Wednesday, May 19, 2010

Tanah Runtuh

Tanah runtuh bawah kondoGambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Banjir kilat, pokok tumbang dan beberapa kejadian tanah runtuh kecil berlaku di ibu kota selepas dilanda hujan lebat berserta angin kencang selama empat jam di sini, semalam.Hujan bermula kira-kiara jam 3 petang itu menyebabkan tanah runtuh di sebuah kondominium tinggal di Kampung Cheras Baru. Tanah runtuh berhampiran pusat tebatan banjir berdekatan sebuah kuil Cina di hujung jalan kampung itu dikesan berlaku sejak minggu lalu namun menjadi semakin teruk semalam. Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, tanah runtuh di situ menjadi lebih teruk selepas hujan lebat semalam. “Saya terdengar bunyi kuat datang dari arah bukit berdekatan kondominium berdekatan ketika hujan lebat petang semalam. “Apabila saya keluar saya dapati kawasan terbabit dipenuhi tanah runtuh dari tebing bukit itu,” katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tanahruntuhbawahkondo/Article

No comments:

Post a Comment