Saturday, May 22, 2010

Keselamatan Sekitar Rumah

Pastikan sekitar rumah selamat
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Ibu bapa perlu sentiasa memastikan persekitaran rumah selamat dan teratur supaya mengurangkan risiko anak masing-masing terutama yang masih kecil mengalami kecederaan akibat kemalangan.Pakar Perunding Pediatrik Klinik Pakar Kanak-Kanak Junina, Mutiara Damansara, Dr Yong Junina Fadzil, berkata antara ciri keselamatan paling utama di rumah perlu dititikberatkan memastikan lantai tidak licin bagi mengelak kecederaan akibat terjatuh. Beliau berkata, antara langkah boleh diambil ibu bapa memastikan lantai bilik air sentiasa kering dengan memisahkan ruang mandi dengan bilik air lain. “Ibu bapa boleh memastikan lantai mereka tidak licin dengan menggunakan jenis jubin bersaiz kecil bagi mewujudkan kesan kesat di lantai,” katanya. Harian Metro semalam melaporkan seorang kanak-kanak lelaki sembilan tahun maut kehilangan banyak darah selepas pahanya dihempap mangkuk singki selepas tergelincir dalam bilik air rumahnya di Perumahan Rakyat Lembah Subang, dekat sini, Rabu lalu. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pastikansekitarrumahselamat/Article

No comments:

Post a Comment