Edisi Pahang: Gara-Gara Mangsa Minta Kad Kuasa Tarik, Kenderaannya Dibawa Lari Oleh Kumpulan Tarik Kereta Tidak Berlesen CIMB Bank Kuantan !!
KUANTAN - Orang ramai di sekitar bandar ini kecewa dengan sikap institusi kewangan yang sewenang-wenangnya membenarkan individu yang tidak mempunyai "kuasa" untuk mengambil upah "tarik kereta" bagi pihak mereka. Semalam berlaku satu kes "tarik kereta" yang jelas membuktikan kealpaan pihak institusi kewangan terbabit iaitu CIMB Bank di sini. Menurut seorang mangsa dari Jalan Air Putih, berkata beliau kecewa kerana pihak CIMB membenarkan sesiapa sahaja untuk menjalankan kerja tarik kereta. "Kereta itu juga telah ditarik ketika saya langsung tidak menandatangani apa-apa surat daripada pihak terbabit. Alasan yang diberikan, mereka kecewa kerana saya meminta ditunjukkan kad kuasa oleh pihak CIMB. Jika mereka benar, kenapa harus takut. Itu adalah prosedurnya dan sebagai pengguna saya juga ada mempunyai hak tersebut" katanya lagi. Pihak terbabit mahu berunding sebelum menarik kereta tersebut, namun akibat marah dengan sikap suami pemilik kenderaan itu yang meminta "kad kuasa" maka mereka terus membawa lari kenderaan berkenaan. "Saya kecewa dengan tindakan tersebut, kerana kereta berkenaan baru tertunggak dua bulan masuk tiga bulan dan bayaran terakhir dibuat pada awal bulan April yang lalu dan tunggakan hanyalah sekitar RM700 sahaja" katanya lagi. Tambah mengecewakan lagi, sikap kumpulan tarik kereta tersebut telah membawa seramai tujuh orang ahli mereka bagi tujuan menakutkan beliau. "Saya dapat melihat dari raut wajah mereka itu, ada yang masih muda dan mentah serta langsung tidak ada tauliah serta kad kuasa untuk menarik kereta" katanya lagi. Lantaran itulah mereka marah ketika saya meminta kad kuasa tersebut. Sebelum mereka beredar beliau sempat merakamkan gambar kumpulan terbabit. "Saya akan memikirkan tindakan selanjutnya atas kejadian itu, kerana CIMB Bank jelas menggunaka penarik kereta tidak berlesen jalankan tugas tersebut" tambahnya.
Laporan Polis Serta Tindakan Saman Menyusul
Bagi memberi pengajaran kepada pihak terbabit terutamanya tindakan institusi kewangan (CIMB Bank Kuantan) yang sewenangnya membenarkan individu yang tidak berlesen menjalankan operasi tarik mereka, maka mangsa dikatakan akan membuat satu laporan polis di IPD Kuantan dan tindakan saman menyusul selepas itu. Ini bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang hak-hak mereka jika berhadapan dengan kes seperti ini. Kita tidak mahu pihak bank menggunakan prosedur yang ada untuk menarik kereta sesuka hati seperti apa yang berlaku sekarang. Kepada mana-mana pihak yang mengalami kes yang sama atau lebih teruk dari ini diharap dapat mendedahkannya kepada umum dengan menghantar email ke pahangdaily@yahoo.com untuk tujuan siaran di blog eksklusif ini.[Justeru itu, pihak CIMB diminta memantau perkara ini agar ianya tidak berulang pada masa yang akan datang. Malah, ada pemilik kereta yang bukan sengaja tidak mahu membayar ansuran bulanan, tetapi mungkin menghadapi beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Jika inilah keadaannya, maka kami amat yakin ramai warga Kuantan dan seluruh Malaysia akan takut untuk berurusan dengan CIMB selepas ini. Imej institusi kewangan terbabit musnah dan rosak binasa akibat kealpaan mereka memilih individu yang layak dan bertanggungjawab melaksanakan tugas tersebut. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan segera!]. http://pahangdaily.blogspot.com/2010/05/edisi-pahang-orang-ramai-kecewa-dengan.html
No comments:
Post a Comment