Wednesday, May 19, 2010

Gigolo Penyamun

Gigolo penyamun
Gambar Hiasan
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
KUALA LUMPUR: Kemahiran memuaskan nafsu wanita gersang dijadikan modal seorang warga Pakistan untuk memperdaya mangsa sebelum merompak selepas melakukan hubungan seks.Difahamkan, suspek sengaja membuat mangsa keletihan sebelum mengambil kesempatan melarikan barang berharga ketika mangsa tertidur. Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin, mangsa yang bekerja di pusat karaoke di Bukit Bintang, dikatakan berkenalan dengan lelaki warga Pakistan bernama Sheikh berusia 30-an. Menurutnya, hasil perkenalan singkat itu, mangsa berusia 41 tahun jatuh hati selepas digoda lelaki berwajah tampan dan tubuh sasa itu. “Tanpa berfikir panjang, wanita itu yang layu dengan panahan cinta lelaki Pakistan berkenaan terus mengajak mengikutnya pulang ke rumahnya di pangsapuri berhampiran Bukit Bintang. “Sebaik tiba di kediaman mangsa, lelaki itu menggoda wanita terbabit hingga menyebabkannya cair sebelum diajak melakukan hubungan seks,” katanya. Menurutnya, sebelum melakukan adegan ranjang, suspek memujuk mangsa menanggalkan rantai leher dipakainya. “Sebaik rantai leher itu disimpan di dalam laci, mangsa diajak masuk ke dalam bilik sebelum mereka melakukan hubungan seks. Difahamkan, mangsa sengaja diberikan layanan istimewa oleh suspek yang berniat membuatkan mangsa letih. “Mangsa yang diberikan layanan seks istimewa dipujuk tidur oleh suspek yang menyangka mangsa tidak larat bangun akibat keletihan selepas melakukan hubungan seks,” katanya. Menurutnya, mangsa yang tidur-tidur ayam sempat melihat suspek membuka laci untuk mengambil rantai lehernya selain telefon bimbit yang diletakkan tidak jauh dari katil. “Wanita itu yang cuba bangun menghalang suspek bagaimanapun tidak sempat berbuat apa-apa apabila lelaki itu sempat membuka pintu depan dan melarikan diri. “Mangsa yang terpinga-pinga kemudian cuba mengejar, namun lelaki itu berjaya menghilangkan diri,” katanya. Difahamkan, mangsa yang kerugian hampir RM2,000 membuat laporan polis di Balai Polis Tun H S Lee. Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang juruhebah radio kerugian lebih RM1,000 selepas disamun dua lelaki berhampiran Dataran Merdeka di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari Sabtu lalu, mangsa berusia 43 tahun sedang berjalan kaki menuju ke keretanya sebelum sebuah motosikal dinaiki dua lelaki tiba-tiba berhenti mendadak di hadapannya. Seorang daripada mereka terus mencekik sebelum menarik jam tangan mangsa manakala rakannya turut merampas dompet mangsa. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gigolopenyamun/Article

No comments:

Post a Comment