Thursday, May 20, 2010

Dihempap Pintu Pagar

Cedera dihempap pintu pagarGambar Hiasan

PEKAN: “Kelu lidah saya apabila melihat isteri terlentang menahan kesakitan akibat dihempap pintu pagar besi yang tiba-tiba terbalik,” kata Abu Talib Budin, 54, suami kepada jururawat yang bertugas di sebuah klinik kesihatan, dekat sini, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, mangsa berusia 50 tahun yang bertugas di klinik kesihatan itu mengalami kecederaan serius di pinggang sebelum dikejarkan ke Hospital Pekan (HP). Bagaimanapun, mangsa terpaksa dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk menerima rawatan lanjut. Sebelum kejadian, mangsa mahu keluar rehat untuk makan tengah hari cuba menarik pintu pagar klinik berkenaan yang dipercayai sudah rosak sebelum tiba-tiba patah lalu menimpanya. Menceritakan semula kejadian itu, Abu Talib berkata, dia bersama anaknya berusia 21 tahun yang sedang berehat di kuarters klinik berkenaan terdengar jeritan sebelum melihat isterinya terlentang menahan kesakitan. Menurutnya, anaknya kemudian memanggil seorang jiran untuk membantu mengangkat mangsa yang turut mengalami sesak nafas sebelum menghubungi ambulans. Katanya, ketika mengalihkan pagar, dia mendapati mangsa tidak mampu bercakap apa-apa kecuali hanya menahan kesakitan di pinggang. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Cederadihempappintupagar/Article

No comments:

Post a Comment