Saturday, May 15, 2010

Jual Tubuh Depan Balai Polis

Jual tubuh depan balai polis
Gambar Hiasan
Oleh Muhamaad Razis Ismail
am@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR - Seorang warga Uzbekistan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencari pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan seks melalui telefon beberapa hari lalu.Tertuduh Yulduz Muminova, 31, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff. Bagaimanapun, tertuduh Yulduz Muminova, 31, mengaku bersalah atas pertuduhan kedua iaitu memiliki visa palsu. Siti Suriatey menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap pertuduhan pertama dan penjara dua bulan sekiranya tertuduh gagal berbuat demikian. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Dr N Ghanti manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, tertuduh yang berambut perang itu memohon mahkamah mengurangkan jumlah denda dikenakan. “Selain tidak bekerja, suami saya sudah meninggal dunia dan terpaksa menyara tiga anak”, katanya. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pekarangan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur dalam daerah Dang Wangi, di sini, jam 10 malam pada 2 Mei 2010. Dia didakwa mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu Di Hotel Alpha Genesis, Jalan Tengkat Tong Shin, di sini jam 11.40 malam pada 2 Mei 2010. Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 56(1) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan boleh dihukum mengikut Seksyen (1) (a) akta sama. Sabit kesalahan tertuduh boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya. Mahkamah menetapkan 16 Jun ini untuk sebutan kes. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jualtubuhdepanbalaipolis/Article

No comments:

Post a Comment