjadi mangsa curi tabung kerana kadang- kadang basikal milik jemaah juga dicuri,” katanya. Sementara itu, Nazir Masjid Al Ehsan, Seksyen 24, Badarudin Dawam berkata, masalah kecurian duit tabung masjid kerap berlaku di masjid itu setiap kali solat Jumaat, sejak akhir- akhir ini. “Kejadian berlaku secara berturut- turut dan mengejutkan kakitangan masjid kerana setiap kali membuat pengiraan untuk disimpan di peti yang disediakan kami mendapati tabung kosong dan ada kalanya tabung yang dikumpul tidak mencukupi. “Untuk mengatasi masalah itu, pemantauan yang lebih kerap dilakukan dan pengumuman akan dibuat untuk meminta pencuri duit itu memulangkan semula wang yang diambil dengan menyatakan pihak masjid menunaikan solat hajat,” katanya. Menurutnya, penjenayah mengambil kesempatan dengan melarikan duit yang terdapat dalam tabung ketika menunaikan solat Jumaat dan berharap kegiatan ini dihentikan kerana duit tabung itu di kumpul untuk melakukan aktiviti masjid. http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story7732877.asp

Isteri & Kekasih Sama-sama Hamil

Isteri, kekasih sama-sama hamil
Gambar Hiasan
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my
PUTRAJAYA: Seorang lelaki ‘mata keranjang’ yang isterinya bakal melahirkan anak pada bila-bila masa ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana bersekedudukan dengan teman wanitanya yang hamil di Precint 9, di sini, kelmarin.Teman wanita terbabit baru menamatkan pengajian di sebuah pusat pengajian tinggi awam (IPTA) dan bakal menerima ijazah dalam tempoh terdekat ini. Tembelang kakitangan awam lingkungan 30-an terbabit dipercayai bersekedudukan dengan ‘isteri luar nikah’ berusia awal 20-an itu terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jawi, menyerbu kediaman lelaki terbabit, selepas menerima aduan daripada penduduk yang curiga dengan kehadiran wanita mengandung di rumah terbabit. Siasatan mendapati, lelaki sudah berumah tangga itu menghantar isterinya yang juga kakitangan kerajaan ke kampung kerana wanita berkenaan akan melahirkan anak pada bila-bila masa. Kesempatan itu digunakan lelaki terbabit membawa kekasih gelap ke rumah dan menjalani kehidupan seperti suami isteri yang sah. Sumber berkata, maklumat diperoleh mendapati lelaki terbabit sudah berumahtangga dan mempunyai seorang isteri dan anak. “Bagaimanapun, isteri lelaki itu yang sarat mengandung dan dihantar suaminya pulang ke kampung untuk bersalin di sana. “Kami percaya kesempatan itu membuka ruang lelaki terbabit membawa kekasih gelap yang juga sedang mengandung hasil persetubuhan haram mereka untuk tinggal di rumah berkenaan,” katanya, semalam. Beliau berkata, berdasarkan maklumat itu, penguat kuasa Jawi menyerbu rumah itu dan menahan pasangan terbabit yang mengaku bukan suami isteri. Menurutnya, lelaki terbabit mengaku pasangannya sudah mengandung tujuh bulan, begitu juga isterinya yang bakal melahirkan anak bila-bila masa di kampung. “Memang tidak ada individu lain di rumah itu dan pasangan terbabit seolah-olah hidup macam pasangan suami isteri. “Lelaki terbabit memberi alasan dia kini dalam proses penceraian dengan isterinya walaupun pada waktu sama memiliki kekasih yang sudah mengandung. “Malah, lelaki terbabit mendakwa hubungan dengan kekasihnya itu mendapat tentangan keluarga wanita berkenaan,” katanya. Sumber itu berkata, siasatan juga mendapati, gadis terbabit turut bertugas di sebuah jabatan kerajaan bakal menerima ijazah dalam tempoh terdekat. Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan lelaki terbabit bersekedudukan untuk tempoh agak lama sehingga menyebabkan kekasihnya mengandung. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Isteri_kekasihsama-samahamil/Article

Suami Terbuang

Suami terbuang
Gambar Hiasan
Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: Akibat kemaruk cinta warga asing, seorang isteri bukan saja sanggup menduakan suaminya, malah turut merampas perniagaan yang dibina bersama selama 11 tahun selepas kemungkarannya terbongkar.Lebih memilukan, si suami yang setia kini bukan saja hidup merempat kerana dibuang isteri, malah terpaksa berkongsi kesedihan itu bersama enam anaknya. Suami itu yang hanya mahu dikenali sebagai Che Wan, 45, dari Kampung Ladang di sini, mendedahkan kisahnya selepas tidak tahan dengan penderitaan dilaluinya. Katanya, kerana terlalu sayangkan isteri yang dikahwini sejak 27 tahun lalu, dia menuruti semua permintaan, termasuk menamakannya sebagai pemilik harta merangkumi semua aset perniagaan bernilai lebih RM250,000. Namun, selepas kecurangan itu terbongkar, isterinya bukan saja biadab memaki-hamunnya, malah memperkecilkan kehebatannya di ranjang dan membandingkannya dengan warga asing yang menjadi buah hatinya. Katanya, dia terkilan warga asing itu yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan syarikatnya mengkhianati kepercayaannya. “Kepercayaan terhadap isteri yang sebelum ini berjanji sehidup semati, diragut selepas dia yang kini berusia 40 tahun bermain kayu tiga. “Hati mana tidak remuk melihat isteri bermesra dengan lelaki lain, tambahan pula warga asing. Patutlah setiap kali saya keluar daerah menguruskan perniagaan, rakan mengadu isteri sering bermesra dengan lelaki itu. “Pada mulanya saya tak percaya dan memarahi mereka kerana memfitnah isteri, tapi alangkah terkejut apabila saya sendiri terserempak mereka bermesra,” katanya. Katanya, sebelum kecurangan itu disaksikan sendiri, isterinya sering menolak permintaannya untuk mengadakan hubungan kelamin. “Setiap kali saya meminta, dia mengelak. Malah, isteri mula berdandan dan mencantikkan diri dengan berkunjung ke pusat kecantikan. “Sebagai ayah kepada enam anak berusia antara 12 hingga 27 tahun, saya bersabar tetapi selepas melihat banyak perubahan, saya mengesyaki sesuatu,” katanya. Selepas mengintip, dia mendapati isterinya menyewa rumah bersama lelaki itu. Bagaimanapun ketika dia dan rakan memasang perangkap, pasangan itu berjaya lari melalui pintu belakang. “Selepas kecurangannya terbongkar, isteri keluar dan tidak pulang. Malah, dia menurut semua kehendak teman lelakinya termasuk bercuti ke luar negara seperti suami isteri sah,” katanya sedih. Berikutan semua hartanya atas nama isteri, Che Wan kini bukan saja dipecat daripada semua jawatan dalam perniagaannya, malah isterinya bercadang menjual rumah didiami tanpa mempedulikan nasib anak mereka. “Kini saya tinggal sehelai sepinggang, mahu atau tidak terpaksa mengadu nasib kepada saudara dan sahabat untuk membantu menyediakan keperluan persekolahan anak,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Suamiterbuang/Article

Intai Nenek Mandi

Malang nenek bogel
Oleh Mohd Harzrul Aminuddin dan Ahmad Ismail am@hmetro.com.my
SEGAMAT: Dia layak digelar cucu iblis kerana selain suka mengintai neneknya berusia 77 tahun yang mandi bogel, remaja berusia 14 tahun terbabit turut berani mencopet barang kemas dan wang tunai milik warga emas berkenaan dianggarkan bernilai RM2,000.Remaja lelaki itu sudah lama diberhentikan sekolah berikutan masalah disiplin selain terbabit dalam pelbagai masalah sosial termasuk bergaduh dan membuli. Namun, kejadian kira-kira jam 8 malam pada 18 Mei lalu, remaja terbabit bertindak di luar batasan apabila menyelinap masuk ke rumah neneknya sebaik menyedari warga emas itu sedang mandi dan tinggal di rumah berseorangan.
Dia yang tinggal berhampiran rumah neneknya di Batu 11 Jementah, dekat sini, mengambil kesempatan mengintai warga emas itu sedang mandi bogel sebelum mengambil pakaian nenek yang digantungkan di pintu bilik air berkenaan. Suspek yang tahu pakaian itu berisi barang kemas termasuk rantai dan wang tunai, kemudian melarikan barangan terbabit selepas puas melihat aksi bogel warga emas terbabit mandi. Mangsa tinggal bersendirian di rumah itu selepas kematian suami beberapa tahun lalu hanya menyedari persalinan bersama barangan berharganya hilang sebaik selesai mandi. Pada awalnya, dia yang tidak mengesyaki cucunya dalang mencuri barangan dan wang tunainya itu melaporkan kejadian kepada polis pada keesokan harinya. Warga emas itu datang bersendirian ke balai polis di sini bagi membuat laporan memaklumkan pernah beberapa kali rumahnya dipecah masuk, tetapi sebelum itu hanya membabitkan kerugian kecil. Malah, nenek terbabit memberitahu anggota polis bahawa kecurian sering berlaku setiap kali dia mandi. Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, bertindak atas laporan itu, sepasukan anggota yang ditugaskan menyiasat kes berkenaan akhirnya menyelesaikan misteri kehilangan pakaian nenek terbabit dalam masa kurang 24 jam. “Kami menahan suspek berusia 14 tahun itu di sebuah rumah berhampiran kira-kira jam 6 petang hari kejadian itu dilaporkan. “Hasil serbuan, polis menemui sejumlah wang tunai iaitu baki duit yang dicuri berjumlah RM150 dan dua telefon bimbit selain seutas rantai dan gelang tangan,” katanya ketika ditemui. Abdul Majid berkata, siasatan awal mendapati dua telefon bimbit yang dirampas itu disyaki dibeli suspek menggunakan wang yang dicuri daripada neneknya. Beliau mendedahkan, remaja terbabit cuba mengaitkan kejadian yang dilakukannya seorang diri itu turut dilakukan bersama beberapa rakan lain. “Namun, selepas soal siasat, kami mendapati semua cerita itu helah belaka, malah suspek kemudian mengaku mengadakan cerita kerana sering dibuli rakan,” katanya. Bagaimanapun, katanya, remaja terbabit belum sempat menggadai atau menjual barangan kemas curi yang ditemui disembunyikan di bawah tikar di rumahnya. Beliau mendedahkan, remaja terbabit cuba mengaitkan kejadian yang dilakukannya seorang diri itu turut dilakukan bersama beberapa rakan lain. “Namun, selepas soal siasat, kami mendapati semua cerita itu helah belaka, malah suspek kemudian mengaku mengadakan cerita kerana sering dibuli rakannya,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Malangnenekbogel/Article

Suri Rumah Berkhalwat

Mengaku khalwat
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@hmetro.com.my
MELAKA: Seorang suri rumah yang ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Jalan Tun Perak, dekat sini, bersama seorang peniaga bingkai kayu warga Pakistan pada 12 Mei lalu dijatuhi hukuman denda RM1,800 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.Hakim Syarie Mohd Asri Tahir menjatuhkan hukuman terhadap wanita berusia 39 tahun itu selepas tertuduh mengekalkan pengakuan bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu bersekediaman dengan lelaki bukan mahram hingga mendatangkan syak. Mengikut pertuduhan, wanita berasal dari Jasin itu dituduh berkurung hingga mendatangkan syak dengan Habib Ur Rahman, 39, di bilik No 133, Hotel Yong An, Jalan Tun Perak, Bachang, dekat sini kira-kira jam 10.55 pagi pada 12 Mei lalu.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 24 bulan atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan. Mohd Asri dalam penghakimannya turut menasihati tertuduh dengan menjelaskan sebagai seorang isteri yang masih mempunyai suami sewajarnya menjaga adab dan tatasusila. Katanya, tertuduh perlu bertaubat kerana perbuatannya yang menderhaka dan curang kepada suaminya bercanggah dengan hukum syarak. Sebelum ini, ketika didakwa kali pertama pada 13 Mei lalu, tertuduh mengaku bersalah, namun selepas fakta kes dibacakan dan mahkamah bersedia memberikan hukumannya selepas menimbangkan rayuannya serta hujah pendakwa, tertuduh tiba-tiba pengsan di kandang pesalah. Berikutan itu, hakim menangguhkan semalam untuk memberikan hukumannya. Sementara itu, pada prosiding semalam tertuduh sekali lagi merayu hukuman ringan atas alasan tidak mampu membayar denda tinggi selain turut mempunyai anak yang masih kecil. Dia yang memakai baju kurung hijau dan bertudung hitam kelihatan tenang memberitahu mahkamah bahawa suaminya berpendapatan rendah, manakala dirinya pula tidak berkerja. Pegawai Pendakwa Syarie, Che Zam Zam Che Man bagaimanapun berhujah bahawa kesalahan dilakukan tertuduh adalah dosa besar dan salah di sisi syarak serta berlaku di sebuah hotel. Katanya, sebagai seorang isteri, wanita terbabit tidak sewajarnya melakukan perbuatan terkutuk itu dan perlu mentaati perintah agama. Tertuduh kemudian membayar denda berkenaan di kaunter Mahkamah Syariah sambil ditemani ahli keluarganya. Sementara itu, pada 13 Mei lalu mahkamah sama mendenda Habib Ur Rahman sebanyak RM2,500 atau enam bulan penjara selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan wanita terbabit. Dia yang sudah berkeluarga turut dihukum penjara 24 bulan dan denda RM10,000 pada prosiding berasingan di Mahkamah Sesyen atas kesalahan cuba memberi rasuah seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jaim), Zulkifli Zainal supaya dilepaskan atas kesalahan berkhalwat itu. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mengakukhalwat/Article

Jadi Sewel Ditinggal Kekasih

Jadi sewel ditinggal kekasih
Gambar Hiasan
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

anbia@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Gara-gara terlalu mengharap cinta dari lelaki tempatan, seorang wanita warga Filipina yang ditinggalkan buah hati kesayangan akhirnya menjadi sewel sebelum dimasukkan ke wad sakit jiwa bagi menerima rawatan.Wanita berusia 30-an terbabit dikatakan tidak dapat menahan rasa kecewa sebelum meracau dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan. Sumber polis berkata, hubungan sulit itu hanya diketahui selepas seorang pemandu teksi berusia 50-an membuat laporan polis selepas dibelasah teman lelaki wanita terbabit. Menurutnya, dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa berusia 50 tahun bertindak pergi ke sebuah pub yang terletak tidak jauh dari Dewan Bahasa dan Pustaka untuk bertemu dengan teman lelaki wanita itu. Menurutnya, mangsa yang berniat untuk menasihatkan suspek agar tidak mensia-siakan hubungannya dengan teman wanita itu. Wanita Filipina yang tidak mempunyai dokumen sah dikatakan lama menjalin hubungan cinta dengan suspek sebelum dia ditinggalkan. Tindakan suspek menyebabkan, wanita itu menjadi sasau dan mengalami tekanan jiwa hingga dimasukkan ke hospital awal bulan ini. “Susulan itu, mangsa yang simpati terhadap wanita terbabit cuba bertemu dengan suspek bagi menasihatkan supaya bertanggungjawab dan pergi ke Kedutaan Filipina bagi melaporkan keadaan wanita berkenaan yang menjadi mangsa. “Suspek berusia 50-an dinasihatkan secara baik oleh mangsa tiba-tiba naik angin sebelum melepaskan tumbukan ke muka mangsa. “Suspek yang dipercayai menggenggam objek tumpul ketika melepaskan tumbukan menyebabkan tepi mata mangsa berdarah. Dalam keadaan berlumuran darah, suspek kemudian cuba untuk menyerang mangsa namun dihalang oleh orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu,” katanya. Menurutnya, suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang didakwa campur tangan turut mengugut mahu membunuh anak mangsa sekiranya masih menyibuk soal hubungannya. “Suspek yang masih tidak berpuas hati kemudian sempat menendang pintu teksi milik mangsa sekuat hati sebelum beredar. “Mangsa mengalami kecederaan serius di mata, mendapatkan rawatan di Hospital Selayang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi,” katanya. Sementara itu dalam kes berasingan, seorang gadis pekerja salun rambut berusia 22 tahun cedera selepas diragut dua lelaki bermotosikal berhampiran Jalan Pudu Plaza, di sini. Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan ke tempat kerja dihampiri dua lelaki bermotosikal yang bertindak menarik beg mangsa. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jadisewelditinggalkekasih/Article

Tuesday, May 25, 2010

Pelajar Ugut Bunuh Guru

Pelajar ugut bunuh cikgu ke sekolah Henry GurneyGambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pelajar hari ini diperintahkan menjalani pemulihan di Sekolah Henry Gurney, Melaka, selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mengugut membunuh gurunya bulan lalu.Majistret Juvana Suhaily Samsudin memerintahkan hukuman terhadap pesalah juvana berusia 17 tahun itu bermula hari ini dan turut memerintahkan ibu juvana terbabit dikenakan bon RM1,000 tanpa cagaran selama tiga tahun. Beliau juga membenarkan ibunya melawat pesalah itu sebulan sekali di sekolah berkenaan. "Anak kamu ini tidak berdisplin, mahkamah memerintahkan dia dihantar ke sekolah itu," kata Suhaily kepada ibunya yang tidak menunjukkan reaksi semasa hukuman dijatuhkan. Remaja itu didakwa mengugut dengan berkata: "Apa kata kalau aku hantar orang bunuh kamu?" kepada Rosli Abdul Aziz, 54, di tempat letak motosikal Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda di sini pada 8.30 pagi, 21 April lalu. Pesalah juvana itu dibuang sekolah kerana masalah disiplin sebelum kejadian itu. - Bernama http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PelajarugutbunuhcikgukesekolahHenryGurney/Article

Pencuri Kabel

Rentung putus dua
Oleh Muhammad Aifat
MUADZAM SHAH: Seorang pemuda meninggal dunia penuh azab apabila tubuhnya bukan rentung, malah terputus dua akibat terkena renjatan elektrik ketika dipercayai cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah pencawang elektrik di Felda Keratong 9 di sini, kelmarin.Keadaan mayat mangsa berusia 20 tahun itu amat mengerikan dengan separuh badan daripada paras pinggang ke bawah tersangkut pada talian elektrik setinggi 3.5 meter di pencawang itu. Sebahagian lagi tubuh mangsa termasuk kepala, rentung dan terjatuh di bawah tiang talian elektrik berkenaan ketika ditemui penduduk kira-kira jam 11 malam. Menurut Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Pegawai Bomba Rahmat Omar, pihaknya menerima panggilan menurunkan mayat mangsa tergantung pada tiang elektrik berkenaan kira-kira jam 11.30 malam. Katanya, tujuh anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan mereka mengambil masa hampir setengah jam menurunkan mayat terbabit yang sudah terputus dua. “Berdasarkan maklumat, mayat mangsa ditemui penduduk yang melalui tempat kejadian berikutan pencawang TNB itu terletak di persimpangan masuk Felda berkenaan dan Felda Keratong 10. “Usaha menurunkan sebahagian tubuh mangsa juga dibantu kakitangan TNB yang memutuskan bekalan elektrik terlebih dulu,” katanya, semalam. Menurutnya, disebabkan kejadian itu penduduk di Felda berkenaan termasuk sebahagian bandar ini bergelap hampir sejam sebelum bekalan disambung semula selepas kerja menurunkan mayat mangsa selesai. “Mayat mangsa dipercayai penagih dadah dihantar ke Hospital Muadzam Shah (HMS) untuk tindakan lanjut,” katanya. Sementara itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 24, berkata kegiatan bodoh mencuri kabel elektrik di Felda berkenaan dikesan semakin berleluasa sejak enam bulan lalu. "Kecurian kabel menyusahkan penduduk kerana terpaksa bergelap akibat bekalan terputus. Sudah beberapa kali gangguan elektrik berlaku disebabkan kegiatan jenayah terbabit disyaki dilakukan penagih dadah. “Apapun, kejadian ngeri itu diharap memberi pengajaran mengenai padah mencuri kabel elektrik dan berharap pihak berkenaan melakukan tindakan sewajarnya supaya penduduk tidak mendapat masalah akibat perbuatan pencuri terbabit,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rentungputusdua/Article

Tonton Aksi Gadis DiNodai

Dua lelaki tonton aksi gadis dinodai

Gambar Hiasan

KAJANG: Gara-gara terlalu mudah mempercayai teman lelaki yang baru dikenali, seorang pelajar bukan saja dirogol, malah tindakan keji itu turut ditonton dua rakan lelaki terbabit sebelum memaksa mangsa melakukan seks oral. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi Rabu lalu, mangsa yang berusia 14 tahun diperkosa dan dicabul dalam sebuah kereta di kawasan gelap di Sungai Tekali, Hulu Langat. Menurut sumber, mangsa berkenalan dengan suspek ketika mengikut rakannya bersiar-siar di ibu kota tiga hari sebelum kejadian. “Dua hari kemudian, suspek membuat temujanji untuk keluar bersama. Suspek menjemput mangsa dengan kereta ditemani dua rakannya. “Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa terus mengikut suspek dan selepas bersiar-siar, mangsa dibawa ke tempat kejadian kira-kira jam 1 pagi,” katanya. Sumber itu berkata, mangsa dirogol sambil diperhatikan dua rakan suspek. Akibat terangsang kedua-dua rakan suspek turut memaksa mangsa melakukan seks oral. “Lebih malang, mangsa ditinggalkan di Bandar Mahkota Cheras, dekat sini, dalam keadaan tidak bermaya. “Mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya lagi. Sementara itu, Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan. Menurutnya, hasil laporan dan maklumat mangsa, suspek yang juga teman lelaki baru remaja berkenaan diberkas pada hari sama. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dualelakitontonaksigadisdinodai/Article

Kempunan Makan Burger

Jengah pusara ayah
Oleh Khairulmizan Yahya
KUANTAN: “Kejadian itu berlaku begitu pantas dan dalam sekelip mata saja sebuah kereta dipandu laju merempuh Najihah menyebabkan genggaman tangannya terlepas dari tangan saya sebelum diseret sejauh kira-kira 100 meter,” kata Nurfazlinda Wahab, 15, sepupu kepada Nurul Nor Najihah Zamri, 12, yang maut dalam kemalangan ngeri di Kampung Peramu di sini, malam kelmarin.Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam ketika mangsa berpimpin tangan bersama sepupunya untuk melintas menuju ke gerai burger di seberang jalan sebelum mangsa dirempuh sebuah kereta jenis Proton Iswara. Lebih menyayat hati apabila mangsa turut diseret sejauh kira-kira 100 meter dan kejadian itu disaksikan ibu mangsa yang bekerja di kedai makan berhampiran tempat kejadian. Fazlinda berkata, sebelum kejadian, mangsa merengek mahu membeli burger dan dia bersetuju menemaninya pergi ke gerai burger tidak jauh dari kedai makan tempat ibunya bekerja. “Saya juga bersetuju menemani dia berjumpa ibunya untuk mengambil minuman selepas membeli burger,” katanya ketika ditemui Harian Metro di kediaman mangsa di sini, malam kelmarin. Katanya, ketika hendak melintas jalan, mangsa berjalan di depan sambil dia memimpin tangannya sebelum sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 30-an merempuh dan menyeret mangsa. “Saya hanya mampu menjerit sambil mengejar kereta terbabit sebelum ia berhenti dan ibu Najihah yang melihat kejadian itu turut menjerit dan berlari menuju ke arah kereta terbabit. “Pemandu kereta berkenaan kemudian turun dan melarikan diri ke balai polis berhampiran sejurus melihat arwah berada di bawah keretanya dalam keadaan parah di muka,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu. Katanya, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, namun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Sementara itu, abang mangsa, Mohd Hanafi, 19, berkata mangsa anak bongsu daripada lima beradik dan seorang yang periang dan suka berceloteh. “Namun, sejak Khamis lalu, mangsa berkelakuan pelik apabila tiba-tiba mengajak sepupunya menziarahi kubur arwah bapa dan mereka pergi ke sana tiga hari berturut-turut. “Saya agak pelik dengan perubahan sikap arwah itu, namun tidak menyangka ia petanda yang arwah akan pergi untuk selama-lamanya,” katanya. Hanafi berkata, dia terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab lelaki yang melanggar adiknya itu kerana tidak berusaha membantu mengeluarkan mangsa dari bawah keretanya sebaliknya melarikan diri. Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Peramu di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam. Sementara itu, Ketua Trafik daerah, Asisten Superintendan Goh Ewe Gee mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jengahpusaraayah/Article

Pil 'Mimpi Basah'

Gian ‘pil syok’
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
PETALING JAYA: Segelintir pelajar dikesan semakin kemaruk memakan pil khayal terkenal dengan jolokan ‘Pil Raja’ atau Pil Sedap’ berikutan ia mampu memberi igauan seks ketika bermimpi selain merangsang remaja membunuh diri.Namun, agak menakutkan pil terbabit dikenali sebagai pil dexstrometorfon dan hanya digunakan untuk merawat pesakit batuk kering mampu membunuh golongan remaja jika diambil berterusan dengan jumlah banyak. Bagaimanapun, tindakan segelintir pemilik kedai ubat berlesen menjual pil itu pada harga semurah 50 sen sebiji menyebabkan gejala tidak sihat itu mudah merebak di kalangan pelajar yang menjadikannya sebagai bahan rangsangan. Dalam kes terbaru, sebuah kedai ubat berlesen di Damansara, di sini diserbu sepasukan pegawai penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dikesan menjalankan kegiatan menjual pil terbabit kepada pelajar. Sumber bahagian Penguat kuasa Farmasi berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 petang minggu lalu itu, pihaknya melakukan pemeriksaan mengejut ke kedai berkenaan dimiliki seorang wanita tempatan berusia 30-an Menurutnya, walaupun mulanya dia tidak mengaku menjual pil psikotropik berkenaan, namun semakan buku rekod kedai itu mendapati ia tidak dikemas kini dengan sempurna. “Malah, peniaga berkenaan sebelum ini pernah dikesan membeli puluhan ribu biji pil khayal berkenaan tetapi tiada rekod ke mana pil itu diedar atau dijual. “Apabila disoal, wanita terbabit gagal memberi penjelasan,” katanya. Menurutnya, pil psikotropik mempunyai kesan sama seperti pil Nospan menjadi buruan remaja sekolah yang mula berjinak-jinak dunia penagihan dadah. “Bagaimanapun siasatan lanjut menemui pek pil berkenaan siap dibungkus 300 biji setiap satu dipercayai untuk diedarkan kepada ‘orang tengah’ bertindak sebagai pengedar pil khayal itu. “Hasil pemeriksaan lebih sejam itu, pegawai penguat kuasa Farmasi merampas 5,000 biji pil khayal berkenaan,” katanya. Menurutnya, kes terbabit akan disiasat mengikut Akta Racun dan jika sabit kesalahan pemilik premis berkenaan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. “Berdasarkan siasatan, golongan pelajar membeli antara lima hingga 10 pil terbabit dengan 50 sen sebiji. “Mereka biasanya menelan pil antara lima hingga 10 biji sekali gus bagi mendapatkan kesan khayal dan rangsangan diingini,” katanya. Difahamkan, pil Nospan pilihan alternatif penagih dadah berikutan ia menyebabkan individu memakannya khayal sehingga tempoh lapan jam tanpa henti. Kebanyakan penagih dadah mengambil sehingga 10 pil Nospan berkenaan dalam tempoh sehari bagi mendapatkan kesan khayal sebelum jumlah meningkat sehingga puluhan biji dalam tempoh beberapa beberapa bulan. Ketagihan pil terbabit dianggap berbahaya apabila ia bukan saja menyebabkan kerosakan saraf otak, malah boleh menyebabkan mangsa sakit mental dan kurang siuman. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gian__8216_pilsyok__8217_/Article

Saturday, May 22, 2010

Suamiku, Perogolku

Perogolku, suamiku
Oleh Nazdy Harun
KUALA TERENGGANU: Hanya kerana mahu menutup malu keluarga selepas anaknya dirogol dan mengandung anak luar nikah, seorang bapa sanggup mengahwinkan anak gadisnya itu dengan perogol terbabit, walaupun menyedari tindakannya itu bakal menjerat diri.Ternyata, tindakannya itu tidak menyelesaikan masalah berkenaan, malah menyebabkan mangsa fobia dan trauma akibat dirogol selain terpaksa berdepan perogolnya yang juga suaminya. Untuk memastikan dirinya tidak diganggu, mangsa sanggup menyembunyikan diri kerana takut berdepan suaminya itu. Lebih malang, mangsa juga terpaksa menanggung malu bersendirian selepas pelbagai tohmahan dilemparkan jiran kerana mendakwa dirinya gadis liar dan mengandung anak haram. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai sebagai Nor, 19, ketika ditemui berkata, peristiwa hitam itu berlaku pada penghujung 2007 ketika dia berusia 16 tahun dan masih di bangku sekolah. Menurutnya, dia tidak menyangka dirinya diperangkap rakan baiknya sendiri yang mengundangnya untuk minum petang di rumah sebelum khayal dan tidak menyedari dirinya menjadi korban lelaki bernafsu binatang itu. Menceritakan semula peristiwa hitam menimpa dirinya itu, Nor berkata, selepas pulang dari sekolah, rakannya mengajaknya ke rumahnya untuk minum selain memujuk dia menemaninya kerana orang tuanya tiada di rumah. Katanya, ketika di rumah rakannya, dia dihidangkan minuman dan selepas meminumnya kepalanya pening, pandangannya gelap dan tidak sedarkan diri. Nor berkata, selepas beberapa jam dan terjaga daripada pengsan, dia terkejut apabila tubuhnya yang tidak berpakaian terbaring di atas katil dalam bilik tidur rakannya itu. “Selepas itu, baru saya sedar diri dirogol seorang lelaki yang juga teman rakan yang berada di dalam rumahnya itu dan lebih mengejutkan apabila rakan baik dan lelaki itu hanya buat selamba apabila saya bertanyakan apa berlaku kepada diri saya. “Kerana kecewa diperlakukan sedemikian saya pulang ke rumah dan kejadian itu saya rahsiakan daripada pengetahuan keluarga. “Ketika itu hati saya hancur dan percaya diri saya diperangkap apabila minum minuman dicampur sesuatu yang mengkhayalkan,” katanya. Menurutnya, kejadian itu terbongkar selepas keluarganya perasan perubahan pada tubuhnya yang mengandung. “Saya menceritakan kepada keluarga peristiwa hitam itu dan bapa yang terkejut membuat laporan polis. “Namun, bapa menarik balik laporan berkenaan dan untuk menutup malu keluarga bapa buat keputusan mengejutkan apabila mengahwinkan saya dengan lelaki terbabit yang merogol saya, tetapi mengasingkan saya daripada suami,” katanya. Nor berkata, walaupun sudah berkahwin mereka tidak tinggal bersama dan dia sering mengelak bertemu lelaki terbabit sebelum menuntut cerai beberapa bulan kemudian. “Saya tertekan dengan keputusan bapa menikahkan saya dengan perogol itu, malah lelaki yang bergelar ‘suami’ itu sering menghubungi saya untuk bertemu dan memujuk tinggal bersamanya, namun saya menolak kerana trauma dengan perbuatan biadabnya sehingga merosakkan masa depan saya. “Beberapa bulan kemudian saya nekad berpisah dengannya sebelum memfailkan cerai fasakh di mahkamah dan kami berpisah, namun dia tetap memburu saya dengan alasan mahu melihat anak daripada benihnya itu, tetapi saya percaya dia ada tujuan lain,” katanya. Nor berkata, dua tahun dia tidak keluar rumah akibat menderita selain menerima cemuhan jiran yang tidak tahu kejadian sebenar dan selepas melahirkan anak dia tekad memulakan hidup baru. Menurutnya, pernah bekas suaminya itu menghubunginya untuk kembali bersama menjadi pasangan suami isteri, namun dia tidak menerimanya kerana lelaki itu tidak bertanggungjawab apabila nafkah anak langsung tidak pernah diambil peduli. “Saya percaya dia bukan mahu melihat anaknya, tetapi lebih kepada nafsu untuk melakukan hubungan seks dengan saya secara paksa, walaupun kami kini sudah berpisah,” katanya. Nor berkata, sudah beberapa kali dia meminta bekas suaminya memberi nafkah kepada anaknya, namun jawapan diterimanya mengguris hatinya selain menuduh dirinya perempuan murahan.“Saya bukan seperti yang dia gambarkan dan saya amat membencinya walaupun pernah bergelar suami isteri,” katanya. Nor berkata, sehingga kini dia benci melihat wajah bekas suami yang memusnahkan masa depannya dan berharap pendedahannya memberi pengajaran kepada remaja lain supaya lebih berhati-hati memilih rakan supaya tidak terjerat. Menurutnya, kesan psikologi kejadian itu amat mendalam serta sukar dilupakan dan dia kini banyak menginsafi diri selain berusaha mendidik anak hasil perbuatan bekas suaminya yang kini berumur tiga tahun menjadi insan berguna. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perogolku_suamiku/Article