Monday, May 17, 2010

Rotan Anak

Penyanyi rotan anak masuk lokap
Oleh Salman Halmat
TANGKAK: Akibat merotan dan memukul anak perempuannya atas alasan mengajar kerana berang apabila remaja itu enggan bersalam dengannya, bekas vokalis kumpulan rock yang popular pada 1990-an ditahan reman empat hari mulai Jumaat lalu.Dalam kejadian di rumah isterinya di Tanjung Agas di sini, Isnin minggu lalu, penyanyi itu datang melawat anaknya yang tinggal bersama isteri selepas pasangan itu tinggal berasingan berikutan masalah rumah tangga.
Bagaimanapun, hasrat penyanyi berkenaan bertemu anaknya menjadi pengalaman buruk apabila berlaku pertengkaran sebelum penyanyi kumpulan rock itu memukul anaknya. Sementara itu, remaja berusia 16 tahun berkenaan yang mendakwa ‘ajaran’ oleh bapanya terlalu kasar, memberitahu ibu sebelum mereka membuat laporan polis. Menurut sumber, hasil laporan itu, sepasukan polis menahan penyanyi rock berkenaan di rumahnya di Jalan Lama, Muar, kira-kira jam 2 pagi Jumaat lalu. “Suspek direman empat hari hingga esok bagi membantu siasatan kes memukul remaja terbabit. “Kes di siasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000,” katanya. Difahamkan, selepas membuat laporan polis, mangsa ditemani ibunya ke Hospital Tangkak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesahkan kesan dirotan serta pukul selain mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, kecederaannya tidak serius dan remaja itu dirawat sebagai pesakit luar. Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan penahanan penyanyi rock terbabit dan kini menunggu arahan Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) sebelum tindakan lanjut termasuk kemungkinan mendakwa penyanyi itu. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penyanyirotananakmasuklokap/Article

No comments:

Post a Comment