Saturday, May 8, 2010

Buruh Maut

Buruh mati terjatuh ketika tampal atap genting

Gambar Hiasan

BENTONG: Seorang buruh maut selepas terjatuh dari bumbung setinggi hampir tujuh meter mengakibatkan kepalanya terhentak di lantai dalam kejadian di sebuah kilang di kawasan perindustrian, dekat sini, semalam.Dalam kejadian kira-kira 9.20 pagi itu, mangsa, Koo Ah Ngan, 53, dari Taman Desa Damai, dekat sini, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bentong (HB). Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman, berkata ketika kejadian, mangsa menampal atap genting sebelum kakinya terpijak atap yang tiada penahan kayu. Menurutnya, berikutan itu, atap berkenaan pecah lalu mangsa terjatuh sebelum kepalanya terhentak mengakibatkannya parah. Katanya, kejadian disedari beberapa pekerja lain selepas terdengar dentuman kuat sebelum melihat mangsa tidak sedarkan diri serta berlumuran darah di kepala. Rosli berkata, sepasukan anggota polis yang tiba di tempat kejadian selepas dimaklumkan berhubung kejadian terbabit sudah merekodkan keterangan beberapa rakan mangsa. “Hasil bedah siasat di HB mendapati mangsa meninggal dunia akibat cedera di kepala. “Polis sudah memaklumkan kejadian terbabit kepada keluarga serta majikan mangsa sebelum mayat mendiang dituntut tengah hari tadi (semalam),” katanya. Menurutnya, polis mengesahkan kejadian terbabit tidak mempunyai unsur jenayah dan mengklasifikasikan sebagai mati mengejut. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Buruhmatiterjatuhketikatampalatapgenting/Article

No comments:

Post a Comment