Saturday, May 15, 2010

Maut Terjerut Selendang Punjabi

Budak perempuan maut terjerut selendang punjabi
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Rudy Syareme
Sheriffudinbhnews@bharian.com.my

ANGGOTA polis membawa mayat Kuhesri yang meninggal dunia selepas lehernya terjerut di rumahnya di Taman Tun Sardon, Gelugor, kelmarin.Mayat mangsa ditemui tergantung di kipas siling rumah

GEORGETOWN: Seorang budak perempuan berusia 10 tahun yang bermain dengan selendang punjabi, mati terjerut apabila selendang itu tersangkut pada kipas siling rumahnya di Taman Tun Sardon, Gelugor di sini, malam kelmarin. Mayat N Kusheri yang tergantung di kipas ditemui ibunya dikenali sebagai Jamuna, 30-an, apabila wanita itu memasuki bilik berkenaan sejurus pulang dari kuil kira-kira jam 8 malam. Mangsa dikatakan sering bermain selendang punjabi warna merah jambu miliknya itu. Ketika kejadian, mangsa dikatakan bermain seorang diri. “Saya tidak menyangka kegemarannya bermain selendang berakhir dengan tragedi. Lebih mengejutkan saya kerana selendang itu terjerut di lehernya,” kata ibunya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, semalam. Ketika kejadian antara jam 6 petang dan 7.30 malam, mangsa berseorangan di rumah kerana ibunya pergi ke kuil manakala bapanya yang bekerja sebagai juruteknik di Singapura, berada di Johor Bahru. Datuk dan neneknya yang tinggal bersamanya pula pergi menziarah ahli keluarga lain. Jamuna berkata, sebaik tiba dari kuil, dia terus memanggil anak sulungnya itu tetapi tidak berjawab. Berikutan itu, dia masuk ke dalam rumah dan mencari Kuhesri di dalam bilik dan mendapati anaknya tergantung di kipas. Dia terus memotong seledang itu untuk membawa turun anaknya. “Saya tidak menyangka dia meninggal dunia pada usia yang terlalu muda,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata siasatan awal ke atas mayat Kusheri tidak menemui sebarang kesan kecederaan di anggota badan kecuali lebam di leher. “Polis masih menjalankan siasatan termasuk mendapat keterangan daripada keluarga mangsa dan mengklasfikasikan kes itu sebagai kematian mengejut,” katanya. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Budakperempuanmautterjerutselendangpunjabi/Article

No comments:

Post a Comment