Tuesday, May 18, 2010

Curi Komputer Majikan

Pekerja curi komputer majikan dirakam CCTV

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Biarpun licik namun seorang pekerja sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) yang mencuri dua komputer riba milik majikannya masih dianggap bodoh apabila tidak menyedari gerak-gerinya melakukan jenayah itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Suspek yang berusia 32 tahun terbabit langsung tidak menyangka rakaman CCTV itu menjadi bukti kukuh bagi membolehkan polis mengesan suspek sebelum memberkasnya Jumaat lalu. Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata suspek yang berasal dari Semenyih bekerja di syarikat itu selama setahun sebelum menghilangkan diri selepas melakukan jenayah itu pada 17 Mac lalu. Menurutnya, suspek bagaimanapun tersilap perhitungan apabila tidak menyangka perbuatannya itu dirakam CCTV yang diletakkan di pejabat syarikat itu di Plaza Sentral di sini. “Malah, majikannya membuat laporan polis mengenai kejadian terbabit dan siasatan awal polis termasuk kesan cap jari membuktikan lelaki itu suspek utama kes kecurian terbabit. “Hasil maklumat awam dan menerusi rakaman CCTV, sepasukan polis menahan suspek pagi kelmarin. Susulan itu, polis menahan seorang lagi rakan suspek yang dipercayai bersubahat dalam kejadian berkenaan,” katanya. Menurutnya, rakan suspek yang berusia 44 tahun dan berasal dari Petaling Jaya di sini, dikesan mempunyai 10 rekod jenayah berhubung kes curi di Brickfields. “Susulan itu, polis memeriksa rumah suspek di Jalan Tun Sambanthan di sini, sebelum menemui jam tangan pelbagai jenama, cincin, subang, rantai, dan kamera pelbagai jenama dipercayai barang curi,” katanya ketika sidang media di sini, semalam. Beliau berkata, selepas menyoal siasat suspek, polis menyerbu sebuah lagi rumah di Seksyen 1, Petaling Jaya, di sini, dan menjumpai sebiji komputer riba, kamera video dan beberapa kotak berisi penuh mercun yang diseludup dari negara jiran. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PekerjacurikomputermajikandirakamCCTV/Article

No comments:

Post a Comment