Wednesday, May 19, 2010

Padam Kebakaran

Panjat bumbung padam apiGambar Hiasan
KLANG: Tindakan pantas dua sahabat baik memanjat bumbung sebuah rumah sebelum memadam kebakaran menyelamatkan deretan rumah di Jalan Khoo Kek Keng II, Taman Kapar, dekat sini, daripada musnah terbakar.Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, api dipercayai berpunca daripada sebuah rumah yang baru sebulan siap diubah suai sebelum disedari penghuni lain. Saksi utama, R Thanasegaran, 24, mendakwa ketika kejadian dia bersama rakannya, P Rajan, 25, menaiki van dalam perjalanan ke sebuah rumah jiran tidak jauh dari situ. “Sebaik tiba di sini, saya lihat percikan api disusuli asap tebal sebelum memberhentikan van dan menjerit meminta penghuni berdekatan keluar dari rumah masing-masing. “Saya dan Rajan kemudian memanjat pagar rumah ini dan memecahkan atap sebelum masuk dan memadam kebakaran menggunakan air dari tangki simpanan di atas bumbung rumah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Hanya bahagian tengah rumah terbabit rosak, manakala sebuah rumah bersebelahan hanya mengalami kerosakan kecil. Difahamkan kebakaran itu berpunca daripada litar pintas dan ketika kejadian tiada penghuni di rumah itu kerana keluar bekerja. Sementara itu, Pegawai Bomba dan Penyelamat Klang Utara, Abdul Ghafar Mat Zain, berkata pihaknya menerima panggilan jam 12.07 tengah hari dan tiba ke lokasi kejadian 12.25 tengah hari. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Panjatbumbungpadamapi/Article

No comments:

Post a Comment