Wednesday, May 12, 2010

Nyawa,Kemaluan Hilang

Nyawa, kemaluan hilang
Gambar Hiasan
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my
IPOH: Dia bukan saja dirompak dan dibunuh dengan kejam termasuk ditoreh di dahi dan beberapa bahagian badan, malah kemaluannya turut dipotong sekumpulan lelaki yang dipercayai menceroboh masuk bilik sebuah hotel bajet tempatnya menginap di sini, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari di sebuah bilik hotel di Pekan Baru itu, lelaki itu ditemui mati dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah oleh seorang pekerja hotel berkenaan ketika mengemas bilik berkenaan. Mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai rekod tangkapan polis dikenali sebagai B Thangaraja, 38, yang bekerja sebagai pembekal barangan lusuh berasal dari Menglembu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata mayat mangsa ditemui seorang daripada pekerja hotel berkenaan yang memasuki bilik untuk kerja pembersihan. Beliau berkata, berdasarkan rekod daftar hotel berkenaan, mangsa sepatutnya mendaftar keluar dari biliknya kira-kira jam 12 tengah hari semalam. “Sebaik pintu bilik mangsa dibuka, pekerja hotel terkejut selepas menemui mayat mangsa dalam keadaan terbaring dan berbogel selain banyak kesan percikan darah di dinding bilik. “Pekerja hotel berkenaan kemudian mengadu kejadian itu kepada pihak pengurusan hotel sebelum melaporkannya kepada polis,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Mohd Dzuraidi berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah sejak kelmarin, sehingga keluarganya membuat satu laporan polis berhubung kehilangannya. “Siasatan awal, polis mengesyaki kes pembunuhan itu dipercayai bermotifkan dendam dan cemburu serta mengesyaki perbuatan itu dilakukan lebih daripada seorang suspek kerana selain dibunuh dan dipotong kemaluan, polis turut mendapati kenderaan mangsa serta dompetnya dicuri,” katanya. Beliau berkata, polis masih mengumpulkan maklumat termasuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hotel berkenaan bagi mengenal pasti mana-mana individu yang disyaki. “Selain itu, polis juga berusaha mendapatkan keterangan termasuk daripada saksi kejadian dan keluarga untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nyawa_kemaluanhilang/Article

No comments:

Post a Comment