Tuesday, May 11, 2010

Senapang Meletup

Kanak-kanak cedera senapang pengawal meletup

Gambar Hiasan

KANGAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun cedera di lengan kirinya selepas selaras senapang yang disandarkan di dinding sebuah bank di Pauh dekat sini terjatuh dan meletup secara tiba-tiba. Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Noordin berkata kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang itu mengejutkan 10 pelanggan dalam bank berkenaan. Katanya senjata api yang disandarkan oleh pengawal keselamatan di dinding bank tiba-tiba terjatuh dan meletup, menyebabkan sebutir peluru menembusi sebuah meja sebelum serpihan meja itu melayang dan terkena kanak-kanak itu yang turut berada dalam bank berkenaan. "Kanak-kanak itu mengalami cedera ringan di lengannya dan dia dihantar ke klinik berhampiran untuk menerima rawatan pesakit luar," kata Abdul Rahman ketika ditemui pemberita di tempat kejadian. Beliau berkata pegawai keselamatan yang berusia 55 tahun diarah membuat laporan polis berhubung kejadian itu manakala senjata api itu pula dirampas. - Bernama http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kanak-kanakcederasenapangpengawalmeletup/Article

No comments:

Post a Comment