Suami cekup isteri curang
Gambar Hiasan
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhammad Apendy Issahak
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang kemaruk seks menjadikan pembantu rumah dan bapanya yang lumpuh sebagai benteng bagi mengelak perbuatannya membawa balik lelaki diserbu pihak berkuasa, sejak lebih lima bulan lalu.Namun, kelicikannya itu terbongkar apabila wanita berusia awal 40-an yang juga seorang ahli perniagaan dicekup bersama dengan pasangannya yang juga berusia awal 40-an dalam keadaan mencurigakan sekumpulan pencegah maksiat di rumahnya di Taman Jati, Sri Damansara, kira-kira jam 11 malam, kelmarin. Difahamkan, kumpulan ahli pencegah maksiat itu melakukan serbuan selepas menerima laporan daripada suami wanita itu yang mendakwa sudah tidak tahan dengan perbuatan jijik isterinya itu. Menurut suaminya yang enggan dikenali, dia sudah melakukan risikan mengenai aktiviti liar isterinya itu sejak lima bulan lalu. “Saya yang sudah tinggal berasingan dengannya hampir setahun lalu kerana menunggu keputusan mahkamah berhubung perkahwinan terdahulu pernah dimaklumkan beberapa jiran yang mendakwa sering terserempak dengan lelaki asing dalam keadaan mencurigakan keluar masuk rumahnya. “Berikutan dakwaan itu, saya bersama beberapa rakan mengambil keputusan untuk menghentikan kegiatan haramnya itu,” katanya di lokasi kejadian, semalam. Menurutnya, bagi memastikan kesahihan perbuatan keji isterinya itu, dia turut mengupah penyiasat persendirian. “Saya masih mampu bersabar mengenai perangai isteri saya itu. Jika diikutkan hati, saya dah belasah dia di depan semua orang...tapi negara ini mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi. “Saya dimaklumkan dia (isteri) sering bertukar ‘jantan’ dan melakukan perbuatan itu secara licik,” katanya. Menurutnya, isterinya itu menjadikan bapanya berusia lewat 60-an yang berada dalam keadaan lumpuh sebagai ‘senjata’ untuk mengelak dicekup. “Walaupun mereka tinggal serumah, bapanya tidak tahu aktiviti liar dilakukan kerana dia hanya berada di dalam bilik manakala aktiviti ‘berasmaradana’ ini dilakukan di dalam bilik lain. “Saya percaya pembantu rumah juga bersubahat untuk menutup rahsia,” katanya. Selepas ditahan, pasangan itu dibawa ke Balai Polis Damansara Damai untuk keterangan sebelum kes itu dirujukkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
No comments:
Post a Comment