Thursday, May 13, 2010

Padah Tak Pakai Tali Keledar

Padah tak pakai tali keledar
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
KUALA LUMPUR: Akibat tidak memakai tali pinggang keselamatan, seorang penumpang sebuah kereta maut dalam keadaan mengerikan selepas tercampak keluar dari tingkap kenderaannya sebaik merempuh tembok pembahagi jalan.

Gambar Hiasan

REMUK...kereta yang terbabit kemalangan, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi semalam, kereta Toyota Vios yang dinaiki tiga lelaki terbabit dipandu laju sebelum hilang kawalan dan merempuh tembok pembahagi jalan berhampiran Jalan Semantan di sini.Pelanggaran itu menyebabkan kereta berkenaan terbalik beberapa kali menyebabkan mangsa di tempat duduk belakang tercampak keluar.Sumber polis trafik berkata, mangsa terhumban ke laluan paling kanan jalan raya selepas ‘meluncur’ keluar dari cermin kenderaan yang pecah. Dipercayai mangsa tidak memakai tali pinggang keselamatan ketika kejadian.“Siasatan mendapati kereta terbabit sebelum itu dinaiki tiga lelaki dari Pusat Bandar Damansara di sini, sebelum terbabit kemalangan. Hasil siasatan, mangsa, Nagarajan Balakrishnan, 28, yang parah di kepala, diangkat orang ramai ke tepi jalan bagi mengelakkan dirempuh kenderaan lain.“Namun, mangsa disahkan mati sebaik anggota perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) tiba ke tempat kejadian untuk memberi bantuan kecemasan,” katanya.Katanya, dua lagi pemandu dan penumpang hadapan kereta terbabit bagaimanapun tidak cedera serius.“Kemalangan itu turut menyebabkan tayar hadapan kanan Toyota Vios berkenaan tercabut. Bagaimanapun, tayar itu gagal ditemui. Susulan itu, mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya. Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang pekerja penghantar surat maut apabila dirempuh sebuah kereta sebaik mangsa terjatuh dari motosikal berhampiran hadapan kedutaan besar Thailand di Jalan Ampang di sini.Difahamkan, dalam kejadian jam 1.30 petang semalam, mangsa, Mohd Nasriq Razali, 24, yang berasal dari Gombak Setia, dipercayai menunggang motosikal sebelum bergesel sebuah teksi dari Ampang.Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh sebelum dirempuh dan digilis sebuah kenderaan lain. Bagaimanapun, kereta yang melanggar mangsa melarikan diri.Mangsa dipercayai bekerja sebagai ‘despatch’ dengan sebuah syarikat guaman di Damansara berdasarkan dokumen ditemui di dalam begnya. Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat HKL untuk bedah siasat. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Padahtakpakaitalikeledar/Article

No comments:

Post a Comment