Tuesday, May 4, 2010

Terjatuh Dalam Lubang

Penunggang motosikal terjatuh dalam lubang

Gambar Hiasan

KEPALA BATAS: Seorang remaja nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya terjatuh ke dalam lubang sedalam dua meter yang dikorek bagi pemasangan longkang konkrit di Jalan Guar Kepah, malam kelmarin.Kejadian berlaku kira-kira jam 7.40 malam itu apabila Mohd Yusof Abu Bakar, 23, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Lahar Minyak. Keadaan jalan agak gelap, selain tiada papan tanda amaran serta lampu kecemasan menyebabkan mangsa tidak menyedari kewujudan lubang di laluan kiri jalan berkenaan. Menurut Mohd Yusof, dia menunggang seperti biasa dan tidak menyangka ada lubang sedalam dua meter di laluan kiri menyebabkannya terjatuh bersama motosikal. “Saya rasa terlanggar sesuatu sebelum terjatuh bersama motosikal ke dalam lubang. Saya bernasib baik kerana tidak ditimpa motosikal sebelum merangkak naik walaupun sakit di pinggang dan kepala,” katanya. Mohd Yusof bernasib baik kerana beberapa minit kemudian, ada penduduk melalui jalan berkenaan dan membantunya. “Nasib baik lubang berkenaan tiada air. Jika tidak, saya tidak tahu apa jadi,” katanya. Menurutnya, hanya selepas kejadian itu, beberapa pekerja kelihatan memasang kon dan lampu keselamatan di jalan berkenaan. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penunggangmotosikalterjatuhdalamlubang/Article

No comments:

Post a Comment