Monday, May 17, 2010

Letupan Tong Gas

Tong gas ledak balai polis
Oleh Muhammad Apendy Issahak
CHERAS: Seorang anggota Balai Polis Batu 9, Cheras cedera di kaki kiri terkena serpihan kaca apabila sebiji tong gas meletup dalam kebakaran sebuah bengkel motosikal berhampiran sebelum ‘terbang’ merempuh dinding kaca balai berkenaan di sini, semalam.

HANGUS...deretan rumah kedai yang terbakar, semalam.

PECAH...cermin Balai Polis Batu 9, Cheras yang musnah.

Kebakaran yang memusnahkan 13 rumah kedai di kawasan berkenaan turut menyebabkan seorang anggota polis wanita balai terbabit sesak nafas terhidu asap tebal dan seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang memadamkan kebakaran cedera terkena kejutan elektrik. Semua anggota yang tercedera itu dikejarkan ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan.Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat, Zon Hulu Langat, Mazlan Zainol berkata, pihaknya mendapat panggilan jam 3.35 petang dan sampai ke tempat kebakaran lima minit selepas itu. Mazlan berkata, seramai 50 anggota daripada lima balai bomba berdekatan iaitu Pandan Indah, Bandar Baru Bangi, Taman Segar, Hang Tuah dan Kajang membantu memadamkan kebakaran. “Bomba dapat mengawal kebakaran 20 minit selepas tiba ke lokasi dan kebakaran dipercayai berpunca litar pintas di tingkat atas sebuah kedai di situ,” katanya di sini, semalam.Menurutnya, tiada mangsa yang cedera kerana semua kedai ditutup cuti hujung minggu dan bomba masih menyiasat punca kebakaran serta jumlah kerugian. “Laporan awal daripada beberapa orang awam mengatakan ada seorang penghuni rumah kedai yang terperangkap, namun selepas menjalankan siasatan dan operasi mencari mangsa dalam bangunan terbabit, kami dapati mangsa terbabit dapat keluar dengan selamat,” katanya.Sementara itu, menurut saksi kejadian, Chin Foo Yen, 46, dia ternampak kepulan asap di tingkat atas sebuah daripada rumah kedai terbabit ketika dalam perjalanan ke ibu negara. Dia terus ke balai polis berhadapan tempat kejadian untuk memaklumkannya sebelum menjerit dan menyuruh penghuni berhampiran deretan kedai yang terbakar itu menyelamatkan diri. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tonggasledakbalaipolis/Article

No comments:

Post a Comment